Jodoh memang tidak boleh dijangka. Ianya adalah satu rahsia Tuhan. Jangan ada yang terperanjat jika dijodohkan dengan sepupu sendiri. Ada yang bertemu jodoh dengan jiran belakang rumah. seperti aku. Dahulunya ayah aku akan menjadi tabiatnya dipagi raya menjadi orang yang pertama ke rumah atok Aina. Ziarah aidilfitiri katanya. Berulang tahun demi tahun seperti ada tarikan bahawa rupanya disitulah ada satu rahsia yang tidak terungkai oleh akal manusia.
Setelah ayah tiada, aku pula yang mengambil tugas tersebut. Setiap pagi raya pasti ke sana. Bezanya tidak lagi di pagi hari menjadi orang yang pertama. Aku telah menjadualkan selagi diizinkan pasti aku akan menunaikan solat sunat aidilfitiri di masjid Kesang. Ini kerana sebahagian dari masa aku membesar sebelum menjadi 'besar' banyak kejadian yang terjadi di kampung ini.
Aidilfitiri ini juga sekali lagi aku sebagai pengganti ayah dan ibu kepada adik-adikku menjadi kapten dalam menrencanakan satu lagi ikatan pertunangan seorang lagi adikku. Alhamdulillah; apabila ada sahaja niat yang baik pasti Tuhan makbulkan. apabila ada rezeki kurniaanNya yang banyak bertebaran di atas bumi ini semestinya ia bukan milik kita. Ianya mesti dikongsi dengan cara-cara yang diredhaNya.
Acara tersebut telah membuktikan bahawa ikatan kekeluargaan adalah amat penting dalam kita bersama-sama menempuh ranjau kehidupan. Adik-beradik, ipar-duai, bapak saudara, emak saudara dan jiran tetangga bersama-sama bersatu hati, bersatu tenaga berkumpul mencurah serba sedikit keringat agar majlis dapat berjaya.
Apalagi...pupuklah ukhwah persaudaraan yang berterusan.
No comments:
Post a Comment