- Alhamdulillah diizinkan Allah esok hari lahirku yang ke 38. Maha Suci Allah; telah diberikan 37 tahun kepadaku untuk menjadi khalifahnya dimuka bumi ini.
- Aku mempunyai kehidupan yang hebat. Sama seperti orang-orang lain. Kau Maha Pemurah dan Maha Adil Tuhanku.
- Pengalaman hidup, suka dan duka, dahulu bujang kini berkeluarga, mempunyai isteri yang hebat dan anak-anak yang bijak, rakan -rakan yang berjaya dan hampir kesemuanya telah kau berikan.
- Cuma, masa-masa lampauku agak kurang mensyukuri nikmat Islam dan Imannya. Aku lupa dan lalai Tuhanku.
- Ya Allah; kau telah limpahi rezekiMu yang berlimpah ruah untuk kehidupanku. Baru kini aku sedar; aku hanya mulai untuk mengucapkan kesyukuran kepadaMu.
- Aku yang bersalah; usia selama 37 tahun yang penuh dengan nikmat hidup dan sihat itu sebenarnya ada juga yang tidak digunakan pada tempat yang sepatutnya.
- Lalai dan cuai sebagai hambaMu. Ya Allah; aku terlalu mencari dunia yang akhirnya tidak juga aku puas mendapatkannya. Hanya cuba menjadi kaya dunia tapi kikir iman akhirnya.
- Aku persiakan usia muda dengan melakukan banyak dosa yang tidak sepatutnya dibuat oleh orang mukmin kerana aku dibuai oleh noda indah dunia yang sementara ini.
- Aku tidak memberikan tumpuan dan sepenuh kasih sayang kepada arwah ibu dan ayahku kerana ego aku; Ya Allah; kau ampunilah dosa-dosaku ini.
- Menjelang umur ke 38 ini telah memberikan petunjuk bahawa baki hidup sudah menjadi terlalu sedikit. Sempatkah aku?
- Doa dan pintaku sekiranya aku dipanggil untuk kembali ke pangkuanMu, izinkan aku mengunjung Tanah SuciMu agar dapat aku menyempurnakan kerukunanku sebagai umatMu.
- Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun atas kelalaianku, tetapkan imanku, berikanlah taufik dan hidayat kepadaku supaya sentiasa bersyukur dan mengingatiMu. Aku hanya makhluk yang lemah, lindungi aku dari syaitan yang direjam.
- Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kedua ibu bapa mertuaku, isteriku, anak-anakku, adik beradikku, saudara-saudaraku, rakan-rakanku dan sekelian orang Islam samada yang masih hidup atau telah mati. Ya Allah, kau rahmatilah kami, kau redhakan kehidupan kami.
- Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah. Aku kembali kepadaMu Ya Allah; aku meyesal atas perbuatan maksiat yang pernah aku lakukan.
- Ampunilah hambamu ini Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain selainNya. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa.
Monday, October 18, 2010
Menjelang 38
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment