- Pucuk pangkalnya mengapa ianya bermula? Mengapa sekarang? Membuat air teh jika tidak ditapis boleh menyebabkan berminum habuk jawabnya. Nampak warna macam sedap rasa akan tetapi boleh membuatkan kita tersedak dan akhirnya termuntah.
- Kenapa mahu garam yang masin itu dikata manis seperti gula? Dan sebaliknya. Semua hendak dipukul rata. Halal pun halal; haram pun halal. Lain kali ada yang akan makan bak ku teh halal sahaja. Lama-lama bubur lambuk kinzir pun ada. Kuih bulan, bulan sabit, parti bulan, bila ada kuasa macam sama sahaja. Benar itulah namanya 1 halal.
- Pohon saga besar itu sudah hampir menyembah bumi bukan kerana umur yang semakin tua. Baru sahaja dicantas dahannya. Ada yang cuba menebang pokok rendang itu. Tidak dipangkal tapi direntap ranting-ranting halus tanpa melarah dedaunnya.
- Itulah apabila gagak dibela manja seperti tiong. Kononnya mahu diajar memberi salam kepada tetamu yang datang mengunjung. Akhirnya salam tiada. yang tinggal sial dan maki yang diucapnya.
- Mahu tak dilepaskan anjing yang tersepit jika tangan itu nanti yang akan dibahamnya. Atau perlu diikat mulut yang celupar itu dahulu supaya tidak digigit dan tidak juga dinyalak bising.
- Ini sungai banyak puaka. Lama punya cerita sungai yang tenang ini memang banyak buaya. Jangan diganggu buaya yang sedang tidur ini. Buaya ini tidaklah lapar sangat. Buaya ini pemilik sungai yang keruh itu.
- Kalau sekadar biawak jangan hendak dicuba melawan libas. Jangan ditoreh kulit buaya yang sudah luka ini nanti amarahnya datang; tidak mengira siang tidak kisah malam.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment