- Asyiknya kita mencari dunia. Bukankah ianya semua sementara dan hanya nampak senang dimata. Resah dihati siapa yang tahu?
- Masih ada lagi masa untuk kembali ke jalanNya. Belum lagi terlewat kerana tuntutan ilmu berakhir hingga saat kita ditalkinkan.
- Aku, kamu dan juga mereka pernah lalai dan lupa kerana fitrahnya manusia; memang mudah lupa; dan itulah asas kata pemula; insan.
- Ayuhlah sahabat semua; marilah kita bersolat dibelakang imam dan jangan ditunggu untuk mencari titik perubahan sehingga kita akhirnya disolatkan dihadapan imam.
- Jika itu berlaku; kasihanilah sebujur jasad kaku; hilanglah anak, isteri dan harta. Selamat tinggal dunia.
- KepadaNya dia datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Tidak kira raja, pembesar negara, tua, muda, lelaki atau wanita; kita semua sama.
- Kita masih punyai masa, kesihatan dan kelapangan untuk mengatakan kita syukur kepadaNya.
- Bersama kita istiqamah dalam melafazkan satu pengabdian abadi; Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu pesuruhNya.
- Saudaraku sekelian; bila lagi harus ditunggu untuk kembali kepada Tuhanmu?
Powered by Qumana
No comments:
Post a Comment