Thursday, November 11, 2010

Lulus Periksa Dunia


  1. Hari ini ramai ibu bapa yang gembira. Setelah anak-anak berjaya dalam peperiksaan UPSR.
  2. Straight A. Alhamdulilah. Berkat usaha anak-anak, sokongan ibu dan ayah dan yang terpenting betapa Allah itu telah memakbulkan doa hamba-hambanya.
  3. Lihatlah Allah itu Maha Pemurah.
  4. Nabi Ibrahim pernah berdoa dan hanya dimakbulkan selama 300 tahun selepas itu.
  5. Nah, kita umat Muhammad teramat istimewa disisi Allah, bisa sahaja berdoa dan dimakbuli Allah dengan begitu pantas.
  6. Ya Allah nikmat dan rezekiMu kau berikan kepada kami. Dekatkan lagi kami supaya semakin hampir kepadaMu. Kami mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Kau kurniakan.
  7. Hari ni satu langkah pemula,anak-anak kami telah melalui dan lulus akan ujian dunia ini.
  8. Bagaimana pula nanti anak-anak ini bisa cemerlang dalam ujian akhiratnya?
  9. Ya Allah kau berilah petunjuk dan hidayahMu agar anak-anak ini dapat menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Kau tetapkan hati kami dan anak-anak kami dalam cahaya Islam setelah kau berikan kami petunjuk. Ya Allah kau bela hati kami yang berbolak-balik ini supaya sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmatMu.
  10. Buat anak-anak yang berjaya. Sekalung tahniah. Ingatlah ini hanya baru permulaanya. Jangan cepat lupa diri dan leka.
  11. Buat yang kurang berjaya; ini bukan noktah penamatnya. Anda mempunyai lebih banyak lagi peluang dihadapan. Bangkitlah. Usaha perlu digigihkan dan pada masa yang sama berdoalah kepada Allah.
  12. Semakin kita mengingatiNya semakin diingatNya kita, semakin kita melupakanNya semakin jauhNya daripada kita.

No comments: