Friday, November 12, 2010

37 tahun yang lampau



  1. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, selepas hampir 37 tahun foto ini masih kekal dalam simpanan. Kali ini disimpan dalam bentuk digital sesuai dengan peredaran zaman.
  2. Berlalunya 14300 hari selepas keluar ke permukaan bumi ini telah memberikan banyak iktibar. Pencarian mencari dan memberikan kasih sayang masih diteruskan sebelum dipanggil kembali kepadaNya. 
  3. Bersimpul hidup ikatan tali kehidupan yang kusutnya kadang-kadang agak menjerut.
  4. Intipati kehidupan 14300 hari yang lepas dan tidak tahu pula angka kehidupan yang mendatang ialah kasih sayang.
  5. Betapa hebatnya kasih sayang yang terjalin antara ibu dan anak, suami isteri, adik-beradik, jiran tetangga, murid pendidik, kasih kepada alam, kasih kepada bangsa, sayang negara, sayang agama dan semuanya berkitarkan kepada pusingan kasih sayang.
  6. Dahulu kita pernah disayangi oleh ibu dan ayah, kini kini sebagai ibu dan ayah kita pula menyayangi anak-anak kita.
  7. Pernah kita dimarahi oleh pendidik kerana sebenarnya dia juga menyayangi kita dan kini ada sebahagian dari kita yang menjadi pendidik memarahi pelajarnya kerana mereka sayangkan pelajar mereka.
  8. Bagi golongan yang mulai hidup melepasi 18300 hari, anda mulai menjadi seorang datuk yang mengasihi cucunya sedangkan 18300 hari sebelum itu anda juga adalah seorang cucu yang disayangi oleh datuknya.
  9. Oleh itu lihatlah betapa kehidupan ini penuh dengan kasih sayang. Cuma berhati-hatilah jangan kasih sayang ini diletakkan ditempat yang tidak sebetulnya.
  10. Sekali lagi, keadilan itu bukan samarata tetapi keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
  11. Saya sayang anda semua; isteri, anak-anak, adik-beradik, guru-guru, pensyarah, rakan taulan, jiran tetangga dan lain-lain.
  12. Dan yang teragung; kasih saya melebihi segala-galanya; kasihku hanya pada mu Allah dan Rasulullah.
  13. Ya Allah kau permudahkan kami dalam mencari rahmat dan redhaMu. Kau penuhi hati-hati kami dengan limpahan kasih sayangMu. 

No comments: