Saturday, December 6, 2008

Sibuk, Penyibuk dan Menyibuk

Sibuk sangat ke ? Lately ni banyak sangat urusan dunia yang belum selesai sampai tak sempat ....Aduh sungguh zalimnya aku kepada tuan punya diri ini.

Kesibukan......siang malam dikejar..tak habis-habis sibuk ini.

Tuesday, November 11, 2008

Kini Kembaraku Penuh Liku

Setelah melalui usia hampir masuk ke tahun ketiga medan rezeki ini dibuka ini masanya terasa kembara itu penuh dengan likunya. Biarpun musafir ini baru sahaja bermula dahulu jalannya agak selesa ...saujana kehijauan daun ditiup angin sepoi bahasa. Kadang juga terasa sikit bahang dik panas mentari menyuluh tegak atas kepala tapi ada juga bekalan tuala basah untuk menyejukkan bahang itu.

Kini setelah langkah semakin jauh..tapak semakin memijak pijar-pijar itu .

Pertanian Itu Adalah Perniagaan

Syabas sahabatku..Alhamdulillah masing-masing mempunyai visi dan misi. Apa yang lebih penting semuanya mesti diusahakan dengan penuh bersungguh-sungguh. Pasti kejayaan itu akan datang dengan berkat doa kepada Maha Kaya.

Kita memang boleh merancang tapi perancangan itu perlu dibuat sebagai satu rancangan yang terancang.

Landasan dan ladang rezeki itu perlu disemai dan disuburkan dengan satu semangat ..kerja keras...dan sesungguhnya jangan bersangka buruk kepadaNya.

Wednesday, October 29, 2008

Wahab Shairani Jamaludin

Dimana kau saudara Wahab? Kami semua sekarang sedang menjalankan oeprasi menjejaki saudara.

Raya dan Makan

Raya ini letih sikit pasal kain seluar dan baju pasti mengecut. Tak bagus betul kain sekarang. Masa puasa, melondeh habis. Nampak alor. Sebab tu DBKL tukar nama Jalan Alor. Katanya macam lucah. Tapi macamana Alor Gajah. Besar tu beb!

Hampir setiap minggu ada 'open house'. Bagus juga. Boleh jumpa kawan-kawan lama. Macam-macam juadah yang disajikan. Senak juga kalau pi semua rumah nak melantak semua tu. Rasanya perut ni dah habis memeri.

Kesian kau perut. Ramadan dulu pun bukanlah rileks sangat pasal makan malam lagi teruk. Janganlah cuba tipu...kurang-kuran beli juadah puasa tiga jenis, air 2 jenis, dan berjenis-jenis lagi.

Monday, October 13, 2008

Tutur Kata Orang Kampung

Berikut ingin dikongsikan beberapa patah perkataan pelik yang pernah didengar dan diucapkan.


1. Camak

2. Onggis Pelam

3. Jilhab

4. Petong Pelam

5. Gatah Ayam

6. Lece

7. Gobok Baju

8. Tenggek Air

9. Nyuluh

10. Andang

11. Tanak Nasi

12. Nyabit Sawit

13. Noreh Getah

14. Banting Padi

15. Nyiang Ikan

16. Rewang

Thursday, October 9, 2008

Reunion - 15 tahun

Kejam celik dah 15 tahun menjadi graduan ITM. Dan selamanya tidak mungking menjadi UITM. Kerana semangatnya berbeza, rohaninya tak sama. Siswa-siswi sekarang hanya ada kuatiti tapi kualiti .....tepuk dada tanya selera. Juga pensyarah sekarang ajar ikut buku bukan ikut hati. Mengajar dengan jiwa yang kosong.

Untuk mengumpulkan orang-orang dewasa ni bukan senang. Lebih-lebih mak budak kerana bila dah jadi bini orang ni kena dengar cakap suami. Kalau tak derhaka namanya. Keluar kena mintak izin dahulu....Itu prinsip dan hukumnya.

Rata-rata sekarang umur ramai yang dah start dengan angka 4...Angka 3 terlalu mencemburui kita..Anakpun ramai yang dah 3-4 orang, ada juga anak yang dah darjah 4. Belum ada yang berbini empat...

Dalam persahabatan yang terjalin selama umur budak tingkatan tiga itu; ada yang masih sayang akan ikatan persahabatan itu dan ada juga yang hanya menjadikannya sebagai satu kenangan.

Tuesday, October 7, 2008

Photo Lama

Posted by Picasa

Bila sudah sampai jodoh

Jodoh memang tidak boleh dijangka. Ianya adalah satu rahsia Tuhan. Jangan ada yang terperanjat jika dijodohkan dengan sepupu sendiri. Ada yang bertemu jodoh dengan jiran belakang rumah. seperti aku. Dahulunya ayah aku akan menjadi tabiatnya dipagi raya menjadi orang yang pertama ke rumah atok Aina. Ziarah aidilfitiri katanya. Berulang tahun demi tahun seperti ada tarikan bahawa rupanya disitulah ada satu rahsia yang tidak terungkai oleh akal manusia.

Setelah ayah tiada, aku pula yang mengambil tugas tersebut. Setiap pagi raya pasti ke sana. Bezanya tidak lagi di pagi hari menjadi orang yang pertama. Aku telah menjadualkan selagi diizinkan pasti aku akan menunaikan solat sunat aidilfitiri di masjid Kesang. Ini kerana sebahagian dari masa aku membesar sebelum menjadi 'besar' banyak kejadian yang terjadi di kampung ini.

Aidilfitiri ini juga sekali lagi aku sebagai pengganti ayah dan ibu kepada adik-adikku menjadi kapten dalam menrencanakan satu lagi ikatan pertunangan seorang lagi adikku. Alhamdulillah; apabila ada sahaja niat yang baik pasti Tuhan makbulkan. apabila ada rezeki kurniaanNya yang banyak bertebaran di atas bumi ini semestinya ia bukan milik kita. Ianya mesti dikongsi dengan cara-cara yang diredhaNya.

Acara tersebut telah membuktikan bahawa ikatan kekeluargaan adalah amat penting dalam kita bersama-sama menempuh ranjau kehidupan. Adik-beradik, ipar-duai, bapak saudara, emak saudara dan jiran tetangga bersama-sama bersatu hati, bersatu tenaga berkumpul mencurah serba sedikit keringat agar majlis dapat berjaya.

Apalagi...pupuklah ukhwah persaudaraan yang berterusan.

Kawan-kawan HSM

Aidilfitri ini datang lagi setelah ramadan berlalu. Mungkinkah ini ramadan terakhir? Jumpa lagi ke ramadan tahun hadapan? Insya Allah dengan perkenannya semoga ramadah yang lalu adalah yang terbaik pernah dihadapi dan yang akan datang akan menjadi lagi baik.

Aidilfitri ini adalah medan pertemuan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat taulan. Mengapa kita tidak berjumpa, beramah-mesra di hari-hari lain, masih menunggu kedatangan aidilfitri untuk merapatkan kita. Seperti biasa janji yang disemai mesti dikota, bertemu dengan rakan-rakan sekolah dahulu. Ada yang terakhirnya berjumpa saat habis menduduki peperiksaan dahulu, ada yang baru 5-6 tahun berjumpa, ada yang 1-2 bulan baru duduk minum sekali.

Terperanjat! Kerana ada yang berubah bentuk, ada yang berubah cara tapi hati tetap sama; masih utuh semangat persahabatan lalu. Sememangnya persahabatan itu satu talian yang penting dalam membentuk kehidupan kita.

Saat-saat yang berharga itu dipenuhi dengan gelak ketawa, gurau senda dan cerita-cerita lampau yang bisa diiambau. Kenangan dan pengalaman lalu masih lagi segar dalam ingatan seperti baru sahaja ia berlaku.

Thursday, September 18, 2008

Tidak Lagi Membeli Kasut Untuk Emak

Ramadhan ini adalah tahun keempat tanpa kehadiran emak. Masih teringat masa-masa lalu, bila sahaja Ramadhan tiba pasti hamba akan mengajak emak turun KL untuk berbelanja serba sedikit untuk persiapan raya. Membeli sepasang dua persalinan baju, kasut raya buat mak dan apa yang terlintas mak mahukan dalam kadar kemampuan yang ada pada masa itu. Ini serba sedikit cuba untuk mengembirakannya dikala ketika itu telah dirahsiakan barahnya yang ada.

Diriak wajahnya kelihatan terpancar wajah ceria sedangkan rupanya masa itu derita yang ditanggungnya disembunyikan sahaja. Anakmu masih tidak tahu pada masa itu akan derita emak dan silapnya kita ini; anak zaman sekarang secara puratanya memang kurang sangat nak ambil tahu akan keadaan orang tua kita semasa usianya masih ada. Kita selalu menganggap mereka itu sentiasa sihat. Maksudnya selagi dia boleh bangun sendiri, maka dia tidak sakit.

Mungkin kita juga terlalu lupa dalam kita asyik mengemudi hidup berkeluarga. Emak; tolong maafkan anakmu jika kelalaian  memberikan kasih kepadamu sepenuhnya sebagaimana emak menyayangi anakmu ini.

Kenangan emak bertanya pada anakmu ketika memilih kasut itu masih segar kerana rasanya walaupun harga kasut itu tidak seberapa tapi emak nampaknya terlalu gembira; dapat tukar kasut raya.

Emak, berapalah harga kasut raya itu jika nak dibandingkan dengan tapak kehidupan yang emak berikan pada anakmu ini. Sungguh pilu mengingatkan saat-saat akhir emak melepaskan nafas-nafas pendek itu, anakmu sempat berbisik ditelinga mak; katanya begini; "mak tolong ampunkan dosa saya zahir dan batin dari hujung rambut sampai kaki; tolong halalkan makan minum dan susu emak yang saya minum itu"; saat itu kelihatan mak mengerdipkan mata dan ada butir linangan air mengalir dari matamu.

Wahai emak, kini anakmu tidak lagi dapat membelikan emak kasut raya. Al Fatihah.

Fidyah

Hampir usia ini menjejaki lebih separuh masa kedua masa permainan sebenar jika diambil 60 itu noktahnya, baru kita sedar banyaknya kita ini Islam kerana diwarisi oleh kerana kita ini Melayu. Maknanya banyak yang sahaja menjadi ikutan dan saduran dari orang terdahulu tanpa kita tahu mengapa, kenapa, siapa dan bagaimana.

Umpamanya, apabila ramadhan muncul, pesta memenuhi surau bermula, katanya memeriahkan malam-malam ramadhan terutamanya disepuluh malam pertama, macam dah tak muat sangat surau-surau yang ada kat muka bumi ini. Berebut kerana nak dapat fadilat yang habis ditampal di sebahagian tempat akan ganjaran yang akan diterima mengikut malam-malam tertentu. Yang nyatanya itu bukan hadis sahih yang ada menerangkan perkara yang sebenarnya.

Malam sepuluh akhir, dah bergaung bunyi surau sebab dah kosong, sibuk semua membeli baju raya, kuih muih, songkok dan seumpamanya. Nasib baik ada raya. kalau tak gayanya tak berganti baju-baju tu semua. Orang sibuk rebut Lailatul Qadar kita sibuk Lailatul Kamdar, atau orang jumpa Laitul Qadar pasal bersungguh-sungguh mengimarahkan ramadan; kita ni ibadat ala-ala kadar juga.

Paling hebat pergi pasar ramadhan, tengok anak-anak gadis Melayu miskin; tak cukup duit pakai baju tutup aurat, sebab tu dedah sana; dedah sini atau macam tak tutup langsung pun ada; kenapa agaknya perkara ini berlaku?; tengok sekali tak sengaja tak apa; tengok kali kedua berdosa ganjarannya. Ini berlaku kerana ramai ambil konsep puasa yang hanya mengambil maknanya tidak makan dan minum sepanjang siang hari sahaja. Ini yang orang-orang tua dahulu ajar. Begitu juga dengan kaedah qada bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan sengaja oleh sebab-sebab tertentu. Ada yang kena qada, ada yang kena fidyah, ada yang kena qada dan fidyah sekali.

Satu malam digerakkan oleh Allah akan hamba pergi menunaikan solat terawih disatu surau yang kebetulannya ada tazkirah setiap malam selepas solat isyak dan sebelum solat terawih. Malam itu, seorang ustaz agak muda, menerangkan tentang bab fidyah.

Suka hamba berkongsi ilmu yang diberi kerana selama inipun hamba macam tak pernah nak ambil tahu pasal fidyah ini. Ustaz menerang contoh seorang Hamba Allah wanita berusia 36 tahun; mulai baligh berusia 12 tahun; tidak pernah puasa selama usia itu, hinggakan ramadhan ini mendapat hidayah untuk berpuasa. Puasa yang ditinggal tidak pernah diganti juga. Dalam kiraan yang dibuat fidyah yang kena akibat sengaja tidak berpuasa itu adalah kurang lebih RM 12 ribu. Masya Allah macam mana dengan kita; pernah terfikir untuk mengkaji akan puasa yang kita tinggalkan ?

Satu lagi fidyah itu dikira satu hari satu cupak beras dimana satu cupak bersamaan 657 gram (Selangor) 575 gram (WP KL) 800 gram (Penang). Ambil kadar biasa beras yang dimakan RM 28/ 10kg; 2.80/kg; 0.028/g = 1.89/cupak.

Dan pengiraan fidyah ini juga akan ada gandaannya bagi puasa yang tidak diqada dalam masa satu tahun dari ramadhan ke ramadhan yang lain.

Oleh itu untuk kepastian lebih tepat sama-samalah kita mencari ilmu ini kepada yang pakar.

Wednesday, September 10, 2008

Umpama Ayah Yang Payah

Umpama ayah yang payah;
Buat masa ini anak-anakmu gusar
Rumah ini hampir tenggelam
Bukan kerana bah
Bukan kerana bumbung yang bocor
Tapi sepertinya kau membuat seisi rumah ini seperti limbah
Disini kau mandi lalu kau simbah
Disitu kau cuci bajumu yang kotor lalu kau perahkan air bilasannya merata


Umpama ayah yang payah;
Lepas ibu meninggalkan anak-anaknya
Ibu tiri itu tidak mesra
Lebih manja dari anak-anak mecuri kasih bapak
Akhirnya anak merana dahaga kasih dan sayang ayah
Apalagi mendapat pedoman menyuluh hidup
Kerana kau ayah yang berat sebelah.

Umpama ayah yang payah;
Kau kata jiran tetangga perlu muhibah
Kau marah anakmu marah anjing liar itu cuba mengigit adikku
Kerana tetangga itu lebih segalanya
Biar anakmu kebuluran demi muhibahmu itu katamu ayah
Sememangnya kau ayah yang payah.

Saturday, August 30, 2008

Cuci Darah

Sepatutnya mencegah lebih baik dari merawat. Saat antibodi badan semakin merosot, mungkin kerana stress kerja, mungkin juga diri agak jauh dari paksinya kerana sibuk sangat nak mengejar dunia ini. Perlumbaan dan persaingan akibat fikiran yang dah berjaya dirosakkan sepertinya dunia ini kekal selamanya. Mencari kekayaan wang dan harta sedangkan iman semakin menjadi fakir. Dikejar dan dikumpul harta dunia ini tidak pernah akan cukup kerana kaya itu dinilai walau hilang sebuah pekerti.

Semakin ramai yang tidak ingat; mungkin buat-buat tidak ingat, mungkin memang lupa; mungkin memang pelupa atau mungkin memang dilupakan oleh orang yang ingat bahawa kaya dunia ini hanya sementara; kaya dunia ini adalah ujian dan bukannya rezeki. Setiap yang diberi Illahi adalah kurniaanNya sahaja. Tapi kita leka mengatakan bahawa semua itu hanya rezeki.

Sepertinya isteri yang baru kematian suami mengatakan bahawa dia kehilangan tempat bergantung; itu adalah salah kerana selagi iman itu tersemat disanubari pasti Illahi adalah segalanya. Kita berikrar dalam solat sesungguhnya mati dan hidup ini hanya untukNya tapi apakah perbuatan seterusnya begitu.

Dalam proses menyucikan hati ini darah-darah perlu dicuci agar ianya bersih membawa tenaga ke tubuh badan; agar iri dan dengki pergi mengikut liang-liang keluar yang ada.

Monday, August 11, 2008

Seri Manjung (bahagian 1)

Sesi kedua pengambilan ini biasanya mengumpulkan insan-insan yang berusia sedikit kerana beberapa faktor. Pertamaya kerana ada mungkin mereka-mereka itu mengambil langkah kehadapan untuk menjadi graduan awal sebelum masanya. Ada juga yang keciciran kerana sengaja atau tercicir kerana sebab-sebab lain. Biasanya ragam kemasukan separuh masa kedua dalam sesuatu tahun tidak begitu ramai tapi meriah sikit kerana tahap usia dan fikirannya agak lebih matang.

Mulainya aku juga rasa agak janggal kerana aku dikira agak tidak tua berbandung mereka-mereka itu yang tidak lagi muda. Tapi kita perlu bisa membiasakan diri dengan keadaan agar tidak menjadi langau dikalangan lalat, tidak menjadi itik dikumpulan ayam dan kiranya juga tidak menjadi lalang di helaian hijauan padi yang tunduk berisi.

Seri Manjung, walaupun hanya beberapa baris rumah kedai di tukar menjadi kelasrama (kelas dan asrama) dan mungkin juga kelas asmara (bagi yang cintan-cintun), tapi disini ada kelasnya tersendiri. Di sini ada istimewanya. Di sini ada kedai gandhi, disini ada wisma ganda disini ada abang navy (untuk siswi-siswi bercucuk tanam katanya)

Undang-undang dan peraturan manusia berbeza ikut tafsiran masing-masing. Disini jangan memakai jean biru kerana katanya itu bukan pakaian Melayu. Disini jangan sembunyi belakang pintu di hari jumaat, jawabnya bila kantoi kena jadi makmum kat surau siswi; atau katanya anta lagi.

Saturday, July 26, 2008

ABC Kehidupan (Dipetik dari Isu Hangat)

(Dipetik dari Isu Hangat)

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AlQuran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Akhirnya Cahaya Mula Bersinar

Suatu kekusutan itu pasti akan terurai. Masa yang kelam pasti akan cerah umpama berlalunya awan mendung setelah hujan turun. Lebai atau renyai hujan pasti membawa titis-titis air basah dibumi. Ada yang bersuara marah kerana hujan itu turun bukan kemahuannya. Ada yang suka juga keran hujan itu membuatkan tadahan air disoyok atap itu dapat juga dipenuhi. Serba sikit dapat juga buat menyiram sekangkang kebun di belakang rumah. Pastinya hujan itu rahmat.

Sesunguhnya dalam kehidupan itu memerlukan sekumit kegelapan agar cahaya itu akan dihargai.

Monday, July 21, 2008

Jaminan seorang Penjamin



Sukarnya nak faham undang-undang belantara yang digunapakai oleh bank-bank kat 'negaraku' ini. Liabiliti seorang penjamin dah jadi sama berat macam peminjam. Kerana apa? Kerana orang-orang putih tu bukanlah sangat nak merdekakan 'negaraku' ini secara total. Tangunggan penjamin ini dalam erti kata sebenarnya adalah peminjam bersama; bezanya penjamin-penjamin ini seposen pun tak dapt duit pinjaman tersebut. Macam aku.

Disatu sudut lain juga sebenarnya bila seseorang itu menjadi penjamin, semestinya sudah tiada jaminan bahawa hidupnya akan bebas. kerana adat orang berhutang ni, sukar nak bayar lebih-lebih duti gomen, sepatutnya dulu semua tu jadi biasiswa tapi kerajaan 'negaraku' yang katanya mendapat kepercayaa rakyat ni; (mungkin setakat percaya kat rukun negara sahaja); tak lagi jadi biasiswa kerana dia tak dapat lagi membiaya siswa-siswi tersebut.

Nak belajar sekarang kena hutang kat PTPTN; pusat tempat pelajar tewas nafsu; nafsu nak pakai telefon 3G; nafsu nak beli moto skuter, nafsu nak puaskan nafsu (kurang lebih macam jadi pelakon filem lucah DIY; dia pengarah, dia pelakon, dia penerbit, dia tukang gambo dan sebagainya).

Thursday, July 17, 2008

Dari Rumah Berbandung Pergi Kebandung Minum Air Bandung




Istilah rumah berbandung maknanya setiap rumah adalah lot sudut, lot akhir dan mungkin juga lot terakhir sebelum kembali ke lot-lot kekal itu nanti. Ada orang bila tinggal rumah berbandung ini, semangatnya dah lain. Tak sama macam dulu kerana rumah berangkai yang lama dulu tak ada tanah tepian, boleh letak buaian besi petang-petang sambil minum air sirap bandung, setelah kepedasan makan mee bandung....atau mungkin kerana duduk rumah berbandung kena bercuti di bandung...kerana apa?

Kerana dulu kena bendung niat untuk ke bandung sebab ?

Ketika mengayuh basikal mendaki bukit bandung ini terasa amat berat nak dikerah tenaga yang ada kerana susahlah kalau hanya sebelah kaki sahaja yang mengayuh pedal kayuhan itu sebab ramai yang hanya suka membonceng sahaja dari mengayuh kerana mungkin basikal itu dia yang beli.

Wednesday, July 16, 2008

Tala al Badru by Mishary Rashid Al-Afasy

Sami Yusuf - Supplication

Daunku belum cukup lebar untuk mendapat baja


Akhirnya, memang terbuktilah bahawa disini; begitulah kejadiannya. Aku pohon yang kecil, rendang dan daunku belum cukup lebar. Mula belajar berbuah, walaupun baru dua tiga biji kiranya, tapi buah itu pun tetap manis rasanya sama seperti buah dari pokok-pokok yang berdaun lebar juga.

Tapi petani-petani itu membuat perkiraannya kalau nak dibaja perlu daunnya lebar, perlu akarnya enam kaki ranjang menjalar kebumi, atau baja itu hanya diberi beli tuan tanah kata mesti kasi itu subsidi.

Aku pohon yang berdaun kecil juga mahu satu hari nanti bisa orang berteduh dibawah pepohonku kiranya hujan turun tak sempat lari; kiranya panas menjemur membakar kulit yang murni.

Aku pohon yang berdaun kecil tidak kurang juga mengharap agar bisa bunga-bunga itu lekat lebih baik jika baja itu dapat ditaburi juga seperti daun-daun yang lebar itu.

Semoga suatu hari nanti, bila daun ini juga akan lebar, barulah tuan tanah pandang, baru petani sayang.

Saturday, July 12, 2008

Abah; dulu, kini dan nanti


Abah;
Tidak sempat kau lihat; PM ku dulu buat KLCC
Tidak sempat kau pijak; PM ku dulu siapkan KLIA
Tidak sempat kau pandu; PM ku dulu buat kereta milo
Tidak sempat kau pesona; PM ku dulu bina Putrajaya.

Abah;
Untungnya engkau; PM ku kini tak buat apa
Untungnya engkau; PM ku kini lena sahaja
Untungnya engkau; PM ku kini mudah lupa

Abah;
Apa kata kau; PM ku nanti gilakah betina
Apa kata kau; PM ku nanti sakitkah tibi (takut bini)
Apa kata kau; PM ku nanti bolehkah bersila berzikir

Abah; dulu, kini dan nanti;
akan tetap ku ulangi
kepada anakku dan cucumu
ini tanah kita yang punya

Datang Bekerja Kuat Lepak (DBKL)

Mana satu yang bagus? Kerja gomen ke? Kerja private? Bukan Private Investigation ? Nak jadi macam bala! Dapat bala. Dulu orang keja gomen sebab nak pencen. Cikgu Husin cakap bagus kerja gomen, contohnya sojar, cikgu, polis. Mamat dan kawan-kawan pun sibuklah tulis dalam kad rekod kerja-kerja yang Cikgu Husin cakap. Pasal budak-budak dulu memang hormat dengan cikgu silap-silap tua bawak matipun dipanggil cikgu...

Tapi sekarang ini terbalik pulak; cikgu sungguh-sungguh hormat kat murid; supaya apa? Supaya kehormatannya tidak hilang kerana anak murid sekarang lebih teruk dari orang dusun.

Dahulu masa aku sekolah paling jahatpun budak tuang kelas, hisap rokok sorok-sorok (itupun budak lelaki aja); budak pompuan ni memang baik; ohhh siapa bilang gadis melayu tak menawan?

Tapi sekarang ini terbalik pulak; budak lelaki dah hisap rokok macam Pak Abu tukang kebun yang hisap rokok pucuk masa waktu rehat; yang dah tak terperanjatnya budak pompuan juga dah kurang lebih macam ekzos enjin diesel; berkepol-kepol asap; katanya ini baru best....akhirnya perutnya yang maju...sorok dalam baju; emak dapat cucu tanpa menantu.

Dahulu masa aku belajar; tak payah sangat tuisyen-tuisyen ni kerana satu memang tak ada upaya; dua; pasal cikgu belajar sepenuh hati.

Tapi sekarang ini terbalik pulak; kalau tak ada tuisyen nahas; sebab sekarang cikgu mengajar ikut hati kerana nak kejar gaji lebih supaya dapat beli rumah semi-d; atau boleh tukar kereta 5000cc; kerana apa?

Aku bukan hanya pandai jual pisang goreng

Akan aku pastikan bahawa aku dan bangsaku yang tidak bermata sepet ini bukan hanya pandai jual pisang goreng. Sudah semestinya aku juga seperti kamu memang pandai makan pisang goreng yang Pak Mat, Mak Jah atau Abang Seman jual kat tepi jalan itu. Kerana apa tepi jalan? Kenapa bukan dalam kedai? Mana pergi badan yang nak tolong Pak Mat tu. dah tak MARA lagi ke? Dah undur ke? kenapa dulu masa kau kasi duit kau yang berboyon-boyon kat katanya Datuk Seri tu tak kau kisah sangat. Tak ade pun bisnesnya tahan sampai sekarang. Hai...tengoklah Pak Mat tu dah 30 tahun jual pisang goreng kat tepi pejabat pos tu...ini namanya daya ketahanan yang kuat, tak payah pakai viagra macam Datuk Seri tu.....orang-orang sains cakap ED...erection disfunction......tapi bahasa bisnes bangsat maksukkan; enjut duit....kerana title Datotulah collecteral businessnya. tak ada working paper but 'paper' notes biru setebal 2 inci tu yang working for them.

Aku nak cakap kat simata kecil dan berbadan pendek tu; Hai Simata Sepet! Aku tuan punya tanah ni bukan bodoh dan leka seperti datuk nenek moyang aku dulu. Aku memang mudah lupa; bahawa ketua dan juakku anggap kau wira; kau cerdik, aku diherdik katanya apa yang aku tahu...tapi simata besar seperti aku ini juga yang kata begitu padahal dia juga tak tahu....atau sengaja tak nak tahu pasal aku tak ambil tahu pasal dia....opppsss; pasal poket dia.

Aku nak cakap juga kat simata sepet dan berbadan pendek tu yang aku ini boleh buat sama atau lebih dari apa yang kau buat kerana aku tuan punya tanah ini...Aku tidak tipu seperti kau tipu kerana kau memang penipu. Lu punya atokpun lu tipu; itu sabab lu kasi itu sembahyang pakai itu limau plastik...

Aku nak cakap lagi kat simata sepet dan berbadan pendek itu, kerja kuat-kuat mati tak bawa duit. Work smart not work hard. Always believe your business partner; kadang-kadang kita bisa menjadi rakan yang baik bukan rakan kongsi yang baik; Terkadang juga kita hanya rakan kongsi yang baik dan bukan rakan yang baik; harap maklum.

Wednesday, July 9, 2008

Mentari Hidup-HaikaL

Belitan Utama

Tersiarlah khabar dalam satu masa lampau dan sekarang bahawa semua berita dah tak boleh percaya. Kecuali berita kemalangan maut yang berlaku mengorbankan insan-insan tak berdosa kerana kerakusan penjenayah-penjenayah atau pembunuh senyap yang berkeliaran atas jalan macam penyangak gila baru dapat kereta. Juga ada berita yang mungkin sedikit betul tentang cerita Amerika tu memang dajal. Dia sahaja yang berkuasa.

Yang lain tu semua buat-buat aje. Cuaca pun cuma ramalan. Indeks pun main tekan-tekan komputer. Kejap naik kejap turun..Result bolapun dah boleh dibuat-buat. Hari ini kau jangan tangkap bila aku sepak, nanti bila kau boloskan lapan biji gol, aku kasi kau kereta ploton wila warna bilu....

Tajuk utama hari ini; kempen jangan makan nasi; kita kena ubah hidup; kalau boleh jangan makan langsung lagi bagus; baru menjana ekonomi negara. Tajuk semalam; (18sx) dubur seorang graduan yang tidak grad telah diduburi katanya; puh....inilah dinamakan pendidikan seks diluar tabiii untuk semua.

Tajuk esok; katanya kita hanya tinggal kuasa; lepas ni kalau lu mau itu gelan tanah, lu kasi photosetlah taukeh, nanti gua kasi sign aje,,,,aiyah manyak telima kasih sama lu sebab sudah pangkah gua bukan atas itu keletas aje tapi hidup gua pun lu pangkah cukup-cukup.

Buah paku buah keras, air soya warna hitam, gua kalah atas kertas, sebab semua dendam berdendam. Sekian sahaja saya melaporkan untuk Belitan Utama dari Tingkat Empat...sekolah agama.

Tuesday, July 8, 2008

Siapa yang jahat? Siapa yang baik? Siapa bintang? Siapa binatang?

Ohh! Ini satu tajuk berat yang perlu dikata. Siapa baik? Siapa jahat? Ramai orang jahat berjaya menambahbaik dirinya menjadi baik. Kerana apa? Kerana katanya masa semakin hampir. Lubang 3 x 6 itu sudah menunggu setia. Kenalah bertaubat selagi ada masa. Dulu nakal bukan jahat katanya. Life begin forty? Cis...itu sekularlah beb? Life begin from the Loh Mahfuz...

Ada jumlah yang tidak kecil juga; orang yang baik bertukar jahat. Jahat! Ya kah? Jahat macam mana? Tak kan ambil golf set dari kontraktor pun jahat? Betulkah pegawai-pegawai besar kerajaan yang main golf masa kerja tu pun jahat? Depa kata itu skop kerja dalam letter offer. Tak kan pi SPA pun salah? Keliru juga rupanya bahawa SPA tu bagi Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, J54, J58, Jusa dan apa-apa aje yang mereka pangkatkan sebenarnya bukanlah pi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Depa tu pi SPAla beb....SPA..tempat mandi-mandi, rendam plug, cuci plug, buang minyak hitam, tambah ilmu hitam dan etc..etc...

Semua CEO,CCO,CFO,UFO juga suka pi SPA ni...sambil hisap cerut tembakau gulung dalam, lepas tu kasi hisap cerut tembakau gulung luar, katanya itu entertainment. Ada haji lebih teruk dari haji dam....haji dam kadang-kadang jalan-jalan main tabur aje makan sampai lima enam lubang, haji yang ni .....uuhh makan satu lubang aje....

Ada yang sibuk nak jadi pemimpin katanya dia hanya layak jadi ketua......dia tak tahu yang maksud ketua tu ialah umur yang muda diharungi hingga menjadi tua...muda ke>>>>tua.

Ada yang kata cuba menjadi bintang dengan berperangai macam binatang? Katanya menuju puncak. Puncak apa pulak? Puncak nerakalah beb sebab benda yang harampun kau kata halal. Pegang sana! Pegang sini?

Monday, July 7, 2008

Doa Taubat..Insaflah

Berniaga Dan Angin

Dalam bidang perniagaan mereka yang untung tanpa buat kerja namanya berniaga atas angin. Mereka yang berniaga kedai tayar juga berniaga angin. Angin yang dipam masuk kedalam tayar atau tiub roda tersebut.

Ada juga yang berniaga ikut angin. Hari ini ramai orang jual dadih; dia jual dadih, tapi ada orang jual dadah dia tak lah ikut...ngok lah ...kalau tak sekian assamualaikum dunia..selamat tinggal.

Ramai juga yang berniaga naik angin; kerana rugi, untung tak cukup, sub-kontraktor mintak payment, sub-kontraktor tak kasi duit kopi kesian asyik minum teh aje? Atau share turun merudung? Atau main contractor ingat material ni aku kutip tepi jalan dan labour tu aku pakai pelatih pusat serenti tak payah bayar?

Tak kurang juga orang yang berniaga tak ada angin. Semua yang dia buat memang amal jariah sahaja. Katanya tak mahu ambil untung. Ini bangang namanya. Ayam hidup kat Chow Kit itu pun one shot busuk-busuk RM 15 aje bang. Kalau tak dia bilang Mac Donald bang...self-service; order sendiri, angkat sendiri, makan sendiri dan buang sendiri.

Boleh tahan juga ada orang berniaga pi makan angin. Katanya bisnes; katanya entertainment; ramailah CEO syarikat-syarikat tersebut pergi. Kerana apa? Kerana dialah Chief Entertainment Officer. Sekarang lagi pening? Ramai yang berniaga nak pi umrah ke tanah suci kerana bagi mereka dah semacam kurang suci beribadat kat Tanah Melayu ini sebab tanah-tanah ini telah diberi percuma sahaja kepada simata sepet itu sebab orang yang tandatangan geran tanah tersebut juga dapat duit nak pergi umrah dari si sepet itu. Kononnya nak sucikan diri...yang memang dah kotor bergelumang dengan noda dan nista...SHIT!

Untungnya orang yang nak protes berniaga baju protes di pesta haram protes, dulu kau kata HAD Hari dosa? Habis tu menyanyi maki berduyun-duyun, londeh seluar, tunjuk bontot kau yang sial tu tak dosa ke? Kenapa kau berpakat dengan rakyat untuk buat dosa...Kawan sahaja dengan iblis celaka itu?

Baru kau tahu bila aku naik angin....

Berdikarilah anak-anakku

Papa...Kenapa Main Itu Api Ma....?

Siapa yang main api. Anak kecil atau bapanya? Hai Pak Mat kenapa kita bisa menaburkan minyak untuk mereka bakar api ini. Wahai Haji Aziz kenapa kau tiupkan bara biar semarak nyalanya....Bukankah akhirnya kita akan jadi abu.

Anak-anak ayah; minta maaf kerana perjuangan yang belum selesai ini telah melekakan kita dengan kota-kota batu dan kilang kereta yang tidak laku itu. Kawan-kawan pelupa kita memang mudah lupa bahawa dosa itu masuk neraka.

Wahai SI? Kau anti rasuah ke atau kau nanti rasuah? Tak nak apa? Tak nak beli aje?Rokok nak lagi?

Siapa raja? Raja Kapor? Sila gunakan talian hayat atau turun sini...Ini teksi tunai namanya. Dulu diraja sekarang raja di ? apa tu?Itulah PDRM namanya.

Siapa liwat? Liwat seks ke atau liwat undang-undang negara atau liwat kepercayaan rakyat marhaen yang berapi-api dilaungkannya. Akhirnya membuka pekung di dada. Lama-lama bukan DEB tapi beralih satu huruf lagi namanya DFB? Apa itu DFB? DASAR FITNAH NEGARA.

Negaraku hanya tinggal menjadi sebuah lagu....

Saturday, July 5, 2008

Anak Kecil Main Api

Al-Quran recitation - Abdullah Fahmi - ImanInside.com

Enjin 3 piston

Sebuah kereta kecil enjin tiga piston cuba memotong sebuah kereta mewah Eropah dalam satu perlumbaan dijalan yang lurus. Impak maksima mungkin berlaku bila enjin ini dapat berfungsi dengan baik, bila ketiga-tiga pistonnya bekerja. Jika satu piston sahaja yang jalan, enginnya juga bergerak juga tapi tidak mungkin mencapai kelajuan, kekuatan dan ketahanan untuk mengejar kereta milik umum itu dalam sebuah perjalanan yang destinasinya agak jauh.

Mu are Palat atau kami yang palat?..."Tanya Abang Long juga akhirnya"


Sebuah harapan yang tinggi telah diletakkan agar beban ini dapat dikongsi. Whom you know nampaknya kali ini tidak sangat menjadi kerana kadang-kadang ulat-ulat buku ini memang mengikut buku. Tanya sekali lagi ikut buku atau ikut bulu?

Orang tidak kenal kami kerana kami kecil. Tapi semangat kami besar. Cita-cita kami tinggi. Seianya semua yang besar itu juga bermula dari kecil kecuali pemulanya adalah orang besar dan bukannya orang yang berbadan besar.

Kami yang kecil ini memang payah berkawan dengan orang besar kerana kita hanya tinggal kuasa katanya.

Lawat, Lewat, Liwat?

Kerana sebuah lawatan yang berlaku lewat ditengah malam berlaku sebuah liwat? Atau apakah kerana lewatnya sebuah lawatan menjadi sebab musabab liwat itu berlaku? Mungkin juga kerana tidak melewatkan lawatan itu adalah sebab liwat itu terjadi? Munasabah juga kalau dikatakan kerana liwat itu telah melewatkan satu lawatan yang perlu dibuat. Juga mungkin kerana sebuah liwat yang lewat telah menidakkan satu lawatan yang perlu.

Itu semua andaian dan keberangkalian yang difikirkan bila kita ada tiga sinonim dalam satu pentas yang sama. Tipah tertipu lagikah kali ini? Atau Tipah yang menipu?

Sekarang ini akaun bersumpahpun dah macam sesumpah. kadang-kadang terang; ada masa gelap tak nampak kerana apa? Kerana mereka-mereka sebenarnya hanya membuat sampah dari sumpah yang bersepah.

Mahu Percayakah Lagi?

Setelah kita dimomokkan dengan penipuan dan pembohongan ini masih boleh lagikah kita mempercayai apa sahaja yang semakin dibohongnya. Hari ke sehari pembohongan ini sudah menjadi seperti pesta, sudah dihalalkan keharamannya kerana apa? Kerana pembohong-pembohong ini akhirnya menjadi senohong dalam dirinya iaitu mencuri dosa-dosa dari bakul pahala.

Semakin hari kita menunggu semakin kuat pembohongannya yang berlaku kerana pembohongan itu telah menjadi sebahagian daripada hidup pembohong-pembohong berkenaan. Adalah menjadi sukar cahaya kebenaran bisa meneneragi kegelapan dan keceluparan hidup yang penuh dengan pembohongan ini jika sekiranya kita mengangkat bahawa yang bohong itu sperti benar belaka.

Adakah semuanya gemar mengambil topeng-topeng hodoh itu disolekan menjadi sesuatu yang cantik dan itu akhirnya akan dipanggil keindahan. Bukankan naluri-naluri hidup itu mesti berpaksikan yang bahawa kebenaran mengatasi segalanya. Tepuk dada tanya iman?

Saturday, June 7, 2008

Kita Masih Terendah

Petang itu satu panggilan telefon kurang lebih pukul 3.30 petang dari orang minyak mengatakan tolong isi minyak full tank. Malam nanti minyak naik. Tak tahu berapa sen naik. Mungkin 30-40 sen.

Maghrib sampai rumah relax sebentar sambil tuntun stesen tv yang buat drama murahan Melayu semua dah kaya. Opps..terperanjat sungguh bila tahu kadar kenaikan sampai 78 sen. Semakin rendah nilai duit itu kerana kenaikan tersebut seolah-olah langsung tidak membebankan.

Realitinya bukan sekadar membebankan tetapi membebalkan rakyat untuk berfikir bahawa kehidupan amat sempit. Tidak sesempit malam pertama tetapi kesempitan itu tidak membebankan katanya. Apa yang paling penting katanya ia masih terendah di kalangan negara Asia.

Bila saat kenaikan harga minyak ini didengari maka dengan itu semakin ramai yang darahnya naik. Berpusu-pusu beratur nak isi full tank. Habis jammed jalan, accident juga banyak berlaku kerana kononnya malam itu mereka marah. Kan dah kata ianya masih terendah. Yang mana rendah harga minyak atau nilai menteri yang menjaga minyak itu atau apa-apa yang sahaja yang membuatkan darah orang naik. Masih juga katanya kita yang terendah.

Akhirnya apa yang sebenarnya berlaku kita masih terendah...gajinya, pendapatan tahunannya, anti rasuahnya, kerana apa? Kerana si penjawat jawatan penting ini bukan anti rasuah tapi nanti rasuah.

Thursday, June 5, 2008

Liberalisasi Katanya

Pak Uteh dan Mak Uteh sememangya orang dari kampung. Pencen kerajaan. Semua maklumat dapat daripada apa yang disaji oleh sebuah tv swasta yang lebih berperangai buruk daripada tv kerajaan. Rancangannya buruk-buruk belaka. Habis drama yang ada dah macam tak ada Melayu yang merempat. Datuk-datuk dah lebih ramai dari datuk cucu. Kisah semua lelaki kaya nak kahwin dua, rebut harta, anak zina dengan bapa tiri, kata jangan rempit pada remaja tapi habis maksima impaknya kereta macam tak ada undang-undang.

Monday, May 26, 2008

Pangkat Biasa Aku Bukan General Manager

Sekali air bah katanya sekali pasir berubah. Bila banjir dah besar sangat macam kat Kota Tinggi itu bukan setakat mengubahkan pasirnya bahkan menghanyutkan segalanya ke laut dalam. Sebuah perkenalan untuk sebuah kenangan lampau sukar ditinggalkan hanya untuk menjadi satu sejarah kerana riwayat yang menjadi tawarikh itu telah melalui satu pertimbangan yang sewajarnya mencorakkan sesebuah kehidupan.

Kehidupan terbentuk apabila ada anak dalam keluarga, anak jiran dalam tetangga dan ada taulan dalam sebuah persahabatan, Kawan datang dan pergi tapi yang pergi belum tentu berganti. Sesungguhnya persahabatan boleh menjadi lebih rapat dari seorang keluarga atau ada hanya mengambil sahabat dalam satu julat masa tertentu apabila cukup masa akan menjadi sebuah sejarah lalu.

Sahabat perlu di kenang sepanjang masa kerana sahabat memenuhi sebahagian dari satu detik masa. Tanpa mengira pangkat, darjat, dan besar atau kecilnya rumah masing-masing. Akhirnya sesungguhnya kita pasrah kita bukan pengurus besar, kita hanya pangkat biasa.

Akhirnya kontak ini termeteri

Kontrak terjalin apabila kedua-dua pihak bersetuju ke atas terma-terma dan syarat kontrak yang temaktub antara keduanya; pembeli bersetuju membeli satu barang yang dijual oleh penjual pada satu harga tertentu mengikut bilangan dan mutu tertentu dan seumpamanya. Kontrak perkahwinan tidak sama dengan kahwin kontrak kerana kahwin kontrak adalah satu konsep Ah Lee Baba yang hanya menguntungkan si Ah Lee dan tidak membawa manfaat sejagat buat si baba.

Dalam satu dewan di sebuah bandaraya di sebuah ibu negara yang ada datuk bandar, ada menteri wilayah; wilayah mane? tapi sebilangan ahli parlimennya katanya berpakat untuk rakyat. Macam pakatan kenduri kampung ke? tidak sama sekali kerana pakatan itu makannya berbeza pinggan dan sudu, minumnya tidak sama cawan dan gelasnya, khemahnya ada berkipas, ada yang dikipas dan ada yang mengipas; semua kontrak tersebut di 'sign' oleh si baba; kerja dan kira-kira si Ah Lee yang jaga; kerana apa? Kerana pohon yang layu ini mesti dibaja, mesti disiram, mesti di bela. Kerana silayu ini lebih suka menanam lalang tapi si Ah Lee tu teramat suka menanam serai wangi di bawah talian elektrik utama; nampak sama hasil berbeza.

Perlukah acara-acara yang katanya sangat sial ( so sial) itu perlu ada kontrak? Kerana apa? Kerana akhirnya kontrak yang temeteri itu hanya untuk menteri sahaja dan rakyat hidup tanpa apa-apa; kenapa rakyat mesti mahukan kontrak kalau hanya untuk acara sosial sahaja. Seperti sebuah akademi yang difantasikan, bila tiba giliran pulang sila bawa beg angkat kaki ....

Kenapa Mayong dan Bukan Ikan Merah?

Sesedap rasa adalah masakan bonda. Seboleh selera ialah adunan isteri. Sekadar rasa mee goreng mamak tapi digoreng rupanya oleh MGR yang juga pandai memberi assalamualaikum...

Mudah sungguh kita diperdaya, ditipu dan seumpama dengannya kerana apa? Kerana kita semakin hari semakin layu...Lihatlah sekeliling kita. Siapa yang menjual dvd tidak ori? Siapa menjual nombor ekor haram....yang jual kat Magnum tu tak haram ke? Atau direct nego tender pakai ahlul-ahlul politik yang bahlul tu kurang lebih jugak macam beli nombor eko haram?

Hari-hari melalui tol plaza itu melepasi pondok manual bila lupa reload touch n go, pasti kita lihat insan bermata sepet tak buat keja-keja begitu. Kerana apa? Kerana kita cuma tinggal kuasa katanya. Betulkah? Atau sengaja kita dimomokkan bahawa kita berkuasa agar kita boleh dijual beli.

Mereka bermata sepet itu mahukan tanah ini ....mereka-mereka itu membeli rumah berkembar tapi kembar kita yang semakin layu ini membeli rumah pangsa sahaja. Kerana apa? Kerana pemerintah yang kaya tidak mahu umatnya kaya seperti mereka takut-takut dengan kekayaan yang ada itu akan menidakkan pemerintahan mereka dan akhirnya mereka tidak lagi kaya.

Kita memang alpa. Kenapa perlu kita biarkan luncai terjun dengan labunya. Biarkan sahaja labunya karam; selamatkan luncai atau biarkan sahaja luncai terjun ke laut dan selamatkan labunya. Kenapa kita menjutawankan peneroka labu sendayan sedangkan ramai yang akhirnya papa berhutang dengan si sepet itu semua.

Kita sentiasa leka dengan apa yang mereka panggil realiti tv sedangkan realitinya semua itu dusta yang mahukan kita sentiasa layu, sayu, dan akhirnya merayu tolong kami bantu kami ....kami mesti ada biasiswa, kami mesti ada subsidi, kami tidak boleh berdiri sendiri.

Kita cuba lihat bagaimana mereka menukar bilal-bilal dan suara merdu pengaji Quran itu menjadi pujaan hati biarpun hati mereka itu kering menjiwai anak bangsa yang kita semakin ditekan. Hanya seorang sahaja kononya jutawan tapi berjuta yang fakir kedana. Hanya seorang yang duduk rumah banglo sedang ramainya duduk di satu taman setinggan garden.

Anak bangsa yang semakin layu ini ramai juga yang duduk tingkat tinggi sampai tingkat 20 tapi saiz rumah hanya 650 kaki persegi . Cuba lihat anak yang bermata kecil itu tinggal juga ditingkat 20 tapi saiz rumahnya kurang lebih 1000 kaki persegi. Kerana apa? Kerana mereka bisa menipu Tuhannya dengan membeli limau plastik inikan pula manusia biasa lebih-lebih lagi bangsa yang semakin layu ini boleh dibeli dengan harga yang tidak seberapa.

Dahulu katanya saya hanya nak pajak tanah kebun ini. Tuan Haji pun tidak buat apa-apa. Apa macam sekarang Haji, itu rumah kasi repair besar sikit, nah ambil ini 5 ribu tapi itu pajak punya tanah haji kasi sama saya. Tauekah janganlah murah sangat mahu beli saya punya tanah? Ini manyak ekarlah taukeh... kasilah lebih sikit. Okeylah Tuan Haji; ini macamlah, ambik ini 10 ribu tapi itu kebun belakang sana pun kasi pau sekali. Telima kasihlah taukeh. Jemput minum dan makan itu pau, Saya ini bukan mau kila sangat...

Kasihan Haji. Joli punya joli rumah pun tak dapat repair..habis segalanya.....Kerana apa? Kita ada hati mati; ada mata buta; telinga memang tuli. Akhirnya kita makan mayong kadang-kadang hanya ikan duri tapi mereka hari-hari makan ikan merah. Oh sedapnya.

Signal Awas ; Achtung?

Dipetik dari Isu Hangat....

Tanda² Sakit - This is Good Info ... .!!Risalah ini bagus untuk anda semua....... .. ......Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersina. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlakudi seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. i
Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan
serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALAMenandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALAi) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALATanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSINGTanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK :
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH :
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN :Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Sunday, May 25, 2008

Nakhoda yang hampir tenggelam

Kapal ini tidak mungkin sampai ke destinasinya. Kapal ini semakin bocor, lubang semakin banyak dan besar; tak mungkin dapat ditampal lagi. Ombak beralun semakin tinggi. Layar sudah banyak yang koyak dan patah. Macam mana nakhoda ini bisa meneruskan musafirnya. Tolonglah berhenti agar semuanya selamat. Tak kesian ke tengok kelasi dan anak-anak kapal yang masih muda ini untuk terus hidup.

Wahai sang nakhoda; kenapa engkau mengikut peta hati, mentulikan telinga dengar bunyi bayu laut, membutakan mata melihat kipas angin; supaya kau tahu pelayaran ini ada pekertinya

Wahai sang nakhoda; engkaulah pemimpin kapal ini. Tapi kenapa dengar kata jurimudi muda itu? Sekarang lihat bagaimana jadi dekat kapal kita. Lantai sudah semakin basah biarpun lubang yang ada masih kecil. Tapi lubang-lubang itu banyak sangat kata kelasi tua itu.

Ini bukan kapal Titanic untuk bawa penjudi, penzina, pencinta dan akhirnya asyik dalam sebuah akademi fantasia seekor burung gagak yang ingin menjadi putih.

Mana kau nak bawa kami; Kedepan karam kebelakang mati? Itulah nasib seorang nakhoda yang dalam lena tidur yang panjang.

Menang-menang

Mual dengar seorang pembesar negara kata kita berjaya separuh mereka berjaya separuh. Ini kes menang-menang. Dalam pertandingan sebegitu 'losing is not an option'. Tapi 'kera'-jaan ada sememangnya dah kalah-kalah. Kalah dalam mencari kemenangan, kalah dalam menjaga kemenangan lalu sehingga piala pusingan yang diberi empat tahun sekali itu pasti akan beralih tuan rumahnya kerana apa? Kerana kita tidak mahu mengambil orang yang berpontesi menang untuk berlumba; kerana 'pengalah-pengalah' yang ada dalam barisan pelumba kita tidak pernah berlatih untuk berlumba. Semuanya masuk perlumbaan guna keadah 'wild card'.

Mungkin kita berlumba pakai kereta enjinnya buruk, kasutnya koyak atau sengaja kita mengikat mata supaya jalannya lencong. Kita rasa kita bermaruah hanya kerana kita dapat terima keputusan kita kalah dan ada pihak lain yang seperti belari mengundur untuk menang perlumbaan tersebut.

Seperti kera-kera yang berebut mencari lalu memakan kutu dari bulu emaknya begitulah sikap 'kera'-jaan yang kalah itu. Mencarik bulu emaknya, katanya manja, memakan kutunya katanya lapar, akhirnya kutu itu menghisap darah emaknya, dan anak-anak kera itu pula memakan darah emaknya.

Lebih teruk ada juga anak kera yang menghisap darah emaknya tanpa memakan kutu; emak suruh menghisap susu tapi darah yang disedutnya kerana apa? Kerana ada yang anggap darah itu maruah, darah itu darjat dan ada juga yang menghisap darah emak kera untuk menjadi raja kera yang kemudiannya dibiaskan menjadi 'kera'-jaan. Sebab itu dalam biasan perkatan itu nampak terbalik bila dibaca. Macam tu jugalah sikap raja-raja kera dalam kerajaan kera tersebut. Semua tahu apa perkataan yang hendak dibaca, faham maksudnya. tapi suka juga untuk mengeja dan menulis perkataa kera tersebut.

Siapa yang untung? Anak kera, emak kera atau pembela kera. Siapa itu pembela kera tersebut? Seorang dulu hanya datang berseluar pendek; kacamata pecah sebelah; dan bawa dacing tahil dan kati tak cukup sukat.

NATO dan duduk sahaja

Biasan dan bayangan merupakan dua benda yang berbeza. Kata dan mengata juga dua benda yang berbeza. Lagi berbeza kalau orang untuk pihak yang dikata. Ada orang yang berkata sahaja tanpa ada usul periksa, tanpa ada tindak susul mengota kata. Ada yang berkata-kata dengan berdiri macam pemidato unggul dapat menawan sipendengar walau ucapan berapi hanya dusta.

Segelintir juga yang berkata dengan duduk sahaja umpama sebuah radio bimbit yang tiba-tiba hanya mengeluarkan suara. Ada juga yang berkata tidak dan tidak berkata pun tidak. Hanya duduk sahaja. Menunggu hari hujan untuk menyiram bunga. Malas untuk mengangkat air, tidak rajin untuk menarik hos getah atau seumpama dengannya kerana baginya bertawakal sahaja untuk pokok bunga itu pasti berbunga seperti yang sepatutnya. "ini telah ditakdirkan katanya"

Ada juga yang sambil duduk sahaja boleh melahirkan seribu tindak usaha untuk membolehkan terus berkata. Jangan akhirnya cakap tak serupa bikin. No Action Talk Only......

Lebih teruk kalau duduk sahaja mengambil lain kata untuk berkata.

Saturday, May 24, 2008

Selagi Ada Kudrat

Sesungguhnya mencari rezeki sebagai seorang majikan merupakan satu amanah besar yang perlu ditunaikan dengan sebaik mungkin. Perjalanan sesebuah perniagaan itu memerlukan satu himpunan usaha dan tangkupan doa berterusan agar suburnya akan sentiasa berbaja. Perbezaan yang memerlukan satu revolusi mental perlu diterap bahawa kini tanggungjawab seorang majikan sememangya berat. Perlu ada satu unsuran kekhalifahan terdahulu dalam membentuk dan menjana sesebuah organisasi mengubah satu harapan menjadi impian.
Tidak kesampaian sebuah impian jika angan-angan sahaja yang pasti berlalu seperti titisan hujan yang ditiup bayu awan. Terasa dinginnya tapi tak dapat menadah air minuman tersebut. Disini majikan perlu lebih bergerak dari duduk. Perlu berlari jangan hanya berjalan laju. Kenapa pandangan kita terlalu sempit untuk melihat bahawa nikmat yang diberi ini bukan selamanya.
Selagi ada kudrat, pencarian ini terus menuju arahnya kadangkala jauh tersimpang ditiup angin kencang. Angin belakang akan membawa kita pantas ke hadapan; angin hadapan akan membuatkan kita perlu berlawan supaya perjalanan diteruskan walaupun penat.

Wednesday, April 16, 2008

Belacan Atau Keju


Berlalu sudah sessi pemilihan ketua untuk menjadi pemimpin samada pemimpin itu memimpin atau ada juga sekadar dipimpin. Ada yang memang layak untuk dicalonkan dirinya untuk dipilih sebagai pemimpin. Tak kurang yang melayakkan diri supaya dapat bergelar sebagai seorang pemimpin supaya kepimpinan tersebut hanya untuk memimpin dirinya menjadi lebih berharta, lebih kaya, dan......terkadang orang yang memilih tersalah pilih. Tersalah pilih pemimpin atau kepimpinan merupakan dua unsur yang berbeza. Ia umpama tersalah pilih restoran atau tersalah pilih menu. Akhirnya perut terus-menerus lapar. Oh...rupanya pemakan dah mual nak makan menu sama. Atau mungkin si pelahap ini mulai hilang selera makan direstoran sama.

Tapi bolehkah hilang selera itu kerana rencahnya mulai berkurangan kerana modal besar, atau sengaja ditawarkan untuk mendapat untung lebih atau selera pemakan berubah..bosan juga kalau hari-hari makan lauk yang sama sahaja. Mungkin kadang-kadang lauk kampung nak ditukar untuk mencuba makanan barat; stik, fish & chip, spagetti...Wahai chef; tolonglah ubah sikit cara masak, tukarlah kuali. Kuali yang lama tu dah naik berdebu, cerek tu dah bocor, sudip tu dah patah, sudu pun dah bengkok. Dapur pulak api makin merah warnanya. Mana masakan nak ranum rasanya. Kadang-kadang lebih rasa asap dari rasa segalanya.

Jangan cedok dan rasa makanan yang dimasak sendiri. Terkadang makan fastfood boleh tahan, harga mahal sikit tapi cepat, variasi dan tertipu dengan acah iklannya. Pernah tak fikir semua fastfood ini mana nak ada jatidiri. Makan pun kena jajah. Pernah tak tanya berzat ke fast food ni? Hebat kenapa? Kerana itu ada yang kata kemajuan. Baru ada style!

Wahai tukang masak...fikir-fikirkan supaya jangan sampai kaum sebangsa sudah mula makan keju dan lupakan belacan.

Sunday, April 13, 2008

Ini Sekolah Pemimpin Negeri

HSM. Suatu nama yang menguntum mekar di sebuah daerah utara Negeri Gerbang Selatan. Inilah sebuah gedung yang penuh dengan memori, inspirasi dan aspirasi bagi satu kepimpinan apa sahaja kekhalifahan yang diterajui sebagai mahkluk muka bumi. Sesunguhnnya Usaha Itu Bukan Kata kerana ramai orang yang cuba memperdaya dengan menggunakan lidah yang melahirkan sebanyak mana kedustaan sahaja demi pangkat dan darjat. Yang teruknya ia melaratkan pembohongan itu sampai kepada tahap keimanan pada yang Maha Esa...hanya tinggal nama sahaja yang Islam tapi iman dan hati berkiblatkan nafsu dan dosa. Kerana apa? Kerana itulah keasyikan dunia yang dicari hasil dari cetakan musuh durjana.

HSM. Kau telah membuktikan bahawa anak-anak desa ini juga mampu membawa sebuah perjuangan...bisa mengubah sebuah cerita kesedihan, kemiskinan dan kemungkaran untuk mengenal erti sebuah kehdupan yang hakiki. Walau tidak kaya harta tapi disinilah tempat yang melahirkan satu cita yang semuanya mempunyai peluang yang sama.

HSM. Kecerdikan dan kepandaian yang kau lahirkan hasil dari korban satu bangsa asalnya. Korban untuk bicara bahasa ibunda. Sesungguhnya setiap pengorbanan itu telah menjadi sebuah tanda agar anak-anak bangsa ini sepatutnya menjadi lebih peka...jangan sampai hilang segalanya.

HSM. Satu kehidupan pernah berlaku disini dan semangatnya masih membara. Setiakawan kepada satu persaudaraan ada yang kekal. Ada yang hanya sementara seusianya tingkatan-tingkatan yang ditinggalkan akhirnya.

HSM. Selepas itu satu keputusan perlu dibuat untuk meneruskan kehidupan ini untuk destinasi seterusnya sebelum berlabuh di alam kekal; runtuhnya langit robeknya bumi.

HSM. Terima kasih kerana sebuah kedudukan telah terbina dari satu kehidupan yang bermula disini......

Memo dari Satu Sub-Kontraktor


Ini amalannya
Nasib Seorang Subkontraktor
Guna punca dulu buat kerja sampai siap
Bayar dan upah bukan tujuan kononnya
Tunjuk prestasi kerja
Agar rekod kontraktor utama sentiasa dijaga

Cukup masa siang dan malam
Kerja dikontrak habis dilaksana
Tagih janji mana habuannya
Baru tahu kena tunggu beberapa purnama

Minggu berminggu cakap percuma
Yang menuggu penuh seksa
Habis berjanji pusingkan masa
Madu dimulut menjadi bisa
Dulu dikejar siapkan kerja
Tegang urat maki dan cela
Habis keluar semuanya tak guna
Lepas siap habis macam mana?
Katanya lain kali jadilah kontraktor utama.
Macam semua barang percuma
Buruh pula kerahan tenaga.

Jangan Hanya Photostat Sahaja

Membuat salinan pada saat ini amat mudah kerana adanya mesin photosat. Benda yang kecil boleh dibesarkan dan benda yang nampak saiznya besar boleh dikecilkan ikut saiz yang dikehendaki. Lebih canggih salinan warna juga boleh dibuat supaya menjadikan ia sebenar-benarnya salinan pendua. Photosat ini kurang lebih telah membunuh banyak keaslian kerana ramai nilaian rendah orang untuk mencari sesuatu yang bukan dari penduaan yang dibuat-buat asli.

Ada juga konsep salin dan cetak ini digunakan dalam lain-lain aspek kehidupan bagi orang-orang yang tidak pernah mengilhamkan keaslian kerana kehidupannya juga banyak yang disalin dari bab-bab riwayat hidup yang juga tiada nilai aslinya.

Ceduk dan cetak kisah-kisah lampau yang kosong ini membuat salinan pendua itu nampak pudar dan lama-kelamaan cetak itu akan hilang ditelan masa.

Saturday, April 12, 2008

Apa itu Dosa??

Semakin hari gelumangan dalam kepulan dosa seperti hembusan asap perokok tegar. Bukan senang perokok itu boleh memberhentikan aktiviti rokokan yang telah diceburi menjadi lebih profesional. Ada yang bermula dengan seawalnya usia di sekolah rendah kononnya menjadi jantan. Meningkat dewasa di sekolah menengah dan seterusnya kecimpung dalam dunia pekerjaan, asap itu motivasi kononnya.

Sedarlah wahai sahabat perokok yang sesungguhnya asap itu bukan sahaja mengaburi hidup dan masa depan kalian juga mengaburi alam sekitar sekaliannya. Kiranya anda merasa umur anda akan terlampau panjang tolong kasihan kepada alam sekitaran, sahabat, isteri, suami, anak-anak dan generasi-generasi yang akan datang kerana kami perokok sekunder mendapat risiko bahaya yang lebih tinggi dari anda yang sememangnya menikmati azab ini sebagai suatu nikmat.

Kuat kita mengucapkan bahawa kita kita berdosa. Apakah dosa itu semata balasan kepada suatu kemungkaran dan ketidaktaatan kepada suatu perintah. Atau dosa itu sebagai mata demerit sebagai denda yang akan menentukan tahap balasannya.

Satu hari Jumaat yang mulia, seorang khatib unggul menyatakan bahawa dosa juga perlu dilihat sebagai dinding. Dinding yang semakin hari semakin menebal; memisahkan seorang insan dari Tuhannya. Dinding yang menjarakkan hubungan kasih Maha Pencipta dengan makhluknya. Dalam kesayupan terkadang memang terasa Ya-Rabbi kau semakin jauh....Ampunkan dosaku Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang.

Apa cara yang bisa insan hina ini dapat memecah dan membolosi dinding-dinding ini kiranya berterusan dosa itu berlaku...Kejamnya hambamu ini Ya Allah Ya Rahman.

Sunday, March 30, 2008

Antara Kuasa Dan Durjana

Telah menyaksikan bahawa adanya insan-insan yang hanya pandai menabur janji manis bila dia suka atau buat suka kepada sesuatu perkara. Mana kita meletakkan suatu kebenaran itu adalah hak dan batilnya. Suratan takdir sesuatu yang berat untuk diterima bagi orang yang hanya bermuka-muka reda. Bila air digelas hampir memasuki mulut lalu tiba-tiba ditakdirkan gelas itu jatuh dan pecah….masih lagi kita dahaga. Pecahnya gelas itu kerana kita tidak pegang kuat-kuat atau gelas itu licin kerana lupa nak dilap minyak yang lekat didada gelas itu kerana adanya kita yang basuh gelas kotor dengan sambil lewa.

Kita juga ada yang lupa bahawa jika gelas untuk air panas jangan dicampur air yang sejuk takut boleh retak gelas itu kerana adanya beza kesan haba panas dan sejuk. Kita juga ada yang leka bahawa gelas kaca itu bukan selamanya ada..pasti pecah bila sampai masa..


Oleh itu jagalah agar gelas itu BERSIH; jangan campur air sejuk dan panas.

Thursday, March 13, 2008

Munafik Di Sekeliling Kita


Sepertinya ditahu oleh umum bahawa antara penunjuk atau petanda kemunafikan itu adalah orang-orang yang bohongnya lebih jelas dari benar. Pembohongan bukan hanya kata-kata yang tidak benar dalam percakapan tapi melakukan penipuan atas perbuatan yang wajib kepada yang empunya dunia dan akhirat ini. Sekarang ini agama banyak yang menjadi pameran; untuk ditunjuk-tunjuk. Masjid besar, cantik, kilauan kristal; alim bermusim dibulan Ramadan; sampai terawih sejadinya seperti suatu pesta. Hadirinnya beribu tapi pengisiannya hanya masing-masing berbondong-bondong nak membuat pertunjukan yang berulang macam tahun-tahun sudah. Lepas Ramadan, imam menjadi muazin untuk hanya memanggil dirinya sahaja untu berjemaah; mana pergi insan-insan kamil yang banyak itu?

Sayugianya; lakonan ini berterusan selama hampir 52 minggu dalam setahun yang menyamarkan bahawa kehidupan Melayu Islam ini banyak yang hanya kerana dari sebuah warisan yang ada pada nama sahaja. Kasihan kepada semua kerana kita tidak mencari keimanan itu seperti hilangnya muda mendapat tua. Yang muda itu cepat berlalu yang tua itu pendek sahaja.

Bahaya Untuk Nelayan Kecil


Laut yang bergelombang ini adalah agak memberikan kemerbahayaan kepada nelayan-nelayan kecil. Sukar untuk dibaca arah angin dan lajunya; tinggi ombak dan pusar ribut kerana kita hanya manusia yang suka berangan dan merancang sahaja. Kun Fa Ya Kun...kalau jadi maka jadilah ia dengan kuasa dan iradatNya.

Dalam mencari ikan baru yang segar di air bersih yang tak cemar di minyak-minyak dari perut laut itu adalah baiknya jika selama ini bot-bot besar itu tak perlu lagi digunakan kerana limpahan minyak dari bot tersebut juga yang mencemarkan air laut tersebut. Bisakah kita seterusnya meminum air masin itu jika kita ada pilihan untuk mendapt air bersih. Tapi ia bukan suatu yang senang..seperti cakap dimulut .

Kita juga tak dapat memastikan bahawa kail yang pendek itu boleh mendugal laut yang dalam kerana sememangnya hidup yang bertawakal bagi seorang yang sendiri majikannya adalah kais pagi makan pagi ....kais petang makan petang.

Saturday, February 16, 2008

Petua Untuk Semua Kita-Kita

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.
2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain hodoh.
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain buruk.
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.
7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah.
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita untuk
kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang kearah kebaikan

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian
rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa
untuk mempertahankan agama.

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah...!!!!!

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

Lima Perkara

Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw
1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bilaa telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.


SYUKUR DAN CUKUP SEADANYA.

Akan Datang Cinta Untuk Kita Lupa

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."


KEKAYAAN DAN KESENANGAN KADANG-KADANG ADALAH UJIAN