Showing posts with label anti Yahudi. Show all posts
Showing posts with label anti Yahudi. Show all posts

Saturday, November 6, 2010

40 HADITH AKHIR ZAMAN - HADITH 05

HADITH 05 - UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI


Dari riwayat Muslim :-


Daripada Abu Saaid Al Hadri berkata: bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; "kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga mereka masuk kelubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya : Ya Rasulullah! Apakah yahudi dan nasrani yang kamu maksudkan ? Nabi SAW menjawab : " Siapa lagi kalau bukan mereka ?"

Dapat dilihat hari ini ramai orang Islam yang telah mengikut cara hidup orang yahudi dan nasrani dalam urusan yang sekecil-kecilnya sehingga kepada perkara-perkara yang tidak munasabah. Ramai orang Islam yang telah hilang pegangan, banyak meniru cara yahudi/nasrani dalam keadaan sedar atau tidak. Ada yang terperangkap dengan tipu helah mereka dan ada sebahagiannya pula menjadi tali barut mereka. 

Ya Allah peliharalah kami dari tipu daya yahudi dan nasrani. Selamatkan kami dan teguhkan hati kami setelah kami diberikan hidayah dan petunjuk. Amin.

Sunday, January 24, 2010

Perangkap 5S Yahudi


  1. Sudah terperangkap semua. Tua muda; lelaki dan perempuan, ustaz, GRO, datuk, datin, tuan dan puan; menghampiri sebuah kegagalan mempertahankan sebuah keimanan.
  2. Syoknya perangkap Yahudi ini telah berjaya memberikan kesan dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari bangun pagi hingga kembali tidur; setiap waktu dan masa; serangan itu telah melanda.
  3. 5S yang menyerang itu telah memusnahkan otak dan wancana hidup.
  4. Smoke, Screen, Sex, Song & Sports yang direncanakan oleh Yahudi itu berjaya.
  5. Smoke; rokok sukar dibendung kerana banyak negara yang bergantung kepada cukai yang dapat diberikannya. Bagi perokok; rokok sumber ilham. Rokok bukan sebab kematian katanya kerana ajal di tangan Tuhan.
  6. Screen; televisyen, wayang menjadi kegilaan dan keaguangan. Pelakon dimegah-megahkan. Cerita melampaui landasan dan nas-nas agama kerana dipermudahkan ikut akal fikiran.
  7. Sex; exploitasi keatas wanita amat buruk. Kasihani kaum ibu ini kerana disinilah permulaannya. Menutup aurat menjadi lebih sangsi dari tidak memakai apa-apa. Kahwin dan cerai mainan sahaja kerana nilai janda/duda lebih tinggi sahamnua
  8. Song; menjadikan anak penyanyi menjadi impian emak dan ayah. Biar anak tidak pandai mengaji. Biar tidak tahu berzikir dan berzanji.
  9. Sedih melhiat apa yang berlaku sekarang. Katanya realiti TV tapi kesannya kepada realiti kehidupan amat besar. Tiada lagi rasa pentingnya mendapatkan ilmu untuk terus maju.
  10. Dari usia muda sampai ke tua; sajian hiburan sudah terlalu lebih dan melampau. Macam-macam pertandingan yang dibuat, tak kurang lima enam anugerah berlaku dalam satu tahun untuk meraikan dunia hiburan . Tanggungjawab pihak media sudah hilang. Mereka telah diserang dengan duit. Mahu cari untung lebih, Mahu beli syarikat lain. Mahu dapat pangkat dan darjat; Datuk dan sebagainya kerana memikirkan rendahnya menjadi manusia biasa. Ajal nanti bila sampai tidak kira siapa?  Soalan yang bocor itu jangan tidak dapat dijawab walaupun lama sudah masa diberi untuk mempersediakan diri. Kematian boleh datang bila-bila. Tidak kira sedia atau tidak.
  11. Anak-anak sejak berumur empat tahun telah dididik untuk menonton rancangan hiburan; mengundi sms dan sama-sama memberi komen lebih daripada juri tetap. Itulah kesan realiti tv sekarang; yang sama-sama berjaya membawa pembaharuan fungsi penonton.
  12. Sports; siapa yang tidak gila bola. Satu biji direbut dua puluh dua orang atas padang dijaga oleh tiga orang pengawal keselamatan.
  13. Sampai bila?
Blogged with the Flock Browser