Sunday, November 14, 2010

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 09

Hadith 09 - Islam Kembali Dagang

Diriwayatkan oleh Muslim :-

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Islam mula tersebar dalam keadaaan dagang (asing). Da ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".

Peringkat permulaan penyebaran Islam di Mekah, Islam adalah sangat asing dan dagang. Penentangnya lebih ramai dari pengikutnya. Kemudian setelah Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing  dan dirasakan ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. 

Ada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang bersungguh-sungguh dengan komitmen mengamalkan Islam. Orang itu akan dipandang sepi oleh masyarakat dan sukar diterima sebagai individu sihat.

Contohnya apabila dalam sesuatu aktiviti dijalankan, seseorang itu berhenti untuk mengerjakan solat bila sampai masuk waktunya, tindakannya dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedang orang yang tidak bersolat sambil mempersendakan orang yang bersolat itu pula tidak dianggap sebagai perbuatan terkutuk.

Juga lihatlah selautan manusia menyaksikan konsert Jomheboh dan boleh dibilang orang yang datang ke majlis ilmu. 

Dan seterusnya begitulah nasib Islam di akhir zaman. Terasing dan disisihkan masyarakat bukan Islam dan orang adakalanya dari kalangan orang Islam itu sendiri.

No comments: