- Sebagai pengundi yang bakal mengundi di saluran 1,2 atau 3 pada pilihanraya umum yang akan datang; situasi politik yang berlaku kebelakangan adalah amat merunsingkan.
- Merunsingkan dari segi bahawa kedua-dua pihak pemerintah/pembangkang berbangsa Melayu beragama Islam dalam negara Malaysia ini hanya menang sorak kampung tergadai.
- Perbuatan ahli-ahli politik tidak kira pemerintah/pembangkang Melayu amat menjijikkan. Kedua-dua pihak saling berdendam kesumat; rasuah, kronisme, neopotisme adalah sama sahaja. Seperti bayangan cermin salah satu antara duanya. Busuk.
- Fitnah ditabur meracuni pemikiran semua orang. Dewasa, kanak-kanak dan semuanya tercemar dari segi deria penglihatan dan pendengaran. Yang memerintah menggunakan sepenuhnya media arus perdana; yang membangkang cuba memberikan fakta yang belum ada kesahihannya di media siber.
- Kita Melayu tidak berlawan atas dasar polisi pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita tidak dapat memberikan persefahaman bagi mempertahan dan mendaulatkan Islam dan seterusnya jatuh bangun orang Melayu.
- Percaturan politik Melayu samada pemerintah/pembangkang hanya berlandaskan serangan peribadi sahaja. Si pemerintah mengatakan si pembangkang rosak dan sebaliknya.
- Membongkar keburukan pihak lawan, menokok tambah cerita, mempalsukan dokumen, mempersendakan ayat Al Quran dan berbagai lagi yang hanya merugikan Melayu yang semakin kehilangan segala-galanya di tanah air ini.
- Dasar pemerintah/pembangkang sama sahaja. Membesarkan tembolok sendiri; berkepentingan peribadi dan menjual amanah lalu mengkhianati kepercayaan yang diberi berlaku kepada pemerintah/pembangkang.
- Tidak kira pemerintah/pembangkang mempergunakan Islam dengan tidak sewajarnya.
- Mufti, bekas mufti, ulamak dan ahli agama tidak bersefahaman dalam mengeluarkan kenyataan sehingga rakyat terbanyak keliru. Masing-masing hendak menunjukkan kepandaian agama; mengapa tidak ada satu keputusan dan kenyataan dibuat oleh ijtimak ulama. Kita bergaduh dalam agama pasal isu-isu yang tidak sepatutnya. Tetapi sehingga sekarang semua pihak samada pemerintah/pembangkang tidak dapat menutup kedai-kedai makan yang mempalsukan sijil halal. Apa hukuman yang diberikan kepada syarikat yang menjual ayam tidak disembelih?
- Alasannya kerana tiada Akta Halal dan bukan bidang kuasa? Apa yang pemerintah/pembangkang Islam ini buat? Hanya berbahas pasal orang berbini dua, orang nak bankrap dan sebagainya.
- Halal dan haram ditakrifkan dengan kepentingan politik masing-masing.
- Sedarlah, ini semua tidak berlaku 30-40 tahun lalu, biarpun dalam kepimpinan pemerintah/pembangkang.
- Semua ini akhirnya merugikan Islam dan Melayu. Siapa yang untung? Siapa lagi kalau bukan orang-orang tidak kira diselatan, utara, timur dan barat; orang-orang yang hanya mahukan satu lagi kuasa untuk mendapatkan tanahair ini setelah kuasa ekonomi telah lama mereka jajahi.
- Berwaspadalah dengan Yahudi kecil ini. Mereka mahukan Melayu Islam Malaysia makan benda-benda yang haram supaya hati menjadi gelap. Bila hati dah rosak; paksi hidup tergelincir dari landasan yang benar.
Saturday, October 23, 2010
Jijiknya Politik Melayu Islam Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment