Tuesday, January 19, 2010

Kerana Santan Pulut Binasa




  1. Tidak serik-serik. Berapa kali mahu dicakap. Kerana pulut santan binasa. Kerana mulut badan binasa. Memang bercakap itu percuma. Tidak kena bayar. Lidah tiadk bertulang. Lagi pepatah orang tua. Kadang-kadang pelik juga kerana pepatah-pepatih ini terlalu berat sebelah. Berat kepada yang dewasa yang mempunyai banyak kepentingan peribadi.
  2. Kesan pembohongan boleh merosakkan hubungan. Suami isteri, adik beradik, datuk cucu, datuk politik dan apa-apa sahaja. Ada ke orang politik yang tidak berbohong? Kempen dahulu janji semua percuma, dari rakyat untuk rakyat; rupa-rupanya rakyat ayng beri pendahuluan. Tak percaya tanya hospital sekarang; kalau tak dibeli besi dahulu tinggal macam itu terkulai kaki yang patah; hati yang patah tak siapa yang tahu? Ya; sekali lagi hebatnya orang-orang tua. Katanya dia dahulu yang makan garam. 
  3. Ada orang politik yang kuat berbohong suka jadi katak. Katak lebih baik kerana tidak pernah berbohong. Cuma orang tua yang bohong katanya bila katak bising menandakan hari mahu hujan.
  4. Akibat pembohongan ada pihak hilang percaya; hilang rasa hormat dan segalanya kerana nilai air muka (face value) tidak sama dengan murahnya nilai facebook. Kononnya macam menyatukan semua yang tertinggal dan ditinggalkan tapi akhirnya akan berlaku pembohongan disebalik pemberitahuan yang dibuat di buku muka itu.
  5. Ulang lagi pepatah orang tua yang lebih dahulu makan garam; siakap senohong gelama ikan duri, bercakap pembohong lama-lama jadi pencuri; Apa yang dicuri? Erti sebuah kejujuran untuk sebuah perjuangan.
Blogged with the Flock Browser

No comments: