- Was-was merupakan satu penyakit kurang keyakinan; kadang-kadang was-was ini mungkin juga terjadi kerana terlalu yakin.
- Seperti apabila kita keluar dari rumah; kita tertanya-tanya sudahkah pintu rumah itu dikunci?, sudahkah suis seterika ditutup?, sudahkah tap air diketatkan? dan sebagainya.
- Persoalan itu semuanya terjadi kerana buah fikir kita terlalu diberikan tumpuan keatas sesuatu perkara.
- Mungkin juga kita memperbesarkan perkara yang kecil.
- Atau memperkecilkan benda yang besar.
- Juga tidak langsung berfikir kerana ada orang yang kurang fikiran; baik sedikit dari kurang siuman.
- Sifat ya tak ya ini meninggalkan beberapa kesan dalam kehidupan kerana nampak macam beria-ia rupanya hampa belaka.
- Keutuhan perilaku juga dari segi awalnya nampak macam ada kehebatan tetapi lama kelamaan sepertinya mengetuk tin yang kosong; bunyinya bising dan berlekuk pula tin tersebut.
- Mana sama bunyi rebana; semakin kuat dipalu, semakin kuat bunyinya semakin merah tangan pemukulnya.
- Sama-samalah mengambil iktibar.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment