Friday, May 10, 2013

Hearsay

Banyak sungguh dewasa ini berita yang disampaikan begitu tidak sohih. Dipetik dari sumber yang tidak bolehndipercayai. Diambil bulat-bulat tanpa disemak kebenarannya. Yang paling teruk terus disampaikan dengan sebaran yang besar. Penggandaan boleh sampai kepada lehih daripada sepuluh lapisan golongan manusia.

Hearasay ini adakah satu fitnah? Kehadiran media sosial yang banyak membawa keburukan jika tidak dikawal  dengan sebaiknya boleh memberi rebah kepada mangsa yang diceritakan itu.

Juga kalau ada tuduhan yang melulu tanpa bukti dan persaksian yang membuta-tuli hanya dibuat disebabkn mengikut amarah. Kerana bersetuju kepada satu pihak maka pihak yang berlawanan akan diberikan hukuman sebelum dia diberikann peluang untuk membela diri.

Mata dan hati kadangkala sungguh jahat. Tapi mulut lagi jahat. Jahat sesungguhnya jahat. Jagalah mulut agar tidak jahat kerana biarpun lidah tidak berkata tetpi perkataan dari hatai itu lagi busuk niatnya.

Ramai orang yang mengatakan orang lain jahata sebenarnya dia adalah lebih jahat. Lihatlah percampuran orang. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: