- "Mathematically" frasa yang Arsene Wenger biasa guna kerana secara matematiknya dia pengurus yang hebat.
- Dalam kadar usia seperti 'kita-kita' ini; sepertinya waktu zuhur menuju ke asar atau asar sudahpun menghampiri maghrib; formula matematik yang paling banyak digunakan dalam konteks kehidupan adalah TOLAK.
- Teramat jarang operasi tambah atau darab dapat digunakan kerana mulai detik ini penolakan atau pengurangan menjadi hampir keseluruhan atur kerja yang digunapakai. Umur and kesihatan adalah dua nikmat yang telah diberikan pengurangan supaya kita sedar bahawa kita semakin menghampiri penghujungnya.
- Usia nampak secara suratannya bertambah tapi yang tersirat adalah berkurangan. Jika secara puratanya umur lelaki di letak pada angka 60 tahun. Baki yang masih tinggal untuk insan yang sudah berumur 40 tahun adalah hanya cuma 20 tahun. Sedangkan dahulu pada usia 20 tahun; baki yang tertinggal adalah 40 tahun. Bukankah pengurangan namanya?
- Cukupkah 20 tahun itu untuk kita membayar segala kekurangan dan keterlanjuran yang telah berlaku?
- Sedangkan jika lapan jam sehari dikira waktu untuk kita rehat dan tidur; bermakna dalam 40 tahun lepas kita sudahpun tidur selama 13.3 tahun. Kalau anak-anak dah boleh masuk tingkatan satu. Puh....lama tu. Yang kita celik hanya 27 tahun.
- Tetapi celikkah hati kita?
- Lihatlah baki yang tinggal semakin berkurangan. Berkurangan dan semakin berkurangan.
- Begitu juga dengan duit. Semakin banyakkah duit kita? Sedangkan ia semakin berkurangan secara tersiratnya. Kerana duit yang banyak boleh menjauhikan kita dariNya.
- Seperti juga sihat yang semakin berkurangan. Kerana tidak menjaga kesihatan. Kerana mengambil supplementary yang paling ringan.Asap. Atau menyedut nikotin secara klinikalnya.
- Matematiknya kita masih sempat berubah. Berubahlah sahabatku.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment