- Begitu sukar untuk meruyung sagu yang tidak berisi. Masih lagi begini batang sagu itu walaupun tidak direndam limbah. Tidak juga lupus batang itu dibuas binatang hutan. Batangnya kering lagi. Tidak beronar. Kok mengapa boleh sagu itu resap dan tiba-tiba hilang entah kemana. Air bah itu sudah lama surut.
- Sagu-sagu tersebut terus layu. Biarpun dibaja seperti biasa namun tiada nampak akan hasilnya. Biarpun sudah ditetas daun-daun rumbia. Dibajak tanah itu biar akar tidak merayap panjang.
- Mana mungkin nelayan akan mendapat ikan jika jaring yang dibawa bocor. Jala yang diurai kusut. Dan pukat itu sudah mampir. Penat lagi. Penat mendapat lumpur-lumpur cair dan busuk. Sedang arah angin sudah dibaca. Surut pasang air laut sudah dikira.
- Memang rezeki dari Tuhan tapi mesti dicari. Bukan datang turun dari langit samawi. Tidak bergolek seperti rim-rim besar itu yang akhirnya hanya menghempap dada ini yang semakin berhabuk kerana asap tebal yang semakin mahal; ditelan dengan penuh reda dan yakin; sememangnya ajal ditanganNya.
- Jika pelumba memang ingin berlumba; benar-benarlah berlumba dalam sebuah perlumbaan yang sebenarnya. Jangan diikut sangat perlumbaan yang kecil itu sedangkan banyak perlumbaan yang patut dicuba.
- Pertandingan yang sebenarnya bukan sekadar menang atau kalah tapi persaingan untuk meneruskan kehidupan. Mencari kehidupan itu mendapatkan sesuatu yang masih lagi seperti biasa. Tidak kurang dan sungguh jauh sekali berlebihan.
- Pelumba itu tidak lagi berjumpa titik simpul yang mengikat hati kerana ada lain orang yang akan mengurainya lurus dan panjang.
- Jangan ditepuk dada; sakit; duduk rehat-rehat tenang hati dan fikirkan yang perlumbaan ini hanya baru bermula; masih lagi jauh dibelakang pelari tempang dan sebagainya.
- Selagi atap itu tidak bocor manapun basah lingkup itu sedangkan air kencang meniup tempias ke hamparan duka.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment