Wednesday, January 27, 2010

UNBELIEVABLE RECITATION SUBHANALLAH!!!

Insaflah.....

Krisis Pertengahan Hidup (Mid-Life Crisis (MLC) (edited version and re-entry)


  1. Kepada semua rakan yang semakin menghampiri dan dah dah pun melangkaui angka 40. Selamat datang dan selamat berjuang.
  2. Buat rakan-rakan sekelian, jika tika dan saat ini selepas berada dalam lingkungan angka 40; jika sekiranya tidak lagi dapat mencari dunia; carilah akhirat kerana nanti takut kedua-duanya hampa belaka.
  3. Dalam julat angka ini masih ada yang mencari 'makan luar'; kerana mungkin hidangan yang dirumah sudah tidak enak; ada rasa tiada bau; ada bau tiada rasa; juga mungkin langsung tiada bau tiada rasa. Atau anda yang sudah hilang nikmat rasa.
  4. Menjaga kesihatan terlalu subjektif; kerana ada ahli sukan yang berlari dan mengangkat berat; pembasuh mulutnya adalah asap. Itu mungkin makanan sampingan kerana mereka-mereka ini ada berkarib dengan jin dalam atau luar badan secara sengaja atau tidak.
  5. Sekarang dengan ilmu, tiada orang Melayu membakar setanggi dan kemenyan untuk sesuatu peristiwa seperti kematian . Akan tetapi masih banyak lagi sumber asap yang keluar dari mulut; hampir sama banyak asap dari kenderaan darat (tidak termasuk kenderaan laut dan udara). 
  6. Bagi golongan yang terpencil; tembakau yang berada diluar 'rokok' menjadi hutan simpan yang kekal kerana disitu taman permainan 'ahmad albab' punya kawan.
  7. Krisis datang dan pergi seperti berlalunya hari-hari yang dikira kurang lebih 14600 hari yang lepas untuk remaja yang berumur 40 tahun. Bagi 'kanak-kanak' berumur 60 tahun mereka telah dinafaskan selama 21900 hari. Cukupkah nikmat umur itu?
  8. Ada juga seseorang yang baru nak sampai cukup umur atau akil baligh bila angka 40 ini menjenguk tiba. Baru nak kenal alif ba ta. Sedangkan selama ini abc yang lebih menjadi rebutan semua. Habis dihafal nama pemain dan kelab bola dari menghafal nama malaikat wajib. Dikenalinya semua pengurus malah penaja dan pemilik pun diketahui.
  9. Lagi sekali silap kata orang-orang tua; 'life begin at 40'; sepatutnya 40 dah ada 'exit plan' untuk memenuhkan masa dalam membesarkan anak-anak takut nanti anak jadi besar kepala. Salah siapa?
  10. Seperti kata seorang Ustaz; salah siapa nanti jika tiada dapat dibeza mana satu tuhan Islam dan sebaliknya?
  11. Akal perlu disemai dengan ilmu dan hati disemai dengan amal.
  12. Bermuhasabalah untuk menjadi insan yang lebih munasabah.
Blogged with the Flock Browser

Sunday, January 24, 2010

Perangkap 5S Yahudi


  1. Sudah terperangkap semua. Tua muda; lelaki dan perempuan, ustaz, GRO, datuk, datin, tuan dan puan; menghampiri sebuah kegagalan mempertahankan sebuah keimanan.
  2. Syoknya perangkap Yahudi ini telah berjaya memberikan kesan dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari bangun pagi hingga kembali tidur; setiap waktu dan masa; serangan itu telah melanda.
  3. 5S yang menyerang itu telah memusnahkan otak dan wancana hidup.
  4. Smoke, Screen, Sex, Song & Sports yang direncanakan oleh Yahudi itu berjaya.
  5. Smoke; rokok sukar dibendung kerana banyak negara yang bergantung kepada cukai yang dapat diberikannya. Bagi perokok; rokok sumber ilham. Rokok bukan sebab kematian katanya kerana ajal di tangan Tuhan.
  6. Screen; televisyen, wayang menjadi kegilaan dan keaguangan. Pelakon dimegah-megahkan. Cerita melampaui landasan dan nas-nas agama kerana dipermudahkan ikut akal fikiran.
  7. Sex; exploitasi keatas wanita amat buruk. Kasihani kaum ibu ini kerana disinilah permulaannya. Menutup aurat menjadi lebih sangsi dari tidak memakai apa-apa. Kahwin dan cerai mainan sahaja kerana nilai janda/duda lebih tinggi sahamnua
  8. Song; menjadikan anak penyanyi menjadi impian emak dan ayah. Biar anak tidak pandai mengaji. Biar tidak tahu berzikir dan berzanji.
  9. Sedih melhiat apa yang berlaku sekarang. Katanya realiti TV tapi kesannya kepada realiti kehidupan amat besar. Tiada lagi rasa pentingnya mendapatkan ilmu untuk terus maju.
  10. Dari usia muda sampai ke tua; sajian hiburan sudah terlalu lebih dan melampau. Macam-macam pertandingan yang dibuat, tak kurang lima enam anugerah berlaku dalam satu tahun untuk meraikan dunia hiburan . Tanggungjawab pihak media sudah hilang. Mereka telah diserang dengan duit. Mahu cari untung lebih, Mahu beli syarikat lain. Mahu dapat pangkat dan darjat; Datuk dan sebagainya kerana memikirkan rendahnya menjadi manusia biasa. Ajal nanti bila sampai tidak kira siapa?  Soalan yang bocor itu jangan tidak dapat dijawab walaupun lama sudah masa diberi untuk mempersediakan diri. Kematian boleh datang bila-bila. Tidak kira sedia atau tidak.
  11. Anak-anak sejak berumur empat tahun telah dididik untuk menonton rancangan hiburan; mengundi sms dan sama-sama memberi komen lebih daripada juri tetap. Itulah kesan realiti tv sekarang; yang sama-sama berjaya membawa pembaharuan fungsi penonton.
  12. Sports; siapa yang tidak gila bola. Satu biji direbut dua puluh dua orang atas padang dijaga oleh tiga orang pengawal keselamatan.
  13. Sampai bila?
Blogged with the Flock Browser

Saturday, January 23, 2010

Lagu Warisan

Sayang bangsa tidak semestinya kepartian.

Arsenal Stunners - Stunning Goals from Arsenal Football Club

Itu namanya main bola

Khali Saudagar



Semakin hampir khalinya saudagar
Ledongnya arah dituju
Linggarnya mata kepala
Kambus sudah mati hati.

Selangit mendatang masihkah mendu seperti semalam
Jangan pukat terlabuh tiada ikan yang mendapat
Hendak lagi dibayar hutang pengayuh
Sedang lamanya biduk tidak berkira
Kerana bayangan tidak sepanjangan badan
Senipis nafas tidak lagi berkitab
Lantai yang terpesok jangan mahu dipaku.

Jarab sudah besar menjadi luka
Tidak menang lagi bertengkar menganyam janji
Semua habis rincu
Tiang yang pendek tetapnya pendek
Sekiannya lubuk tetap lubuk
Hanya kiranya satu sahaja gendang berbunyi

Doanya jangan menjadi bongkeng
Cakap mulut yang lontak
Jangan duduk goyang kaki
Pasti sudah gunting hati.

Soccer Comedy

Biarkan bola itu

Tuesday, January 19, 2010

Kerana Santan Pulut Binasa




  1. Tidak serik-serik. Berapa kali mahu dicakap. Kerana pulut santan binasa. Kerana mulut badan binasa. Memang bercakap itu percuma. Tidak kena bayar. Lidah tiadk bertulang. Lagi pepatah orang tua. Kadang-kadang pelik juga kerana pepatah-pepatih ini terlalu berat sebelah. Berat kepada yang dewasa yang mempunyai banyak kepentingan peribadi.
  2. Kesan pembohongan boleh merosakkan hubungan. Suami isteri, adik beradik, datuk cucu, datuk politik dan apa-apa sahaja. Ada ke orang politik yang tidak berbohong? Kempen dahulu janji semua percuma, dari rakyat untuk rakyat; rupa-rupanya rakyat ayng beri pendahuluan. Tak percaya tanya hospital sekarang; kalau tak dibeli besi dahulu tinggal macam itu terkulai kaki yang patah; hati yang patah tak siapa yang tahu? Ya; sekali lagi hebatnya orang-orang tua. Katanya dia dahulu yang makan garam. 
  3. Ada orang politik yang kuat berbohong suka jadi katak. Katak lebih baik kerana tidak pernah berbohong. Cuma orang tua yang bohong katanya bila katak bising menandakan hari mahu hujan.
  4. Akibat pembohongan ada pihak hilang percaya; hilang rasa hormat dan segalanya kerana nilai air muka (face value) tidak sama dengan murahnya nilai facebook. Kononnya macam menyatukan semua yang tertinggal dan ditinggalkan tapi akhirnya akan berlaku pembohongan disebalik pemberitahuan yang dibuat di buku muka itu.
  5. Ulang lagi pepatah orang tua yang lebih dahulu makan garam; siakap senohong gelama ikan duri, bercakap pembohong lama-lama jadi pencuri; Apa yang dicuri? Erti sebuah kejujuran untuk sebuah perjuangan.
Blogged with the Flock Browser

Monday, January 18, 2010

Penyamun


  1. Begitu mudah untuk mengubah yang baik kepada jahat kerana kurangnya nilai kebaikan di pandangan mata. Kehebatan banyak memahkotakan kepada kejahatan kerana nilai keburukan itu lebih seronok.Menghiburkan. Lebih indah. Adalah amat meloyakan ramai orang apabila penyanyi tidak berbaju cuba hendak bertasbih kembali ke pangkal jalan. Akan tetapi menjadi kegilaan apabila pendakwah berjubah mula menyanyi dan berdansa.Biarpun ketayap itu masih kekal dikepala. Katanya baru sporting.Jangan jumud sangat saudara. Baru betul kalau hendak mengubah perlu dibuat daripada dalam. Dalam tong najis yang busuk dan berulat itu. Sedangkan hakikatnya apakah yang ada didalam itu? Siapa yang tahu. Siapa atas; siapa bawah; hanya jauhari mengenal manikam. Cis simbolik yang penuh kehitaman, buruk.
  2. Bercakap, makan, minum, berjalan, berlari dan setiap gerak-geri peyamun akan tetap penyamun. Penyamun senang; penyamun susah, penyamum baik dan penyamun jahat. Kekal tetap seorang penyamun.
  3. Ada penyamun yang guna kuasa yang telah diberi oleh ramai untuk mecari hanya kehidupannya sendiri seperti lagu abang jamal; menyuap makannya dan memenuh bekas air kosongnya sahaja sedang gerombolan askarnya lapar dahaga.Biarkan mereka. Padan dengan muka orang yang tidak tahu menilai mana intan? Mana kaca?
  4. Hanya sedikit penyamun cuba untuk menjadi Robin Hood; yang lainnya dah macam ais krim Baskin Robin; sedap masa keras bila cair meleleh kotor dan hilang seribu rasa.
  5. Akhirnya penyamun akan tetap terus sebagai penyamun.
Blogged with the Flock Browser

Selagi atap itu tidak bocor


  1. Begitu sukar untuk meruyung sagu yang tidak berisi. Masih lagi begini batang sagu itu walaupun tidak direndam limbah. Tidak juga lupus batang itu dibuas binatang hutan. Batangnya kering lagi. Tidak beronar. Kok mengapa boleh sagu itu resap dan tiba-tiba hilang entah kemana. Air bah itu sudah lama surut.
  2. Sagu-sagu tersebut terus layu. Biarpun dibaja seperti biasa namun tiada nampak akan hasilnya. Biarpun sudah ditetas daun-daun rumbia. Dibajak tanah itu biar akar tidak merayap panjang.
  3. Mana mungkin nelayan akan mendapat ikan jika jaring yang dibawa bocor. Jala yang diurai kusut. Dan pukat itu sudah mampir. Penat lagi. Penat mendapat lumpur-lumpur cair dan busuk. Sedang arah angin sudah dibaca. Surut pasang air laut sudah dikira.
  4. Memang rezeki dari Tuhan tapi mesti dicari. Bukan datang turun dari langit samawi. Tidak bergolek seperti rim-rim besar itu yang akhirnya hanya menghempap dada ini yang semakin berhabuk kerana asap tebal yang semakin mahal; ditelan dengan penuh reda dan yakin; sememangnya ajal ditanganNya.
  5. Jika pelumba memang ingin berlumba; benar-benarlah berlumba dalam sebuah perlumbaan yang sebenarnya. Jangan diikut sangat perlumbaan yang kecil itu sedangkan banyak perlumbaan yang patut dicuba. 
  6. Pertandingan yang sebenarnya bukan sekadar menang atau kalah tapi persaingan untuk meneruskan kehidupan. Mencari kehidupan itu mendapatkan sesuatu yang masih lagi seperti biasa. Tidak kurang dan sungguh jauh sekali berlebihan.
  7. Pelumba itu tidak lagi berjumpa titik simpul yang mengikat hati kerana ada lain orang yang akan mengurainya lurus dan panjang.
  8. Jangan ditepuk dada; sakit; duduk rehat-rehat tenang hati dan fikirkan yang perlumbaan ini hanya baru bermula; masih lagi jauh dibelakang pelari tempang dan sebagainya.
  9. Selagi atap itu tidak bocor manapun basah lingkup itu sedangkan air kencang meniup tempias ke hamparan duka.
Blogged with the Flock Browser

Saturday, January 16, 2010

Teknik "Dolphin"

3417582029_a3e66e4530.jpg
  1. Kehidupan memerlukan variasi agar tidak tepu. Perlu ada 'adjustment' (dengan izin) bagi memastikan kepuasan dapat dicapai oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kepuasan itu penting supaya pihak yang lagi satu tidak menjadi buas. Buas dalam erti-kata puaslah. Bukan pulas atau pulasan.
  2. Dalam teknik atau cara yang berbeza-beza itu; salah satu 'option' (dengan izin) dalam mendapatkan kepuasan itu ialah teknik lelumba atau (dengan izin) 'dolphin'.
  3. Lelumba atau 'dolphin' ini adalah satu spesis unik kerana emosi dan kasih sayangnya agak menghampiri naluri manusia. Mudah tersentuh dan disentuh.
  4. Aplikasi teknik dan cara yang perlu digunakan ialah dengan kedua-dua belah pihak yang ingin mendapatkan kepuasan itu perlulah meletakkan tangan disebelah belakang seperti digari. Atapun dengan kata lain (dengan izin) ' no hand'.
  5. Selepas itu terpulanglah bagaimana renangan itu perlu dibuat kerana subjek ini adalah agak subjektif. Seperti membuat karangan selepas frasa terakhir. Contohnya; Pada hari minggu lepas kami sekeluarga pergi memancing ikan, tiba-tiba hujan turun;..................sila habiskan karangan tersebut.
  6. Suara latar dan runut bunyi atau 'soundtrack' (dengan izin) seperti lelumba itu juga penting kerana kaedah ini perlukan penyamaran agar unsur-unsur 'best', 'tia' dan 'liti' itu boleh menjadi satu inspirasi baharu dalam memberikan satu lagi episod lakonan yang baik daripada semalam.
  7. Pergerakan, golekan, henyutan dan semua aspek pergeseran dalam konteks 'dolphin' ini pasti akan meransangkan minda yang ramai yang ketika ini kusut akibat krisis hidup pertengahan.
  8. Selamat mencuba.
Blogged with the Flock Browser

Friday, January 8, 2010

Cartridge Lagu


  1. Ramai yang tidak merasa evolusi muzik. Zaman cartridge ini ialah antara zaman LP atau piring hitam nak ke kaset. Kurang lebih akhir tahun 70an membawa ke awal tahun 80an. Umur cartridge ini tidak panjang. Benda ini adalah kaset yang besar. Bukan macam kaset biasa yang budak-budak sekarang tahu.
  2. Lagu-lagu tempatan yang popular pada masa itu ialah lagu Black Dog Bones; Flybaits, Sweet September, Sweet Charity, Revolver, DJ Dave, Hail Amir, Uji Rashid dan beberapa lagi artis yang semulajadi bagus. Bukan penyanyi yang dipilih guna undi. Sebab ramai yang terpilih guna undi ini sebenarnya kurang bagus. Penyanyi yang diundi kadangkal suaranya sumbang. Pemimpin yang diundi juga ramai bukan setakat sumbang tapi sombong. Sombong dengan dirinya sendiri dan orang-orang yang mengundinya. Kalau lagu orang putih masa tu Carpenters, Abba, Ingat tak lagi?
  3. Masa zaman itu kalau yang portable atau ada player dalam kereta adalah kereta yang diguna oleh cikgu-cikgu kanan atau pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi sedikit. Hanya ada dekat kereta Ford Cortina. Fulamak...dashboard guna rosewood atau mahogany wood, Ada yang letak bulu-bulu perhiasan . Dulupun speaker atau masa tu dipanggil sound box agak besar terletak dekat belakang seat. Lebih besar dari head rest.
  4. Nak tuning station pun manual. Guna tombol pusing-pusing. Tak ada memori station. Apa yang penting ? Bukan kerjasama tapi kepala jangan berkarat. Nanti tak boleh hafal station punya gelombang? Masa itu pun mana ada banyak station. Mana ada Hot FM? Mana ada Sinar FM?
  5. Kembali kepada penggunaan kereta tadi; yang kurang sedikit pangkat guna Ford Escort, Mazda 808. Nampak gempak juga.Lepas tu baru ada Datsun Jaws, Datsun bahulu, Corolla blackbelt dan Toyota GL.
  6. Kakitangan swasta minta maaf tuan-tuan dan puan-puan. Guna sahaja bas. Tiada siapa yang memberi jaminan masa itu supaya mereka yang tersebut boleh mendapat pinjaman bank. Melainkan beli tunai. Sebab itu dalam zaman itu banyak bank; semua orang suka buka bank, NPL rendah.
  7. Berbalik kepada hiburan tadi, lepas cartridge yang besar itu baru ada compact kaset kalau nak dengar lagu. Salah satu production house yang agak top masa tu Polygram, Life Records.
  8. Apabila mahu tengok video; dahulu guna VHS tape, baru ada laser disc, lepas tu VCD, baru ada DVD dan sekarang guna blue-ray.
  9. Dahulu bila ada aktiviti istimewa, marathon lihat gusti yang tidak ganas itu, cover VHS player tu kena dibuka supaya ada ventilation sebab masas yang diambil mungkin lebih panjang dari masa biasa (dari lepas Isyak sampai lepas subuh esoknya, standby perfume and surat khabar, nak cuci head. Kadang-kadang tape tu naik berkulat juga.
  10. Lagi satu pada zaman itu kalau tak mampu beli TV boleh sewa; sewa dekat Redifussion. Tak payah susah-susah berhutang dengan gajah besar atau Ah Seng Heng. Sebab tu budak sekarang gaji bunyi macam besar sebab hutang beli TV besar kat Ah Seng Heng membuatkan mereka akhirnya Seng Kek.
  11. Akan tetapi risiko berniaga kat Malaysia adalah amat tinggi. Seperti Redifussion tu, bukan setakat sewa tidak dibayar dengan tv yang disewakan itu juga tidak dipulang. Macam main contractor jugalah....guna duit subcon buat kerja. Payung terbalik. Tak kira main contractor yang sunat ke atau yang tidak sunat. Bila tipu sama sahaja. 1 Kontraktor.
  12. Semua ini adalah evolusi. Evolusi hidup.
Blogged with the Flock Browser

Buaya yang marah di air tenang


  1. Pucuk pangkalnya mengapa ianya bermula? Mengapa sekarang? Membuat air teh jika tidak ditapis boleh menyebabkan berminum habuk jawabnya. Nampak warna macam sedap rasa akan tetapi boleh membuatkan kita tersedak dan akhirnya termuntah.
  2. Kenapa mahu garam yang masin itu dikata manis seperti gula? Dan sebaliknya. Semua hendak dipukul rata. Halal pun halal; haram pun halal. Lain kali ada yang akan makan bak ku teh halal sahaja. Lama-lama bubur lambuk kinzir pun ada. Kuih bulan, bulan sabit, parti bulan, bila ada kuasa macam sama sahaja. Benar itulah namanya 1 halal.
  3. Pohon saga besar itu sudah hampir menyembah bumi bukan kerana umur yang semakin tua. Baru sahaja dicantas dahannya. Ada yang cuba menebang pokok rendang itu. Tidak dipangkal tapi direntap ranting-ranting halus tanpa melarah dedaunnya.
  4. Itulah apabila gagak dibela manja seperti tiong. Kononnya mahu diajar memberi salam kepada tetamu yang datang mengunjung. Akhirnya salam tiada. yang tinggal sial dan maki yang diucapnya.
  5. Mahu tak dilepaskan anjing yang tersepit jika tangan itu nanti yang akan dibahamnya. Atau perlu diikat mulut yang celupar itu dahulu supaya tidak digigit dan tidak juga dinyalak bising.
  6. Ini sungai banyak puaka. Lama punya cerita sungai yang tenang ini memang banyak buaya. Jangan diganggu buaya yang sedang tidur ini. Buaya ini tidaklah lapar sangat. Buaya ini pemilik sungai yang keruh itu.
  7. Kalau sekadar biawak jangan hendak dicuba melawan libas. Jangan ditoreh kulit buaya yang sudah luka ini nanti amarahnya datang; tidak mengira siang tidak kisah malam.
Blogged with the Flock Browser

Friday, January 1, 2010

Silakan 2010


  1. Sudah menjadi sejarah. Tahun yang berakhir dengan satu episod yang agak runsing. Segalanya rapuh. Bisa terduduk. Hancur lebur. Perlu ada satu kebangkitan memberikan roh kepada jasad yang kusam. Kepuk itu sudah terbina hanya menanti hari yang sentiasa menjadi rahsia.
  2. 365 hari berlalu. Masih begini. Tidak lagi menjadi senang dan masih tidak susah. Hanya kesusahan itu menjadi imej biasan; sesuatu yang rendah dicermin jika dibiaskan gambarnya dengan sesuatu yang diatas. Mengambil kira palingan yang dibuat itu adalah untuk mewajahkan mata dibawah yang diatas sememangnya boleh mencukupi kekurangan yang dibawah itu. Yang sentiasa bertambah usia, berat badan dan dosa. Yang berkurangan rahmat iman. Terbiar dan terbuang begitu sahaja seperti 13505 hari yang sudah lepas.
  3. 52 minggu sebelum ini; kelihatannya agak mudah sebuah dagangan yang ingin dibina. Lepas berlalu dari satu minggu ke satu minggu, ditemui bahawa tali itu sudah tersimpul. Simpul hidup; agaknya juga sudah seperti simpul mati jika tidak diurai dengan teliti apabila menariknya.
  4. 12 bulan lepas sudah seperti gelas yang semakin kosong. Dahaga itu tidak dapat diminumkan dengan segelas, seteko atau sebalang air. Tapi ini haus yang panjang. Hujan emas dan embun lima purnama sahaja yang agaknya dapat memberi semula tenaga agar supaya boleh kembali berlari mencari pelangi setelah hujan pagi.
  5. 1 tahun yang lepas begitu pantas menghukum sebuah keaplaan. Sungguh kejam keatas nikmat yang diberi berlalu pergi. Pokok iman itu semakin layu.Tidak disirami dan disuburi baja.
  6. Mungkin 2010 adalah tahun yang terakhir?
Blogged with the Flock Browser