Aidilfitri ini datang lagi setelah ramadan berlalu. Mungkinkah ini ramadan terakhir? Jumpa lagi ke ramadan tahun hadapan? Insya Allah dengan perkenannya semoga ramadah yang lalu adalah yang terbaik pernah dihadapi dan yang akan datang akan menjadi lagi baik.
Aidilfitri ini adalah medan pertemuan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat taulan. Mengapa kita tidak berjumpa, beramah-mesra di hari-hari lain, masih menunggu kedatangan aidilfitri untuk merapatkan kita. Seperti biasa janji yang disemai mesti dikota, bertemu dengan rakan-rakan sekolah dahulu. Ada yang terakhirnya berjumpa saat habis menduduki peperiksaan dahulu, ada yang baru 5-6 tahun berjumpa, ada yang 1-2 bulan baru duduk minum sekali.
Terperanjat! Kerana ada yang berubah bentuk, ada yang berubah cara tapi hati tetap sama; masih utuh semangat persahabatan lalu. Sememangnya persahabatan itu satu talian yang penting dalam membentuk kehidupan kita.
Saat-saat yang berharga itu dipenuhi dengan gelak ketawa, gurau senda dan cerita-cerita lampau yang bisa diiambau. Kenangan dan pengalaman lalu masih lagi segar dalam ingatan seperti baru sahaja ia berlaku.
1 comment:
Kechompros tul korang tak patut tak panggil aku buat raya gathering.Adin and Dollah dagang ada no phone aku pun tak nak contact amenda laa. Tapi raya ni rabak siut poket aku mcm air duit mengalir. Tak pe la janji utk anak2.. Salam semua selamat hari raya maaf Zahir batin.. ekk!
Post a Comment