- Alhamdulillah. Dapat discharge juga setelah seperti biasanya mendapat pakej 3 hari 2 malam di HKL.
- Dalam keadaan nikmat kesihatan yang sedikit berkurangan; kena tahan wad itu menjadi keperluan bagi tujuan pemerhatian. Khuatir jika hanya duduk rumah menahan sakit akan membawa musibah yang lebih buruk kerana usaha dan ikhtiar perlu dibuat.
- Memang tiada siapa pun yang suka sakit; buat-buat sakit. Sakit dan mati bukan benda gurauan.
- Pasrah dan redha akan ketentuan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
- Selepas keluar, kerinduan untuk kembali berjemaah disurau; setelah hampir seminggu tidak dapat bersama. Terus bersama majlis ilmu.
- Islam itu adalah yang terbaik antara ilmu dan amalnya.
- Jangan jadi nasrani yang tidak berilmu tapi rajin amalannya.
- Juga jangan jadi Yahudi banyak ilmunya tetapi malas amalnya.
- Malangnya ramai Melayu Islam sekarang malas untuk mencari ilmu dan lagi malas pula untuk beramal.
- Ramai yang amal mungkar nahi maarof.
- Antara ilmu terpenting dalam kuliah berkenaan solat pada malam ini adalah berkenaan dengan berhenti seketika selepas bacaan surah pada rakaat pertama dan kedua, juga selepas Al Fatihah bagi rakaat ketiga dan keempat sebelum membongkokkan badan untuk rukuk.
- Moralnya supaya kita jangan tergesa-gesa; nak cepat habis dan sibuk kepada perkara yang lain kerana Allah itu Maha Penyantun.
- Syukur Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik bagiku untuk menyempurnakan taat setiaku hanya padaMu.
Friday, October 22, 2010
Sakata Sakta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment