- Ekonomi Malaysia berada pada angka terbaik. Ini menunjukkan ekonomi negara sudah pulih, bertambah bagus dan kita berada dilandasan yang betul dalam membentuk halatuju negara. Walaupun semakin ramai rakyat yang menganggur dan perniagaan ditutup terutamanya golongan bumiputera.
- Model kegagalan bumiputera yang terbesar adalah Bank Bumiputera.
- Indeks komposit berada pada tahap tertinggi. Pasaran mulai kukuh dan pelabur berkeyakinan dengan situasi politik negara. Mana dia pelabur asing yang hendak melabur kalau FDI menjunam turun? Bukan salah pemimpin, ini salah rakyat.
- Nila ringgit begitu kukuh. Jangan pula ringgit hendak dibandingkan dengan nilai Sing Dollar atau Australia Dollar.
- Keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun. Pelajar yang dapat semua A bertambah dari setahun ke setahun. Bagaimana akhlak pelajar-pelajar itu apabila mereka akan berada di sekolah menengah? Silap haribulan layak ke asrama penuh di Jasin Melaka. Bukankah ibu termuda melahirkan anak tanpa status baru sahaja mendapatkan keputusan UPSR di Terengganu.
- Ops sikap ke 12 telah berjaya menurunkan kemalangan maut sebanyak 10 peratus. Kemalangan maut melibatkan bas ekspress Delima di Melaka dan bas pesiaran di Genting Highlands bukan berlaku di Ops Sikap, maka ianya tidak diambil kira.
- Tahap rasuah terkawal biarpun indeks ketulusan semakin jatuh kerana ianya sebahagian dari polisi kita. Tanyalah PTD-PTD sekelian? Golf handicapped berapa? Free ke bermain golf di The Mines, KLGSC, Glenmarie. PTD tak main golf kat UPM/UKM. Cow grass katanya.
- Gaji anggota polis dinaikkan kerana tahap hidup dan beban kerja yang semakin naik. Biarpun ragut semakin menjadi-jadi? Bukan salah mereka? Kami tidak cukup anggota alasan yang diberi.
- Tol tidak dinaikkan pada tahun ini. Akan tetapi rupa-rupanya tempoh dipanjangkan sampai lima generasi lagi. Katanya mana ada benda percuma? Lagipun rakyat marah sekejap sahaja. Melayu mudah lupa.
- Paling hebat; semua harga yang ada adalah terendah di dunia; minyak, tepung, susu, gula, kelapa, tol, rumah dan lain-lain lagi. Terendah yang macam mana?
- Juga yang terakhir, jumlah kerusi parti pembangkang di parlimen bertambah kerana majoriti dua pertiga parti pemerintah berkurangan. Apa signifikannya keatas perkara 1-10 diatas?
- Nantikan pilihanraya umum ke 13. Dan juga suka kalau tiba-tiba ada pilihanraya raya kecil. Jadi macam Astro; macam-macam projek ada.
Sunday, November 14, 2010
Retoriknya Statistik Malaysia (Psikologi Terbalik)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment