Showing posts with label akhirat. Show all posts
Showing posts with label akhirat. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 03

Hadith 03 - Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

Diriwayatkan oleh Abu Daud; 

Rasulullah SAW bersabda; "hampir tiba suatu masa dimana bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Sahabat bertanya; apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi SAW menjawab: "bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "alwahan". Seorang sahabat bertanya : apakah itu "alwahan" Ya Rasulullah? Baginda menjawab; cinta dunia dan takut mati.

Lihatlah bagaimana hari ini umat Islam dipersenda dan dipermainkan oleh orang kafir sedang bilangan orang yang memasuki Islam bertambah ramai dari hari ke sehari.  Orang Islam ditindas, diinjak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Semua orang kafir dari pelbagai bangsa dan agama bersatu untuk melumpuhkan kekuatan Islam.

Sebenarnya segala kegagalan kaum muslimin ini berpunca dari dalam diri kaum muslim itu sendiri iaitu daripada peyakit wahan yang merupakan campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua; cinta dunia dan takut mati. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.

Cinta dunia bermaksud tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu menginfakkan harta ke jalan Allah. Dan takut mati bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan menghadapi negeri akhirat. Juga tida ada perasaan untuk berkorban memperjuangkan agama Allah.

Bagi rakan-rakan yang berumur 40 tahun keatas, jika dunia itu sudah tidak dapat dicari; mulakan langkah untuk mencari akhirat. Dikhuatiri nanti kedua-dua dunia dan akhirat itu akan keciciran.  Semoga kita diampuni, dirahmati dan diredhai oleh Allah.

Saturday, August 7, 2010

Apa Erti Kekayaan Orang?

  1. Dalam dunia ini, ada orang yang mendapat nikmat kaya dunia, ada pula yang mendapat rasa ujian.
  2. Bagi yang miskin, jangan dipandang sangat kekayaan orang kaya kalau sekadar hanya menjadi kaya tapi kufur nikmat.
  3. Harta benda dunia ini bukanlah sangat kurniaan tetapi sekadar ujian. Menguji syukur dan terima kasih; takbur dan taqwa atau adakah nanti kaya itu bisa memanfaatkan orang lain.
  4. Berhati-hatilah; jangan mudah terpedaya dengan percikan dan gemerlipan palsu kesenangan itu.
  5. Juga jangan dianggap susah itu suatu beban. Bahkan ianya adalah ujian nikmat yang motivasinya lebih berharga.
  6. Sekali lagi dinyatakan untuk bersyukur itu perlu melihat kepada sesuatu yang kurang atau dibawah, rendah dan ketidakcukupan orang lain.
  7. Jangan dilihat bandingan kaya itu sesuatu yang lebih, tinggi dan banyaknya orang lain takut nanti kita sekadar hanya menjadi hamba duit.
  8. Pandang dari hati dan jangan pandang hanya cantik dimata.
  9. Khuatir nanti kita akhirat pun keciciran.
  10. Masih lagi Melayu kaya seperti dahulu; kaya sendiri dan susah betul kaya mereka memanfaatkan orang lain.
  11. Kelak ditanya kemanakah kekayaaan itu dibelanjakan sudah tentu jawabnya ini harta aku punya; aku cari.