- Pertamanya salam eid adha. Eid adha mengajar bahawa kehidupan memerlukan pengorbanan.
- Sebaik-baik pengorbanan dengan memberikan sesuatu yang paling disayangi.
- Alhamdulillah, Melayu dilahir dan dibentuk dengan sopan santun.
- Dari tutur kata, laku perbuatan dan hampir setiap gerak-geri Melayu begitu lembut berbanding bangsa-bangsa lain.
- Kata-kata semangat juga tidak dijeritkan membuta-tuli, berteriak tempik seperti orang gila.
- Alunan serak basah orang Melayu mengadun suara membaca Quran, bertakbir, bertahmid lebih cenderung kepada keasyikan dan terkesannya lebih kepada melodi yang lebih melankolik.
- Mari sama-sama kita berkorban membuang sifat keayunan melankolik dari hati-hati lembut seorang Melayu dan sebaiknya lebih baik kita dikenali sebagai umat Islam yang lebih dominan.
- Kita perlu terkesan bukan kerana alunan yang mengasyikkan tetapi kerana iktibar dan amalan yang perlu dirangkaikan dari setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan.
- Melayu perlu lebih tegas tapi rasional.
Tuesday, November 16, 2010
Melayu Nan Melankolik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment