Thursday, November 4, 2010

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 03

Hadith 03 - Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

Diriwayatkan oleh Abu Daud; 

Rasulullah SAW bersabda; "hampir tiba suatu masa dimana bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Sahabat bertanya; apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi SAW menjawab: "bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "alwahan". Seorang sahabat bertanya : apakah itu "alwahan" Ya Rasulullah? Baginda menjawab; cinta dunia dan takut mati.

Lihatlah bagaimana hari ini umat Islam dipersenda dan dipermainkan oleh orang kafir sedang bilangan orang yang memasuki Islam bertambah ramai dari hari ke sehari.  Orang Islam ditindas, diinjak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Semua orang kafir dari pelbagai bangsa dan agama bersatu untuk melumpuhkan kekuatan Islam.

Sebenarnya segala kegagalan kaum muslimin ini berpunca dari dalam diri kaum muslim itu sendiri iaitu daripada peyakit wahan yang merupakan campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua; cinta dunia dan takut mati. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.

Cinta dunia bermaksud tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu menginfakkan harta ke jalan Allah. Dan takut mati bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan menghadapi negeri akhirat. Juga tida ada perasaan untuk berkorban memperjuangkan agama Allah.

Bagi rakan-rakan yang berumur 40 tahun keatas, jika dunia itu sudah tidak dapat dicari; mulakan langkah untuk mencari akhirat. Dikhuatiri nanti kedua-dua dunia dan akhirat itu akan keciciran.  Semoga kita diampuni, dirahmati dan diredhai oleh Allah.

No comments: