Tuesday, November 30, 2010

Kenapa bising RON97 naik?

  1. Kenapa nak bising bila RON97 naik? Naik RM 4.50/liter pun apa yang nak ambil port.
  2. Lihat apa yang pembangkang persekutuan boleh buat? 
  3. Depa duk adjust projek depa juga...sama macam pemimpin persekutuan kerana takut-takut 'last term'.
  4. Samada tidak lagi dipilih oleh parti atau tidak dipilih oleh pengundi.
  5. Jangan bila hendak mengundi baru jumpa rakyat; la sebelum ini hang tido ka? Atau hang lari Siam kawin dua ikut idola hang dari Sabah tu?
  6. Bagi yang menggunakan minyak RON95 sebab kereta guna kereta bawah 2000 c.c.; tak payah nak berbising-bising tidak tentu pasal.  
  7. Lebih baik kumpul duit nak renew road tax.
  8. Tidak luak duit kau waima 5 sen pun bila RON97 naik melainkan kau guna kereta Iswara 1995 tapi duduk bubuh minyak V-Power. Sapa suruh bubuh?
  9. Buat orang yang guna RON97, depa kereta mahl pun boleh beli takkan minyak pun tak boleh isi. Kalau tak baik jual sahaja kereta tu dan pakai Iswara 1995 tu.
  10. Memang itulah dasar kerajaan yang dipilih orang terbanyak. Padan muka siapa yang pilih itu. Kah..kah..Kah..
  11. Depa orang-orang besar tu mana ada yang payah, minyak free, rakyat tanggung. Depa berak silap-silap sambil tidur pasal depa memang barua.
  12. Depa semua tu berlakon sahaja nak tolong rakyat, membantu rakyat sedangkan tembuluk mereka lebih penting.
  13. Ada yang baru jadi Setiausaha Politik perangai lebih dari menteri. Apa lagi menteri?
  14. Rakyat disusahkan pemimpin disenangkan.
  15. Tunggu kuasa rakyat biarpun ada menteri hanya menang undi pos.
  16. Jangan hairan juga pasal politik alaf baru, penoreh pun boleh jadi menteri bila dilantik senator. 
  17. "Aku yang berkuasa; katanya".

Manusia-manusia Gila

Dunia ni banyak orang jenis gilanya. Macam-macam adaaa… yang terbaru apabila seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat. Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer. Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet. Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari. Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Sebelum ini Dennis Hope seorang warga California telah mendakwa memiliki keseluruhan bulan pada tahun 1980. Beliau sebelum 1980 merupakan seorang yang tiada pekerjaan, bercerai dan diistiharkan muflis tetapi kini Hope, 55 telah membuka Pejabat Kedutaan Bulan di Gardnerville, califaornia. Beliau juga menjual hartanah bulan. Dengan harga USD 19.99 termasuk cukai USD 1.51 Lunat tax anda telah boleh membeli seeker tanah di Bulan. Hope akan mengeluarkan geran akuan pembelian. Jika anda tak bersetuju duit akan dipulangkan kembali dalam tempoh 30 hari. Beliau dijangka memiliki USD 6juta hasil jualan tanah di bulan tersebut.


Di Geneva, Ohio. Donald Miles, 76 menunjukkan dokumen akuan deklarasi bahawa beliau juga merupakan tuan milik bulan yang diakui oleh Bandar Geneva sejak 12 April 1966 yang pernah dibuat majlis sambutan di Auditorium Geneva High school of Geneva.
Manusia ni macam kerengga di buah nangka. Dia tak tanam pun, dok merayap kata tanah, kat batang, daun dan buah. Bila buah masak, datang tuan nak petik lalu digigit tuan nangka kerana seolah-olah menganggu nangka miliknya. Tuan nangka cantas tangkai dan jatuh tergolek buah nangka atas atas tetimpa atas kerengga… penyek kerengga.. mampus saje aje.. Sama jenis manusia hari ini. Baru lahir dua-tiga hari.. alih-alih mengaku tuan tanah matahari dan bulan. Dah le tak pernah pi sekali pun.. mengaku aje. Siap jual lagi. Yang heran tu.. ada juga manusia yang pi beli tu.
Yelah… dunia dah dihujung usia… gelak melihat gelagak manusia-manusia gila ni… nanti ada yang dakwa miliki syurga, neraka pulak?... kacau-kacau!


(petikan dari blog Ustaz Saiful Bahri http://ustsaifulbahri.blogspot.com)

Thursday, November 25, 2010

Blogging Will Resume

Due to unforeseen circumstances, blogging will be resumed soonest as possible.


Sorry for any inconvenience.


Brain requires some defragmentation.



Tuesday, November 16, 2010

Melayu Nan Melankolik

  1. Pertamanya salam eid adha. Eid adha mengajar bahawa kehidupan memerlukan pengorbanan.
  2. Sebaik-baik pengorbanan dengan memberikan sesuatu yang paling disayangi.
  3. Alhamdulillah, Melayu dilahir dan dibentuk dengan sopan santun. 
  4. Dari tutur kata, laku perbuatan dan hampir setiap gerak-geri Melayu begitu lembut berbanding bangsa-bangsa lain.
  5. Kata-kata semangat juga tidak dijeritkan membuta-tuli, berteriak tempik seperti orang gila.
  6. Alunan serak basah orang Melayu mengadun suara membaca Quran, bertakbir, bertahmid lebih cenderung kepada keasyikan dan terkesannya lebih kepada melodi yang lebih melankolik.
  7. Mari sama-sama kita berkorban membuang sifat keayunan melankolik dari hati-hati lembut seorang Melayu dan sebaiknya lebih baik kita dikenali sebagai umat Islam yang lebih dominan.
  8. Kita perlu terkesan bukan kerana alunan yang mengasyikkan tetapi kerana iktibar dan amalan yang perlu dirangkaikan dari setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan.
  9. Melayu perlu lebih tegas tapi rasional.

Eid Takbeer from Masjidil Haram



SALAM EID ADHA. HIDUP DAN PENGORBANAN.

Halwa Telinga

Beginilah Korban Di Malaysia .....Bayi yang dikorbankan

KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Dua anggota Unit Forensik membawa mayat bayi lelaki ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat setelah diangkat dari Sungai Klang berhampiran rumah flet PKNS AU/3 Keramat Hulu Klang di sini, hari ini.

Dua anggota Unit Foransik memeriksa mayat bayi lelaki yang dijumpai di tepi Sungai Klang berhampiran rumah flet PKNS AU/3 Keramat Hulu Klang di sini.

Mayat yang dalam keadaan terlingkup ditemui kira-kira pukul 2 petang oleh seorang penjala ikan. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Apakah kesudahan bencana membuang bayi di Malaysia? Apakah ini bentuk pengorbanan yang dibuat bersempena dengan Eid Ahda esok? Nilai kemanusiaan mulai hilang dan didatangi oleh sifat-sifat lebih buruk dari binatang.

Jasindaily Online: ADAKAH SEKOLAH HARAPAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAH ZINA ???

petikan dari : Jasindaily Online: ADAKAH SEKOLAH HARAPAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAH ZINA ???

Penzina pun diberikan harapan. bagimana dengan harapan orang-orang yang baik tetapi tidak memangkah dia??


Sunday, November 14, 2010

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 09

Hadith 09 - Islam Kembali Dagang

Diriwayatkan oleh Muslim :-

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Islam mula tersebar dalam keadaaan dagang (asing). Da ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".

Peringkat permulaan penyebaran Islam di Mekah, Islam adalah sangat asing dan dagang. Penentangnya lebih ramai dari pengikutnya. Kemudian setelah Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing  dan dirasakan ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. 

Ada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang bersungguh-sungguh dengan komitmen mengamalkan Islam. Orang itu akan dipandang sepi oleh masyarakat dan sukar diterima sebagai individu sihat.

Contohnya apabila dalam sesuatu aktiviti dijalankan, seseorang itu berhenti untuk mengerjakan solat bila sampai masuk waktunya, tindakannya dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedang orang yang tidak bersolat sambil mempersendakan orang yang bersolat itu pula tidak dianggap sebagai perbuatan terkutuk.

Juga lihatlah selautan manusia menyaksikan konsert Jomheboh dan boleh dibilang orang yang datang ke majlis ilmu. 

Dan seterusnya begitulah nasib Islam di akhir zaman. Terasing dan disisihkan masyarakat bukan Islam dan orang adakalanya dari kalangan orang Islam itu sendiri.

Retoriknya Statistik Malaysia (Psikologi Terbalik)

  1. Ekonomi Malaysia berada pada angka terbaik. Ini menunjukkan ekonomi negara sudah pulih, bertambah bagus dan kita berada dilandasan yang betul dalam membentuk halatuju negara. Walaupun semakin ramai rakyat yang menganggur dan perniagaan ditutup terutamanya golongan bumiputera. 
  2. Model kegagalan bumiputera yang terbesar adalah Bank Bumiputera.
  3. Indeks komposit berada pada tahap tertinggi. Pasaran mulai kukuh dan pelabur berkeyakinan dengan situasi politik negara. Mana dia pelabur asing yang hendak melabur kalau FDI menjunam turun? Bukan salah pemimpin, ini salah rakyat.
  4. Nila ringgit begitu kukuh. Jangan pula ringgit hendak dibandingkan dengan nilai Sing Dollar atau Australia Dollar.
  5. Keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun. Pelajar yang dapat semua A bertambah dari setahun ke setahun. Bagaimana akhlak pelajar-pelajar itu apabila mereka akan berada di sekolah menengah? Silap haribulan layak ke asrama penuh di Jasin Melaka. Bukankah ibu termuda melahirkan anak tanpa status baru sahaja mendapatkan keputusan UPSR di Terengganu.
  6. Ops sikap ke 12 telah berjaya menurunkan kemalangan maut sebanyak 10 peratus. Kemalangan maut melibatkan bas ekspress Delima di Melaka dan bas pesiaran di Genting Highlands bukan berlaku di Ops Sikap, maka ianya tidak diambil kira.
  7. Tahap rasuah terkawal biarpun indeks ketulusan semakin jatuh kerana ianya sebahagian dari polisi kita. Tanyalah PTD-PTD sekelian? Golf handicapped berapa? Free ke bermain golf di The Mines, KLGSC, Glenmarie. PTD tak main golf kat UPM/UKM. Cow grass katanya.
  8. Gaji anggota polis dinaikkan kerana tahap hidup dan beban kerja yang semakin naik. Biarpun ragut semakin menjadi-jadi? Bukan salah mereka? Kami tidak cukup anggota alasan yang diberi.
  9. Tol tidak dinaikkan pada tahun ini. Akan tetapi rupa-rupanya tempoh dipanjangkan sampai lima generasi lagi. Katanya mana ada benda percuma? Lagipun rakyat marah sekejap sahaja. Melayu mudah lupa.
  10. Paling hebat; semua harga yang ada adalah terendah di dunia; minyak, tepung, susu, gula, kelapa, tol, rumah dan lain-lain lagi. Terendah yang macam mana?
  11. Juga yang terakhir, jumlah kerusi parti pembangkang di parlimen bertambah kerana majoriti dua pertiga parti pemerintah berkurangan. Apa signifikannya keatas perkara 1-10 diatas? 
  12. Nantikan pilihanraya umum ke 13. Dan juga suka kalau tiba-tiba ada pilihanraya raya kecil. Jadi macam Astro; macam-macam projek ada. 

Saturday, November 13, 2010

Lebih Kurang Sama Sahaja

  1. Lewat beberapa hari telah melihatkan berbagai-bagai perlakuan orang-orang politik.
  2. Ramai yang mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat. Membongkar betapa ramai yang bertindak untuk kepentingan peribadi. 
  3. Kepimpinan telah dijual beli seperti barangan murahan di kedai-kedai 2 ringgit.
  4. Apa yang paling nyata :Rakyat disusahkan dan Pemimpin disenangkan.
  5. Bagaimana pemimpin hendak hendak merasa sengsara rakyat yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana perjalanan mereka diringi polis trafik. Mereka bergerak pantas tanpa ada halangan kerana itu kelebihan menjadi menteri.
  6. Tahukah mereka bahawa betapa teruknya mutu perkhidmatan pengangkutan awam kerana mereka tidak pernah menaiki bas/teksi/LRT?
  7. Lihatlah seorang bapa yang mencuri duit surau di Johor semata-mata kerana ingin membeli susu mana. Mana pergi orang-orang politik yang suka bermuka-muka dan menunjuk muka untuk popular.
  8. Aku suka masuk tv kerana publisti katanya.
  9. Rakyat di Kedah menderita, masing-masing kata mereka yang membela rakyat? Mengapa tidak boleh kita bersama memberikan bantuan kepada rakyat jelata? 
  10. Salahkan bersama-sama dalam satu tujuan membantu rakyat?
  11. Adakah apabila kita mati, akan ditanya apakah parti masing-masing? Apakah manisfesto pilihanraya? 
  12. Mungkin inilah sebahagian dari tanda-tanda kiamat dimana perpecahan itu berlaku dan tidak dapat dielakkan.
  13. Akhirnya semua parti lebih kurang sama. Apa yang penting di sisi Allah hanyalah taqwa.
  14. Lihatlah musuh dalam selimut kita yang sedang bertepuk tangan apabila kita sesama Islam bergaduh di negara tercinta.

Bermuda Triangle: What Happened To Flight 19?

Friday, November 12, 2010

Love of ALLAH

Mana Milik Kita?

Gambar Ngeri Dan Tragis Keadaan dan Mangsa Letusan Gunung Merapi

Petikan dari blog kerabu bersuara :


terima kasih kerabu bersuara.

40 Hadith Akhir Zaman - Hadith 08

Hadith 08 - Penyakit Umat-umat Dahulu

Diriwayatkan oleh Hakim 

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya, "Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu ?"

Nabi SAW menjawab, "Penyakit-penyakit itu adalah :
1)terlalu banyak seronok
2)terlalu mewah
3)menghimpun harta sebanyak mungkin
4)tipu menipu dalam merebut harta dunia
5)saling memarahi
6)hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi".

Lihatlah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW itu telah banyak berlaku di kalangan kaum muslimin di hari ini. Penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganas. Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Semuanya adalah semata-mata hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Amalan yang baik banyak yang telah lenyap begitu sahaja. Sama-samalah kita mempertimbangkan tindakan kita dan bermuhasabalah.

Kasih Sayang by Raihan

37 tahun yang lampau



  1. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, selepas hampir 37 tahun foto ini masih kekal dalam simpanan. Kali ini disimpan dalam bentuk digital sesuai dengan peredaran zaman.
  2. Berlalunya 14300 hari selepas keluar ke permukaan bumi ini telah memberikan banyak iktibar. Pencarian mencari dan memberikan kasih sayang masih diteruskan sebelum dipanggil kembali kepadaNya. 
  3. Bersimpul hidup ikatan tali kehidupan yang kusutnya kadang-kadang agak menjerut.
  4. Intipati kehidupan 14300 hari yang lepas dan tidak tahu pula angka kehidupan yang mendatang ialah kasih sayang.
  5. Betapa hebatnya kasih sayang yang terjalin antara ibu dan anak, suami isteri, adik-beradik, jiran tetangga, murid pendidik, kasih kepada alam, kasih kepada bangsa, sayang negara, sayang agama dan semuanya berkitarkan kepada pusingan kasih sayang.
  6. Dahulu kita pernah disayangi oleh ibu dan ayah, kini kini sebagai ibu dan ayah kita pula menyayangi anak-anak kita.
  7. Pernah kita dimarahi oleh pendidik kerana sebenarnya dia juga menyayangi kita dan kini ada sebahagian dari kita yang menjadi pendidik memarahi pelajarnya kerana mereka sayangkan pelajar mereka.
  8. Bagi golongan yang mulai hidup melepasi 18300 hari, anda mulai menjadi seorang datuk yang mengasihi cucunya sedangkan 18300 hari sebelum itu anda juga adalah seorang cucu yang disayangi oleh datuknya.
  9. Oleh itu lihatlah betapa kehidupan ini penuh dengan kasih sayang. Cuma berhati-hatilah jangan kasih sayang ini diletakkan ditempat yang tidak sebetulnya.
  10. Sekali lagi, keadilan itu bukan samarata tetapi keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
  11. Saya sayang anda semua; isteri, anak-anak, adik-beradik, guru-guru, pensyarah, rakan taulan, jiran tetangga dan lain-lain.
  12. Dan yang teragung; kasih saya melebihi segala-galanya; kasihku hanya pada mu Allah dan Rasulullah.
  13. Ya Allah kau permudahkan kami dalam mencari rahmat dan redhaMu. Kau penuhi hati-hati kami dengan limpahan kasih sayangMu. 

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 07

Hadith 07 - Golongan Yang Sentiasa Menang

Diriwayatkan oleh Bukhari :

Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda. : Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehinggalah sampai suatu saat yang dkehendaki oleh Allah SWT, Mereka sentiasa berjaya".

Umat Muhammad merupakan umat terakhir dan dijanjikan oleh Allah SWT akan dipelihara Al-Quran sebagai kitab kita sehingga kiamat. Tugas dakwah akan lahir dari generasi ke generasi yang memikulnya hingga tetap wujud golongan mukminin di muka bumi ini.

Dalam sejarah Islam, umat-umat Islam sentiasa diuji dengan ujian yang berat-berat bermula pada zaman permulaan penyebarannya sehingga ke saat ini. Lihatlah bagaimana ujian dari golongan musyrikin di Mekah, munafiqin, nasrani dan yahudi di Madinah, gerakan riddah, Majusi, Bathiniyah, falsafah dan pemikiran Yunani, serangan Moghul dan Tatar yang menghancurkan tamadun Baghdad, penyembelihan kaum muslimin  semasa kejatuhan kerajaan Islam di Andalus, pengaruh imperialis Barat, gerakan zionis, missionari Nasrani dan berbagai-bagai lagi ujian yang tetap wujud dalam rupabentuk yang berbeza, identiti yang berlainan dan peranan-peranan yang sama untuk menghancurkan umat Islam.

Biarpun hari ini ada dikalangan orang Islam yang tidak mengambil endah akan agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh mempelajari agama dan memperjuangkannya. Ramai orang Islam yang telah rosak akhlak dan hancur moralnya tetapi masih ada lagi golongan yang tetap berpekerti luhur. Aktivis Islam ditindas dan di cerca tetapi masih ada yang dihormati.

Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap sehingga sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah. Pasa masa itu Allah akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan tinggallah orang jahat atau kafir, maka pada saat itu akan  berlakulah hari kiamat.

Thursday, November 11, 2010

Lulus Periksa Dunia


  1. Hari ini ramai ibu bapa yang gembira. Setelah anak-anak berjaya dalam peperiksaan UPSR.
  2. Straight A. Alhamdulilah. Berkat usaha anak-anak, sokongan ibu dan ayah dan yang terpenting betapa Allah itu telah memakbulkan doa hamba-hambanya.
  3. Lihatlah Allah itu Maha Pemurah.
  4. Nabi Ibrahim pernah berdoa dan hanya dimakbulkan selama 300 tahun selepas itu.
  5. Nah, kita umat Muhammad teramat istimewa disisi Allah, bisa sahaja berdoa dan dimakbuli Allah dengan begitu pantas.
  6. Ya Allah nikmat dan rezekiMu kau berikan kepada kami. Dekatkan lagi kami supaya semakin hampir kepadaMu. Kami mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Kau kurniakan.
  7. Hari ni satu langkah pemula,anak-anak kami telah melalui dan lulus akan ujian dunia ini.
  8. Bagaimana pula nanti anak-anak ini bisa cemerlang dalam ujian akhiratnya?
  9. Ya Allah kau berilah petunjuk dan hidayahMu agar anak-anak ini dapat menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Kau tetapkan hati kami dan anak-anak kami dalam cahaya Islam setelah kau berikan kami petunjuk. Ya Allah kau bela hati kami yang berbolak-balik ini supaya sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmatMu.
  10. Buat anak-anak yang berjaya. Sekalung tahniah. Ingatlah ini hanya baru permulaanya. Jangan cepat lupa diri dan leka.
  11. Buat yang kurang berjaya; ini bukan noktah penamatnya. Anda mempunyai lebih banyak lagi peluang dihadapan. Bangkitlah. Usaha perlu digigihkan dan pada masa yang sama berdoalah kepada Allah.
  12. Semakin kita mengingatiNya semakin diingatNya kita, semakin kita melupakanNya semakin jauhNya daripada kita.

Damba Cinta Mu (re-entry)

Young Boy Reciting the Qur'an. One of the BEST.



His name is Omar Amirhamza. he is just 13 years of age but alhamdulillah, he memorized the whole Qur'an. this was taken this ramadhan 2009 at Ma'had Moro sta.Barbara Zamboanga City Filipina.

Tuesday, November 9, 2010

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 06

Hadith 06 - Golongan Anti Hadis




Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majjah :

Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :  " Hampir tiba satu masa dimana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar diatas katilnya lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah (Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oelah Al-Quran kami halalkan dan apa yang diharamkan olehnya kami haramkan. Kemudina Nabi SAW melanjutkan sabdanya : pada hal yang diharamkan oleh Rasulullah SAW samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.


Lelaki yang dimaksudkan adalah seorang lelaki yang mengingkari kedudukan hadith sebagai sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Katanya ia hanya percaya kepada Al-Quran sahaja. Mereka berpendapat hadith tidak perlu sebagai sumber rujukan hukum. 

Syariat tidak sempurna hanya dengan Al-Quran sahaja. Ia mesti disertai dengan hadith Rasulullah SAW.

Monday, November 8, 2010

Nazi war criminal Seifert dies




ROME - MICHAEL Seifert, a former Nazi SS prison guard known as 'the beast of Bolzano' for his cruelty, died on Saturday in an Italian hospital at age 86, officials said. 

The Ukrainian-born Seifert was serving a life sentence at the Santa Maria Capua Vetere prison in southern Italy. He died in the nearby Caserta hospital, according to officials at the hospital and at the prison. 

Seifert, tried in absentia by a military tribunal in Verona, was convicted in 2000 of nine counts of murder committed while he was an SS guard at a prison transit camp in Bolzano, in Italy's Alpine South Tyrol area. He acknowledged being a guard at the SS-run camp but denied being involved in atrocities. 

At his trial, witnesses testified that Seifert starved a 15-year-old prisoner to death, gouged out another person's eyes and tortured a woman before killing her and her daughter. A witness said he laughed while torturing inmates. 

In 1944 and 1945, the Bolzano camp served as a transit point for Jews, Italian resistance fighters, Italians drafted for factory work and German army deserters who were being shipped north. 

In 2008, Seifert was extradited to Italy from Canada, where he had lived since 1951, to serve his sentence. He had sought to stop the extradition. -- AP

1 juta Free Seat Air Asia

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memberi secara percuma satu juta tempat duduk sekali lagi bagi semua destinasi domestik dan antarabangsanya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tawaran itu akan bermula 9 November hingga 14 November 2010 dan tersedia secara eksklusif dalam talian di laman web www.airasia.com.

Ia berkata, tempoh perjalanan bagi kempen tersebut adalah dari 1 Julai hingga 10 November 2011.

Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, tempat duduk itu adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar cukai lapangan terbang.

"Kali ini, terdapat dua lagi saluran Blackberry dan Android App selain daripada laman web dan laman mudah alih untuk pelanggan mendapatkan tempat duduk percuma mereka," katanya.

Tan berkata, pada Ogos tahun ini AirAsia telah memecah rekod jualan dunia dengan menjual lebih 500,000 tempat duduk dalam masa 24 jam semasa kempen 'Mind Blowing Fare' dengan tambang berharga RM1.

Menurutnya, bahagian percutian syarikat, AirAsiaGo, juga akan menawarkan bilik hotel berharga RM1 di destinasi domestik dan antarabangsa secara eksklusif menerusi www.airasiago.com.

"Tawaran itu terhad bagi tempoh tempahan 9 ke 14 November 2010, dan terpakai bagi tempoh perjalanan daripada sekarang hingga 31 Ogos 2011," katanya. - BERNAMA

Amalan yang patut dibuat dihari Arafah


DALAM bulan Zulhijah yang mulia ini, ada satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah SWT, selain daripada Jumaat iaitu pada 9 Zulhijah yang lebih dikenali sebagai hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah, satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.


Pada hari itu, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, “Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?”. Jawab Baginda, “Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. (Hadis Bukhari)
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
“Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadis Ahmad).
Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.
Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.
Dari sudut sejarahnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Arafah itu berasal dari pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah. Ada juga ulama yang me-nyatakan bahawa ia berasal dari peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Allah Ismail AS yang lama berpisah.
Sebahagian ulama pula berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah SWT yang tersirat di dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari Wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Dikisahkan, Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa) maksud mimpi dan terus melaksanakan mimpi berkenaan.
Selanjutnya, perhimpunan secara besar-besaran di Padang Arafah menyaksikan suatu jalinan kemas persaudaraan Islam dan juga kesatuan ummah yang utuh agar mereka bersatu teguh dan bersemangat padu dalam meneruskan kesinambungan Islam untuk bertapak di atas bumi Allah ini, bahkan juga meneruskan tradisi kecemerlangan Islam yang telah dirintis oleh generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat serta generasi selepasnya.
Tambahan pula, jalinan yang terbina atas paksi ketakwaan ini dengan pakaian ihram yang sama putih, tanpa mengira kedudukan dan pangkat seseorang, umat Islam melupakan segala prejudis perkauman atau kebangsaan, warna kulit, taraf kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya.
Semuanya ini adalah untuk menyedarkan umat manusia bahawa mereka semua pada hakikatnya adalah sama rata di sisi Allah dan mereka semuanya pada hakikatnya berasal daripada tanah.
Begitulah antara kelebihan yang terhampar pada sepuluh hari Zulhijjah yang sewajarnya direbut setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Muslim yang beriman akan sentiasa mengintai peluang keemasan yang disediakan Allah SWT pada sepanjang masa dan seterusnya memanfaatkannya demi meraih keredaan-Nya dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Muslim yang paling bijaksana di sisi Allah SWT ialah seorang Muslim yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk hari kemudian.
Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2009/11/marilah-berpuasa-di-hari-wukuf.html

Sunday, November 7, 2010

Ustaz Azhar 2010 - Hukum Setubuh Isteri Malam Pertama

Imam dan syiling 20 sen.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam 
tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. 

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? 

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

(- petikan dari Artikel iluvislam.co)