Thursday, April 1, 2010

Padang bola 2 (Edit & Re-entry)

Aku mulai risau
Melihat kapten bolaku
Memberi penalti percuma kepada lawan
Dipegang erat bola itu dikotak D
Seperti bermain bola jaring

Aku mulai sedih
Ketika dia menyuruh penjaga golku berpeluk tubuh
Ketika penalti diambil lawan
Jangan tangkap katanya
Biarkan sahaja
Kita mahu sama rata
Kita mahu satu rasa

Sedangkan masa itu
Kita sudah
ketinggalan
Bukan satu; bukan dua
Hampir kesemuanya.

Memang kita lemah
Kerana kita saling bermarah
Seronok memberi rebah
Hati sama berbokong
 

Kata si depan; si belakang pakai seluar pendek
Kata si belakang; si depan pakai kain
Hakikatnya kita semua tidak berbaju

Kita asyik bertelagah

Kita bermimpi menjadi pengadil
Kita berangan lebih dari jenin

Sedarlah; kita semakin layu

Itu sukukata bangsa kita
Bila kita semakin ramah
Kita semakin terpapah
Jatuh kerana dipingkis sendiri

Ingatlah pihak lawan juga lemah

Tapi mereka nampak kuat
Muafakat, hormat dan kerja kuat
Juga ada api dalam sekam
Gelap mati dijualbeli

Untuk laba untung sendiri

Bola kita asyik kalah
Kita sudah dipermainkan
Kita juga mempermainkan
Masa dan kuasa
Yang seketika diberi ini
Supaya kita terus lawan musuh
Jangan lawan sesama sendiri.

Bukan tidak pandai bermain
Bukan sangat lemah berlari
Tapi kita suka gaduh sendiri
Kita suka kita kelahi
Tepuk tangan bila kalah
Menang sorak agama tergadai

Ayuh...tutuplah padang ini
Biarkan bermain sesama sendiri
Ini padang kita yang punya
Ini bola juga kita punya
Biar mereka cari padang sendiri.

Blogged with the Flock Browser

No comments: