Wednesday, November 3, 2010

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 02

HADITH 02 - KENAPA DUNIA ISLAM JADI SASARAN PEMUSNAHAN?


Hadith riwayat Bukhari  &  Muslim


Diceritakan oleh Zainab bahawa satu hari Rasulullah SAW masuk kedalam rumah dalam keadaan cemas sambil bersabda : Tiada Tuhan selain Allah. Binasa bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding yakjuj dan makjuj seperti ini, Dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari telunjuk yang disebelahnya dan dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. 

Lalu ditanya; Ya Rasulullah adakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?  Ya, semua akan binasa apabila kejahatan telah terlalu banyak. 

Biarpun hadith ini  secara khususnya menyebut tentang bangsa Arab tetapi apa yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa didunia ini. Tujuan bangsa Arab disebut secara khusus kerana mereka adalah bangsa yang sama dengan Nabi pada zaman permulaan Islam sehingga ke zaman penyebarannya.

Apabila sesebuah negeri itu sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan maka kebinasaan pasti akan menimpa semua orang ditempat itu.  Tidak hanya menimpa orang yang jahat sahaja tetapi orang yang soleh juga akan dibinasakan walaupun masing-masing di hari kiamat nanti dihisab mengikut amalan masing-masing.  

Oleh itu cegahlah kemungkaran dan kemaksiatan supaya tidak terjadi kemusnahan akibat malapetaka ini.

No comments: