Saturday, October 9, 2010

Bila Susah Sikit

  1. Maha Besar Allah. Hidup semakin teruja dan ujian yang bertimbun-timbun datang sememangnya berat.
  2. Ditarik sedikit nikmat kesihatan; dimahalkan sedikit rezeki supaya ianya menjadi peringatan. Kembalilah kepadaNya dalam keadaan masih lagi disayangi.
  3. Janganlah dipalingkan muka dari menghadapNya sesungguhnya Dia pasti akan memalingkan rahmatNya daripada kita.
  4. Jangalah kita sedikitpun cuba untuk mengabaikanNya; sesungguhnya Dia pasti akan melupakan kita.
  5. Sekadar menjadi tauladan; dipanjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana memberikan cahaya dan hidayahMu untuk bertaut kembali kepada tali rahmatMu.
  6. Jika dahulu ikatan ini agak kusut tersimpul, kini agak terurai dilepa senang.
  7. Andai dahulu hati ni malap bergerhana; kini hambaMu ini tersangat memohon keampunanMu. Memohon cahaya hidayahMu.
  8. Kau Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
  9. Cukuplah bagiku, kau Tuhanku Ya Allah; Tuhan yang Maha Mulia - Tiada sesuatu yang lain dihatiku selain daripadaMu Allah Dan Nur Muhammad SAW.
  10. Kami bertaubat kepadaMu Ya Allah dan kami kembali kepadaMu Ya Allah. Kami amat Menyesal apa yang sudah itu Ya Allah.
  11. Ingatlah ujian itu diberi dalam lingkungan kemampuan untuk ditanggung dan percaya bahawa setiap kesulitan itu pasti akan datangnya kemudahan.


No comments: