- Nah sekarang kebetulan banjir sedang melanda Johor dan Melaka.
- Ada suara-suara yang mengatakan berlakunya bah kali ini kerana bala turun dari Allah.
- Mengapa suka kita melihat musibah yang berlaku dengan terlalu meletakkan mudarat ini hanya sebagai suatu bentuk hukuman semata-mata.
- Lihatlah dari pandangan positif bahawa sesuatu itu berlaku untuk dijadikan pengajaran dan peringatan.
- Bala itu berlaku dengan keadaan yang tidak mengira baik buruk seseorang; rendah juga tawaduk umat ditempat tersebut.
- Memang agama dan politik tidak dapat dipisahkan tetapi minda kita terserang untuk memutuskan hukuman atas dasar kepartian.
- Kembalilah kita menilai tindak-tanduk yang telah kita ambil dalam menguruskan alam persekitaran; pembangunan yang melampau telah memberikan kemusnahan eko-sistem yang sebelum ini menjadi alat penahan banjir.
- Bukit-bukau juga telah rakus diratakan; kadar serapan air oleh pokok hijau juga berkurangan digantikan dengan dinding-dinding perumahan baru.
- Sama-sama kita bermuhasabah dan kembalilah kepada Allah.
- Jangan mudah meletakkan hukuman keatas sesuatu yang sama-sama melanda kita.
Showing posts with label Bala.. Show all posts
Showing posts with label Bala.. Show all posts
Wednesday, February 2, 2011
Bala
Subscribe to:
Posts (Atom)