- Ramai yang tidak merasa evolusi muzik. Zaman cartridge ini ialah antara zaman LP atau piring hitam nak ke kaset. Kurang lebih akhir tahun 70an membawa ke awal tahun 80an. Umur cartridge ini tidak panjang. Benda ini adalah kaset yang besar. Bukan macam kaset biasa yang budak-budak sekarang tahu.
- Lagu-lagu tempatan yang popular pada masa itu ialah lagu Black Dog Bones; Flybaits, Sweet September, Sweet Charity, Revolver, DJ Dave, Hail Amir, Uji Rashid dan beberapa lagi artis yang semulajadi bagus. Bukan penyanyi yang dipilih guna undi. Sebab ramai yang terpilih guna undi ini sebenarnya kurang bagus. Penyanyi yang diundi kadangkal suaranya sumbang. Pemimpin yang diundi juga ramai bukan setakat sumbang tapi sombong. Sombong dengan dirinya sendiri dan orang-orang yang mengundinya. Kalau lagu orang putih masa tu Carpenters, Abba, Ingat tak lagi?
- Masa zaman itu kalau yang portable atau ada player dalam kereta adalah kereta yang diguna oleh cikgu-cikgu kanan atau pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi sedikit. Hanya ada dekat kereta Ford Cortina. Fulamak...dashboard guna rosewood atau mahogany wood, Ada yang letak bulu-bulu perhiasan . Dulupun speaker atau masa tu dipanggil sound box agak besar terletak dekat belakang seat. Lebih besar dari head rest.
- Nak tuning station pun manual. Guna tombol pusing-pusing. Tak ada memori station. Apa yang penting ? Bukan kerjasama tapi kepala jangan berkarat. Nanti tak boleh hafal station punya gelombang? Masa itu pun mana ada banyak station. Mana ada Hot FM? Mana ada Sinar FM?
- Kembali kepada penggunaan kereta tadi; yang kurang sedikit pangkat guna Ford Escort, Mazda 808. Nampak gempak juga.Lepas tu baru ada Datsun Jaws, Datsun bahulu, Corolla blackbelt dan Toyota GL.
- Kakitangan swasta minta maaf tuan-tuan dan puan-puan. Guna sahaja bas. Tiada siapa yang memberi jaminan masa itu supaya mereka yang tersebut boleh mendapat pinjaman bank. Melainkan beli tunai. Sebab itu dalam zaman itu banyak bank; semua orang suka buka bank, NPL rendah.
- Berbalik kepada hiburan tadi, lepas cartridge yang besar itu baru ada compact kaset kalau nak dengar lagu. Salah satu production house yang agak top masa tu Polygram, Life Records.
- Apabila mahu tengok video; dahulu guna VHS tape, baru ada laser disc, lepas tu VCD, baru ada DVD dan sekarang guna blue-ray.
- Dahulu bila ada aktiviti istimewa, marathon lihat gusti yang tidak ganas itu, cover VHS player tu kena dibuka supaya ada ventilation sebab masas yang diambil mungkin lebih panjang dari masa biasa (dari lepas Isyak sampai lepas subuh esoknya, standby perfume and surat khabar, nak cuci head. Kadang-kadang tape tu naik berkulat juga.
- Lagi satu pada zaman itu kalau tak mampu beli TV boleh sewa; sewa dekat Redifussion. Tak payah susah-susah berhutang dengan gajah besar atau Ah Seng Heng. Sebab tu budak sekarang gaji bunyi macam besar sebab hutang beli TV besar kat Ah Seng Heng membuatkan mereka akhirnya Seng Kek.
- Akan tetapi risiko berniaga kat Malaysia adalah amat tinggi. Seperti Redifussion tu, bukan setakat sewa tidak dibayar dengan tv yang disewakan itu juga tidak dipulang. Macam main contractor jugalah....guna duit subcon buat kerja. Payung terbalik. Tak kira main contractor yang sunat ke atau yang tidak sunat. Bila tipu sama sahaja. 1 Kontraktor.
- Semua ini adalah evolusi. Evolusi hidup.
Blogged with the Flock Browser
No comments:
Post a Comment