- Lewat beberapa hari telah melihatkan berbagai-bagai perlakuan orang-orang politik.
- Ramai yang mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat. Membongkar betapa ramai yang bertindak untuk kepentingan peribadi.
- Kepimpinan telah dijual beli seperti barangan murahan di kedai-kedai 2 ringgit.
- Apa yang paling nyata :Rakyat disusahkan dan Pemimpin disenangkan.
- Bagaimana pemimpin hendak hendak merasa sengsara rakyat yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana perjalanan mereka diringi polis trafik. Mereka bergerak pantas tanpa ada halangan kerana itu kelebihan menjadi menteri.
- Tahukah mereka bahawa betapa teruknya mutu perkhidmatan pengangkutan awam kerana mereka tidak pernah menaiki bas/teksi/LRT?
- Lihatlah seorang bapa yang mencuri duit surau di Johor semata-mata kerana ingin membeli susu mana. Mana pergi orang-orang politik yang suka bermuka-muka dan menunjuk muka untuk popular.
- Aku suka masuk tv kerana publisti katanya.
- Rakyat di Kedah menderita, masing-masing kata mereka yang membela rakyat? Mengapa tidak boleh kita bersama memberikan bantuan kepada rakyat jelata?
- Salahkan bersama-sama dalam satu tujuan membantu rakyat?
- Adakah apabila kita mati, akan ditanya apakah parti masing-masing? Apakah manisfesto pilihanraya?
- Mungkin inilah sebahagian dari tanda-tanda kiamat dimana perpecahan itu berlaku dan tidak dapat dielakkan.
- Akhirnya semua parti lebih kurang sama. Apa yang penting di sisi Allah hanyalah taqwa.
- Lihatlah musuh dalam selimut kita yang sedang bertepuk tangan apabila kita sesama Islam bergaduh di negara tercinta.
Saturday, November 13, 2010
Lebih Kurang Sama Sahaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Tuan. Parti politik maupun dari UMNO & BN juga PR dari Pas tidak sama tuan. Mana boleh sama tuan. Jauh bezanya tuan. Jauh panggang dari Api.
Untuk melihat perbezaan ini....kita perlu ada ilmu....dalam menilai mereka.
Post a Comment