Sunday, October 17, 2010

Alvertiasiamo

  1. "Alvertiasiamo" bermaksud marilah kita berubah. Beralihlah! Tukar kepada yang lebih baik.
  2. Perubahan amat diperlukan supaya kehidupan dapat diteruskan seperti biasa dan apa yang terpenting adalah objektif sebagai muslim adalah mencukupkan Rukun Islam kelima iaitu menunaikan kefarduan haji.
  3. Biarlah nafsu itu tidak pernah cukup dan sentiasa mahukan dunia yang terbaik tetapi dalam masa terdekat hati ini terlalu bergelora untuk melengkapi rukun kelima ini supaya penyempurnaannya nanti mendapat keredhaan Allah.
  4. Persoalan menunaikan haji hanya apabila menanti seru dari Allah juga perlu dielakkan kerana panggilan menjadi tetamuNya perlu dimulai dengan langkah yang pertama dan bukannya hanya duduk berdiam begitu. 
  5. Pilihan dan panggilan haji itu bukan urusan manusia dan ia adalah milik Allah.
  6. Anggapan bahawa setiap dosa akan dibalas tunai di Tanah Suci juga perlu diperhalusi dengan kembali menghitung diri kerana sesungguhnya jangan bersangka buruk kepada Allah. 
  7. Sentiasa memohon keampunan dan bertaubat agar segala dosa itu dimaafi dan jika balasan itu nanti menjadi fitnah mintalah supaya ianya dielakkan.
  8. Marilah kita bersama-sama 'alvetiasiamo' kearah yang lebih baik; berdoa supaya akhir kehidupan kita berada dalam kesudahan yang baik; bukannya kesudahan yang buruk; seterusnya dengan keredhaanNya kita akan dapat dimasukkan ke syurgaNya.
  9. Juga dalam perniagaan; jika ada pilihan yang lebih baik; pergilah mendapatkannya kerana jika lebih lama ditunggu lebih derita; perlu ada tindakan sewajarnya.
  10. Kejayaan dalam perniagaan banyak yang bermula dengan kegagalan yang menjadi iktibar; perbandingan, motivasi dan pembentukan rohani yang lebih dekat kepada Tuhan.
  11. Kelalaian dan banyak pergantungan kepada mahkluk dalam mendapatkan perniagaan juga boleh mengelincirkan landasan iman mukmin sedangkan hanya kepada Allah sahaja kita perlu meletakkan harapan dan tawakkal kita.
  12. Aku bermohon kepadaMu supaya dilindungi bisikan syaitan, fitnah dunia, cengkaman orang kafir dan fitnah dajjal. 
  13. Dengan tawadduk kepadaMu; aku memohon agar diberikan peluang untuk dipanggil menjadi tetamuMu dalam aku melengkapi Rukun Islamku.
  14. Ingatlah; hanya kepada Allah kita berserah; Ya Allah; cukuplah perhitunganku denganMu Tuhanku yang Maha Mulia; Tiada sesuatu yang lain dihatiku selain Allah dan nur Muhammad pesuruh Allah.
  15. Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami Ya Allah dengan agama Islam. Amin.

No comments: