Thursday, September 18, 2008

Fidyah

Hampir usia ini menjejaki lebih separuh masa kedua masa permainan sebenar jika diambil 60 itu noktahnya, baru kita sedar banyaknya kita ini Islam kerana diwarisi oleh kerana kita ini Melayu. Maknanya banyak yang sahaja menjadi ikutan dan saduran dari orang terdahulu tanpa kita tahu mengapa, kenapa, siapa dan bagaimana.

Umpamanya, apabila ramadhan muncul, pesta memenuhi surau bermula, katanya memeriahkan malam-malam ramadhan terutamanya disepuluh malam pertama, macam dah tak muat sangat surau-surau yang ada kat muka bumi ini. Berebut kerana nak dapat fadilat yang habis ditampal di sebahagian tempat akan ganjaran yang akan diterima mengikut malam-malam tertentu. Yang nyatanya itu bukan hadis sahih yang ada menerangkan perkara yang sebenarnya.

Malam sepuluh akhir, dah bergaung bunyi surau sebab dah kosong, sibuk semua membeli baju raya, kuih muih, songkok dan seumpamanya. Nasib baik ada raya. kalau tak gayanya tak berganti baju-baju tu semua. Orang sibuk rebut Lailatul Qadar kita sibuk Lailatul Kamdar, atau orang jumpa Laitul Qadar pasal bersungguh-sungguh mengimarahkan ramadan; kita ni ibadat ala-ala kadar juga.

Paling hebat pergi pasar ramadhan, tengok anak-anak gadis Melayu miskin; tak cukup duit pakai baju tutup aurat, sebab tu dedah sana; dedah sini atau macam tak tutup langsung pun ada; kenapa agaknya perkara ini berlaku?; tengok sekali tak sengaja tak apa; tengok kali kedua berdosa ganjarannya. Ini berlaku kerana ramai ambil konsep puasa yang hanya mengambil maknanya tidak makan dan minum sepanjang siang hari sahaja. Ini yang orang-orang tua dahulu ajar. Begitu juga dengan kaedah qada bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan sengaja oleh sebab-sebab tertentu. Ada yang kena qada, ada yang kena fidyah, ada yang kena qada dan fidyah sekali.

Satu malam digerakkan oleh Allah akan hamba pergi menunaikan solat terawih disatu surau yang kebetulannya ada tazkirah setiap malam selepas solat isyak dan sebelum solat terawih. Malam itu, seorang ustaz agak muda, menerangkan tentang bab fidyah.

Suka hamba berkongsi ilmu yang diberi kerana selama inipun hamba macam tak pernah nak ambil tahu pasal fidyah ini. Ustaz menerang contoh seorang Hamba Allah wanita berusia 36 tahun; mulai baligh berusia 12 tahun; tidak pernah puasa selama usia itu, hinggakan ramadhan ini mendapat hidayah untuk berpuasa. Puasa yang ditinggal tidak pernah diganti juga. Dalam kiraan yang dibuat fidyah yang kena akibat sengaja tidak berpuasa itu adalah kurang lebih RM 12 ribu. Masya Allah macam mana dengan kita; pernah terfikir untuk mengkaji akan puasa yang kita tinggalkan ?

Satu lagi fidyah itu dikira satu hari satu cupak beras dimana satu cupak bersamaan 657 gram (Selangor) 575 gram (WP KL) 800 gram (Penang). Ambil kadar biasa beras yang dimakan RM 28/ 10kg; 2.80/kg; 0.028/g = 1.89/cupak.

Dan pengiraan fidyah ini juga akan ada gandaannya bagi puasa yang tidak diqada dalam masa satu tahun dari ramadhan ke ramadhan yang lain.

Oleh itu untuk kepastian lebih tepat sama-samalah kita mencari ilmu ini kepada yang pakar.

3 comments:

Anonymous said...

i think you add more info about it.

Anonymous said...

very awsome.

Anonymous said...

yeah! its much better,