- Tidak dapat disorokkan lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Ini bukan lagi acara bermusim malah ia sudah menjadi sesuatu yang tetap dan berterusan setiap masa.
- Lagi ditegur lagi menjadi. Lagi dikempen lebih ramai bayi yang terbunuh dan terbuang.
- Zaman sekarang dimana dunia tanpa sempadan; Melayu menjadi lebih buruk dari Arab jahiliyah terdahulu. Janin dan anak dibuang seperti membuang chewing gum. Habis manis dan belonnya ditiup getah dibuang bersepah-sepah.
- Benar; memang mudah nak lekat (hamil) kata orang dahulu kesan daripada seks bebas tersebut.
- Acara permukahan atau dengan bahasa mudah zina; sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Melayu sekarang tidak kira peringkat umur; remaja belasan tahun, remaja 20an, 30an, 40an, 50an dan ada yang termasuk senarai remaja 60an; yang umur dah masuk tahhajud. Mana pergi rasa keinsafan?
- Ramai yang lebih takut mati pucuk dari takut mati sebenarnya.
- Atas dasar pembangunan modal insan katanya; perlu ada anjakan pradigma supaya fikiran dan perbuatan harus diubah menjadi lebih terbuka; bebaskan segalanya kata ejen-ejen perosak yang ada di dalam persikataran sekarang ini. Semua mahukan kebebasan; seks bebas; ekonomi bebas, politik bebas; dan apa-apa saja.
- Terlalu banyaknya hiburan yang melampau contohnya realiti tv telah berjaya mengubah realiti orang sekarang supaya menjadi lebih jahiliah daripada Arab jahiliyah terdahulu.
- Seteruk-teruk Arab jahiliyah dahulu; mereka berzina tidak buang janin dan anak; dan juga ditahap paling burukpun binatang tak bunuh anak; akan tetapi sekarang orang Melayu yang terlampau ini lebih busuk dan buruk jika hendak dibandingkan dengan kaum jahiliyah dan binatang tersebut.
- Kesedaran dan kempen yang cuba dilakukan juga banyak yang membawa kepada bibit-bibit percampuran lelaki dan perempuan secara bebas; dibuat mengikut acuan sosial yang langsung tidak menerapkan ciri-ciri yang dikehendaki syariat Islam; akhirnya silap hari bulan ada anak luar nikah yang lahir dalam majlis kesedaran tersebut.
- Akhirnya akibat terlanjur seorang itu menjadi penjenayah; pembunuh!
- Jauhilah zina; pendokong zina dan apa sahaja yang membawa kepada zina.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment