Sunday, March 26, 2017

Syarahan Terakhir

Satu  Perkongsian. Ada manfaatnya...
Ahmad bin Abdullah, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.
Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Daud,Hussein dan Marzuki dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.
Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.
1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.
13. Senyum dan tertawa selalu.
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
15. Hubungi keluarga kamu selalu.
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.
17. Maafkan orang lain.
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.
22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. Tuhan itu penyembuhan.
24. Buat perkara yang betul.
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.
27. Yang terbaik akan datang kemudian.
28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.
30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

4 perkara yang lebih baik

Dalam Kitab Nashaihul Ibad tulisan Imam Nawawi dijelaskan mengenai 4 sifat sebagai perkara yang baik dan 4 sifat lagi yang jauh lebih baik.

Sebagian ahli hikmah berkata:

Ada 4 perkara baik, tetapi empat perkara lainnya jauh lebih baik yaitu :

1. Sifat dan rasa MALU yang dimiliki kaum lelaki itu adalah baik, namun jauh lebih baik jika malu dimiliki kaum perempuan.

2. Sifat dan sikap ADIL  yang dimiliki setiap orang itu adalah baik, namun jauh lebih baik jika sifat adil itu dimiliki oleh para penguasa, pemimpin atau raja.

3. Sifat dan SUKA BERTAUBAT bagi orang berusia/ tua itu adalah baik, namun jauh lebih baik sifat suka bertaubat pada orang yang lebih muda.

4. Sifat PEMURAH kaum hartawan itu baik, namun jauh lebih baik jika sifat pemurah itu ada pada diri orang yang fakir miskin.

Sentiasalah kita berdoa kpd Allah swt dengan sesungguh hati dgn doa yg berikut:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"

Al Ahqaf 46:15

Wallahu a'lam

Friday, March 24, 2017

Unta Hitam

  1. Unta dengan kambing mana yang lebih besar?
  2. Unta dengan kambing siapa yang lebih teruk dipergunakan?
  3. Biasa mangsa kepada keadaan dipanggil kambing hitam; ianya bermakna kedajalan beban itu tidak berapa besar.
  4. Tetapi apabila kedajalan itu lebih besar rasanya kambing pun tidak mampu nak tanggung beban itu.
  5. Jadi mengapa unta yang dipilih?
  6. Kerana unta lebih sinonim dengan padang pasir.
  7. Padang pasir lebih mencerminkan betapa teruknya orang Arab yang memakai jubah tetapi munafik?
  8. Ada sesiapa yang makan cili terasa pedas?
  9. Sememangnya makan cili perlu merasai kepedasannya, jika cili itu mulai masam maka berhati-hatilah. Tunggu sahaja masa untuk pergi.
  10. Suka lagi sekali saya mengingatkan diri saya bahawa ramai orang yang masuk syurga itu pendosa yang bertaubat dan ramai orang yang masuk neraka itu alim yang munafik.
  11. Sekian.

Friday, March 17, 2017

Usia 40 tahun

"Berhati-hati di usia 40 tahun"

Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Usia 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah dia mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]