- Falsafah kerja yang baik boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.
- Bagi seorang QS, anggaran yang tepat perlu diberikan dalam lingkungan variasi yang munasabah. "Do not underestimate".
- Falsafah "do not underestimate" amat penting dalam pembentukan sahsiah hidup yang dituntut Islam.
- Islam sentiasa meletakkan kesederhanaan sebagai garis sempadan dalam perlakuan umatnya.
- Islam sama sekali melarang kita memandang rendah dan bersangka buruk kepada orang lain.
- Islam juga tidak mahu kita taksub kepada sesuatu.
- Biarpun kita berada di tempat yang lebih tinggi; dengarlah pendapat orang yang dibawah.
- Juga orang tua bersedia untuk mendengar buah fikir orang muda kerana tiada isu siapa makan garam dahulu yang patut dipersoalkan.
- Perbandingan dan perbezaan perlu dibuat pada tahap yang setara.
- Bagi seorang bapa, jangan diletak tahap pengetahuannya kepada anak yang baru belajar. Bersabarlah.
- Bagi pendidik; mengajarlah sepenuh hati kerana hanya dengan keikhlasan akan melahirkan pelajar yang lebih berakhlak. Bersabarlah. Jadikan iltizam pendidik terdahulu yang melahirkan manusia biarpun dia hanya pendidik berijazah sahaja.
- Kebiasaannya pelajar yang nakal lebih memberikan terjemahan hidup yang lebih pekerti setelah tamat pengajian masing-masing.
- Yang korek itu kendi, yang merah itu saga; yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
- Dalam hidup; banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan; langsung tidak disangka kerana walau sebaik mana perancangan yang manusia buat; perencanaan Allah yang lebih baik akhirnya.
- Berdoalah supaya kematian kita nanti akan diredhai Allah dan dengan rahmatNya dosa-dosa kita diampuni dan dijauhi daripada azab neraka jahanam.
- Pandanglah dengan mata hati.
Sunday, October 31, 2010
QS Philosophy : 'Do not underestimate'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment