- Dalam industri pembinaan, paku merupakan satu bahan yang paling penting yang menjadi penyambung kepada bahagian-bahagian yang tak terpasang. Untuk tujuan menyatukan komponen-komponen tersebut menjadi satu model lengkap atau unit terbina.
- Ramai yang tidak nampak akan kepentingan paku dan membazirkanya begitu sahaja.
- Unit-unit terbina ini tidak akan dapat menjadi satu model yang sempurna dan kuat jika sekiranya paku tersebut tidak digunakan. Mungkin untuk tujuan pameran atau perhiasan bersifat sementara dan kosmetik; tanpa paku unit tersebut mungkin akan juga terbentuk tetapi tidak kuat; longgar dan akhirnya jatuh kembali satu persatu.
- Walau bagaimanapun untuk mencapai akan tujuan dan maksud tersebut, paku ini memerlukan tukul; tukul besi untuk mengetuknya samada untuk masuk penuh atau separa penuh. Jangan sekali-kali mengunakan saiz tukul yang salah.
- Bagi tujuan penyambungan paku tersebut perlulah diketuk penuh supaya ada kekuatan dan memberikan kemasan yang rapi. Tetapi bagi tujuan menyangkut baju atau bingkai gambar ianya hanya perlu sekadar separa masuk supaya lebihan yang terjulur keluar itu boleh digunakan.
- Jarak hentakan dan cara pegangan tukul juga penting supaya tembusan yang sempurna dapat dibuat oleh tukang.
- Jarang sekali kita mendengar tukang yang mahir menggunakan paku plastik kerana kebanyakan paku adalah dibuat dari besi melainkan set permainan pertukangan kanak-kanak yang digemari oleh orang-orang dewasa.
- Sinonim paku ialah tukul kerana paku perlu diketuk. Paku tidak dapat memasuki sendiri atau terbina sendiri kerana sifatnya ia perlu diketuk. Ketuk dan ketuk baru ia masuk.
- Natijahnya sekali ketuk sekali masuk dan seterusnya; Secara fizik kedalaman masuk itu adalah subjektif; senang cakap lagi kuat diketuk lagi dalam masuk.
- Jika permukaan yang cuba ditembusi terlalu keras; yang gagalnya adalah paku tersebut. Sebaliknya jika kekerasan melampau yang diguna ke atas permukaan yang rapuh; akan pecahlah lubang-lubang tembusan tersebut dan akhirnya tiada kekuatan tercapai dan tak lekatlah paku tersebut.
- Bagi tujuan kegunaan atap besi atau zink; paku payung perlu digunakan bagi mengelakkan kesan tembusan lubang akan dilalui oleh air hujan kelak. Orang awam kata atap bocor. Akan tetapi bagi pemborong bumbung yang bohong; mereka sekadar menggunakan paku biasa dan paling teruk digunakan adalah paku semat kerana kepakaran mereka itu terlalu diambil mudah dan mengambil mudah.
- Bukankah paku semat itu diketip untuk alas meja sahaja?
- Banyak juga paku yang terbuang ditanah kerana ramai tukang yang tidak pandai memegang tukul atau paku sekarang sudah semakin lembut.
- Yang menjadi masalah ialah paku yang cuba di hentak dengan menggunakan tapak tangan; paku tak masuk tetapi akhirnya tangan yang luka.
- Akhirnya; memang paku memerlukan tukul seperti kilat memerlukan guruh.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment