Friday, January 1, 2010

Silakan 2010


  1. Sudah menjadi sejarah. Tahun yang berakhir dengan satu episod yang agak runsing. Segalanya rapuh. Bisa terduduk. Hancur lebur. Perlu ada satu kebangkitan memberikan roh kepada jasad yang kusam. Kepuk itu sudah terbina hanya menanti hari yang sentiasa menjadi rahsia.
  2. 365 hari berlalu. Masih begini. Tidak lagi menjadi senang dan masih tidak susah. Hanya kesusahan itu menjadi imej biasan; sesuatu yang rendah dicermin jika dibiaskan gambarnya dengan sesuatu yang diatas. Mengambil kira palingan yang dibuat itu adalah untuk mewajahkan mata dibawah yang diatas sememangnya boleh mencukupi kekurangan yang dibawah itu. Yang sentiasa bertambah usia, berat badan dan dosa. Yang berkurangan rahmat iman. Terbiar dan terbuang begitu sahaja seperti 13505 hari yang sudah lepas.
  3. 52 minggu sebelum ini; kelihatannya agak mudah sebuah dagangan yang ingin dibina. Lepas berlalu dari satu minggu ke satu minggu, ditemui bahawa tali itu sudah tersimpul. Simpul hidup; agaknya juga sudah seperti simpul mati jika tidak diurai dengan teliti apabila menariknya.
  4. 12 bulan lepas sudah seperti gelas yang semakin kosong. Dahaga itu tidak dapat diminumkan dengan segelas, seteko atau sebalang air. Tapi ini haus yang panjang. Hujan emas dan embun lima purnama sahaja yang agaknya dapat memberi semula tenaga agar supaya boleh kembali berlari mencari pelangi setelah hujan pagi.
  5. 1 tahun yang lepas begitu pantas menghukum sebuah keaplaan. Sungguh kejam keatas nikmat yang diberi berlalu pergi. Pokok iman itu semakin layu.Tidak disirami dan disuburi baja.
  6. Mungkin 2010 adalah tahun yang terakhir?
Blogged with the Flock Browser

No comments: