Sunday, May 25, 2008

Menang-menang

Mual dengar seorang pembesar negara kata kita berjaya separuh mereka berjaya separuh. Ini kes menang-menang. Dalam pertandingan sebegitu 'losing is not an option'. Tapi 'kera'-jaan ada sememangnya dah kalah-kalah. Kalah dalam mencari kemenangan, kalah dalam menjaga kemenangan lalu sehingga piala pusingan yang diberi empat tahun sekali itu pasti akan beralih tuan rumahnya kerana apa? Kerana kita tidak mahu mengambil orang yang berpontesi menang untuk berlumba; kerana 'pengalah-pengalah' yang ada dalam barisan pelumba kita tidak pernah berlatih untuk berlumba. Semuanya masuk perlumbaan guna keadah 'wild card'.

Mungkin kita berlumba pakai kereta enjinnya buruk, kasutnya koyak atau sengaja kita mengikat mata supaya jalannya lencong. Kita rasa kita bermaruah hanya kerana kita dapat terima keputusan kita kalah dan ada pihak lain yang seperti belari mengundur untuk menang perlumbaan tersebut.

Seperti kera-kera yang berebut mencari lalu memakan kutu dari bulu emaknya begitulah sikap 'kera'-jaan yang kalah itu. Mencarik bulu emaknya, katanya manja, memakan kutunya katanya lapar, akhirnya kutu itu menghisap darah emaknya, dan anak-anak kera itu pula memakan darah emaknya.

Lebih teruk ada juga anak kera yang menghisap darah emaknya tanpa memakan kutu; emak suruh menghisap susu tapi darah yang disedutnya kerana apa? Kerana ada yang anggap darah itu maruah, darah itu darjat dan ada juga yang menghisap darah emak kera untuk menjadi raja kera yang kemudiannya dibiaskan menjadi 'kera'-jaan. Sebab itu dalam biasan perkatan itu nampak terbalik bila dibaca. Macam tu jugalah sikap raja-raja kera dalam kerajaan kera tersebut. Semua tahu apa perkataan yang hendak dibaca, faham maksudnya. tapi suka juga untuk mengeja dan menulis perkataa kera tersebut.

Siapa yang untung? Anak kera, emak kera atau pembela kera. Siapa itu pembela kera tersebut? Seorang dulu hanya datang berseluar pendek; kacamata pecah sebelah; dan bawa dacing tahil dan kati tak cukup sukat.

No comments: