Friday, November 13, 2015

Rahsia Quran

Rahsia Al Quran. Petikan daripada maklumat sahabat di FB.

S : Berapa jumlah Surah dlm al-Quran?
J : 114 Surah
S : Berapa jumlah Juz dlm al-Quran?
J : 30 Juz
S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Quran?
J : 60 Hizb
S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran?
J : 6236 Ayat
S : Berapa jumlah Kata dlm al-Quran?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf
S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Quran?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll.
S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
J : 14 Sajdah
S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : 25 Nabi
S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran?, sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.
S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Quran? sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.
S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Quran?
J : 29 Surah.
S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyyah?, sebutkan 10 saja.
J : Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.
S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.
S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw.
S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Maryam binti Imran.
S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37.
S : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah.
S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.
S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun.
S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas
S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk
S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang pekan?
J : Surah al-Khafi
S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255
S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.
S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)
S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.
S : Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa? ayat no Berapa?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.
S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga?
J : Ayat Kursi.
S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.
S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa?
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.
S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah...

Silakan "Share" agar ilmu ini bermanfaat.

Sunday, October 18, 2015

Roadblock dan kehidupan

Seorang polis trafik telah bersara dan menjadi Imam . .
Dalam khutbahnya yang pertama , beliau naik ke mimbar dan berkata :

'' Wahai manusia ! Perbaharuilah lesen Taubat ,
Pakai lah tali pinggang Takwa ,

Perlahankanlah kelajuan Maksiat ,

Pastikanlah kawasan liputan Niat ,

Bersihkanlah jentera Dalaman ,

Patuhilah isyarat² Al-Quran ,
Memandulah di Jalan Allah ,
Kerana sesungguhnya di hadapan kalian ada Roadblock .

Hindarkanlah daripada mendapat saman yang senilai Neraka "

Tuesday, September 1, 2015

Bata Sapu

  1. Hanya untuk mereka yang faham sahaja dan berada dalam rangka cerita.
  2. Tidak ramai sangat yang tahu hal sebenarnya penceritaan yang dibawa biarpun ianya adalah berkisar kepada cerita benar.
  3. Ada beberapa perkara yang kita jangan merasakan bahawa ianya terjadi kerana rancangan kita.
  4. Ada beberapa asbab terjadinya sesuatu itu bukan kerana doa kita yang dimakbulkan tetapi mungkin ianya adalah doa ibu  dan ayah kita yang tidak putus-putus berdoa kepada kita.
  5. Kekurangan kita sebagai anak-anak adalah kita yang selalu terputus untuk mendoakan ayan dan ibu kita tak kiralah samada mereka masih hidup atau mati. Kita hanya terbiasa untuk berdoa seusai solat tetapi doa itu adalah sepanjang masa, itulah datangnya cakap itu juga suatu doa.
  6. Berapa banyak masa yang terluang yang kita ambil untuk imbas kembali bagaimana ibu dan ayah bersusah payah membesarkan kita?
  7. Nah sekarang tugasan mereka itu kita pula yang ambil untuk membesarkan anak-anak kita, sabarkah kita sebagaimana kesabaran mereka berdua dahulu?
  8. Dalam bersahabat, ada masanya kita begitu sukar menjumpai sahabat yang benar-benar rapat dengan kita. Persahabatan itu akan berubah apabila masing-masing bertanggungjawab untuk mengemudi keluarga sendiri. Dengan masa dan tenaga yang semakin kurang terluang, ia perlu dipilih dengan sebaik mungkin samada untuk dilangsai bersama keluarga atau sedikit akan terluang untuk sahabat yang dahulunya bersama.
  9. Jika kita lebih berjaya daripada orang lain, maka keutamaan untuk menolong adalah memberikan pertolongan dikalangan anak beranak, adik beradik, ahli keluarga dan turutan seterusnya sahabat taulan, rakan kenalan dan orang-orang lain yang difikirkan perlu dibantu.
  10. Nampaknya menjadi kewajipan untuk kita membantu sahabat setelah kita bantu semua ahli keluarga kita. Tetapi berapa ramai yang mengkotakan janjinya untuk membantu sahabat dikala disemai janji itu dahulu apabila dalam bersahabat itu masing-masing sama-sama bersusah? Mana pergi janji-janji itu duhai 'sahabat'?
  11. Mengapa mungkin sedikit salah sahabat dibawa menjadi besar sehingga sanggup melupai janji kita?
  12. Rasailah, dalam setiap janji itu akan ada sedikit harapan.
  13. Moralnya kita perlu  berdoa dan berdoa. Dan saya berdoa agar Allah pelihara hati saya untuk terus istiqamah membantu sahabat-sahabat saya jika saya mampu untuk melakukannya.
  14. Saya sayang semua sahabat saya.

Saturday, August 15, 2015

Oh Tahahairku

  1. Alhamdulillah kita masih aman, harga yang ada di negara kita yang paling rendah....blah, blah. Itu kenyataan pemimpin negara kita lewat masa ini.
  2. Tidakkah anda bersyukur? Kenapa tidak berterima kasih? Dan sebagainya. Itu kenyataan tidak puas hati setelah rakyat terbanyak tidak dapat berpuas hati dengan kepimpinan pemimpin-pemimpin sekarang. Lihatlah siapa yang empunya kereta bernombor PAS 1616?
  3. Sungguh sedih kerana apa yang kita hilang sekarang ini bukan kerana ianya dicuri, diceroboh atau dipaksa memberinya tetapi pemimpin-pemimpin kita telah memberikan dengan dengan sesuci hati atas semangat perkongsian dan kebersamaan katanya. Dua-dua pihak mempunyai kad ditangan mereka. Juga katanya.
  4. Tidak kira di pihak pemerintah atau di pihak pembangkang, kita tidak punyai pemimpin jitu yang begitu berani mempertahankan hak kita.
  5. Kononnya hati kita terkesan atas bait-bait lagu anak kecil bermain api tetapi sebenarnya pada mulanya kenapa air iti dipercik lalu dihidupkan sehingga menjadi besar baru kita perasan bahawa setelah besar api itu akan meranapkan segalanya.
  6. Ada orang tua yang berkata; Api bila kecil jadi kawan tapi sudah besar jadi lawan. Orang yang suka berasap pula akan berkawan dengan jin kerana asap itu makanan jin. Tetapi bagaimana asap daripada wap air?
  7. Zaman sekarang untuk semua urusan mesti memerlukan modal. Berniaga, belajar, berkonsultansi dan berpolitik jugak digarapkan sebagai suatu cabang perniagaan untuk membina empayar kekayaan. Lalu, apabila dianggap politik itu sebagai berniaga, maksudnya perlu membuat sedikit pelaburan dahulu untuk keuntungan di masa hadapan. Janji itu adakah dikira sebagai pelaburan? Maka apabila situasi kotor ini berlaku, dan politik seluruhnya nampak kotor.
  8. Yang sedihnya dana politik itu akhirnya hanya menjadi tabung kekayaan peribadi di mana sedikitnya sahaja yang disalurkan untuk tujuan politik itu atau langsung tidak disalurkan terus. Akan tetapi yang lebih banyaknya dimasukkan dalam akaun peribadi yang akar umbi tidak akan ketahui urus niaga keluar masuk dana tersebut.
  9. Apa ini semua, sebenarnya?

Monday, June 8, 2015

Tribute Buat Pak Ngah

Hampir empat puluh tahun lampau,
Keringat berdirinya satu tubuh gagah,
Melintasi Laut China Selatan,
Membawa harapan setinggi puncak Kinabalu,
Meninggalkan hidup yang penuh kasih sayang,
Antara si ibu dan lima anaknya.

Usai perginya seorang suami dan bapa,
Si ibu membela keluarga dengan kudrat dan air mata,
Oh tabahnya keluarga ini,
Seawal fajar peluh mulai menyimbah,
Mengikhtiari rezeki-rezeki Ilahi,
Yang pasti berjumpa bagi yang usaha mencari.

Begitu tabah hati insan istimewa ini,
Tidak membawa duit melimpah,
Sekadar untuk membina hidup,
Ikhsan dari taulan sekampung,
Terkadang dia juga bisa menangis,
Kasih ibu dan adik beradiknya didomba.

Hari demi hari,
Bulan berganti bulan,
Saban tahun kertas kalendar bertukar,
Insan hebat ini terus berusaha,
Untuk mengubah nasib keluarga,
Sesekali pulang ke desa menjenguk ibu tercinta.

Dalam musafir itu,
Insan hebat membina hidup,
Dikurnia isteri tercinta dan putera-puteri soleh dan solehah pewaris keluarga.

Hidup ini seperti air laut,
Ada air pasang air surut,
Insan hebat ini diuji Ilahi,
Benarlah janji-janjiNya,
Ada sakit menaikkan darjat pahala,
Dipanggil Ilahi pada Jumaat yang mulia,
Meninggalkan kami semua yang tercinta,
Kami redha pemergiamu atas rahmat dan kasih Sang Pencipta.

Saat ini Pak Ngahku Allahyarham Yassin Bin Busu,
Anakandamu ini mengingati susuk tubuhmu,
Anakanda ini merindui hela tawamu,
Anakanda ini sungguh rasa terbudi,
Semoga ayahanda Yassin dirahmati
Syurga itu menantimu Pak Ngahku.
Salam penuh kasih sayang
Dan ku runtun Al Fatihah dari kejauhan ini.
Untuk Pak Ngahku...kasihku padamu kekal abadi.

Saturday, June 6, 2015

Cerita Tentang Kasihnya Seorang Adik

  1. Lama sungguh tidak bercerita dalam blog ini kerana leka kononnya sibuk yang sebenarnya tidaklah sibuk sangat pun.
  2. Dalam sibuk itu, dapat berjumpa dengan seorang sahabat yang berkongsi cerita akan ajaibnya usaha merawati kakaknya yang tersayang bertarung nyawa melawan penyakit kanser tahap 4.
  3. Selepas mencuba dengan berbagai cara kaedah perubatan hospital yang berteraskan sains ciptaan manusia, hasilnya kurang berjaya dan diminta kakak yang sedang sakit itu dibawa pulang ke rumah untuk seperti merelakan detik dan  ketika dipanggil Sang Pencipta.
  4. Si adik memikirkan bahawa usaha perlu diteruskan kerana ajal maut ini hanya Allah yang menentukan. Ini rahsia Allah supaya kita sentiasa siap siaga tanpa kira usia dan ketika untuk dijemputnya. 
  5. Kasih si adik sungguh murni. Seisi keluarga dikerahkan untuk bersengkang mata tanpa kira penat lelah untuk terus menjaga kakaknya yang tercinta.
  6. Si adik kembali kepada fitrah sebenarnya. Rawatan kepada kakak diberikan dengan menggunakan ayat-ayat penawar dari Al Quran. Makanan sunnah disuapkan kepada si kakak seperti meminum air zamzam dan memakan kurma. 
  7. Doa, solat sunat dan zikir mengingati Allah adalah jamuan rohani yang menjadi satu kemestian.
  8. Saban hari usaha murni menggunakan agama sebagai solusinya dikerahkan. Seisi keluarga berusaha keras dengan penuh istiqamah untuk menjaga kakak tercinta sehingga pengajian tahfiz anak ditangguh sementara,  agar sama-sama mengambil giliran menyengkang mata menemani kakaknya. Jangan dikira berapa banyak air mata yang bercucuran mengadu kepada Ya Rabbul Izzati agar kesembuhan dan kesejahteraan dikurnikan kepada kakak tercinta.
  9. Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Kesihatan kakak kembali seperti sediakala dan gembira sungguh si adik mensyukuri qudrat Ilahi. Syabas sahabatku Tuan Haji Roslan, semoga Allah merahmati anda sekeluarga. Juga terima kasih berkongsi cerita. Yang baik perlu dibuat teladan dan ilmu itu datang dalam berbagai cara

Friday, February 6, 2015

7 Perkara Yang Dapat Membawa Kepada Kemuliaan

  1. Baca bismillah setiap kali memulakan sesuatu.

  2. Mengucapkan alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.

  3. Beristighfar ke atas sesuatu yang tidak baik.

  4. Lafazkan insya allah apabila berjanji.

  5. Membaca la hawla wa la quwwata illa billah apabila mendapat sesuatu yang tidak diingini.

  6. Ucapkan innalillah ketika mendengar musibah.

  7. Lafazkanlah syahadah pada waktu siang dan malam.


Tuesday, January 20, 2015

Tergelincir

Musafir hampir sampai destinasinya
Biarpun masih jauh nak dituju
Yang fana ini pasti menuju abadi
Akan tapi kaki ini sudah longlai
Hati sudah lesu
Langkah mulai sesak
Seakan roda sudah gelincir

Mahu tunggu apa lagi wahai jiwa
Jangan dikuburkan jasad tanpa iman yang jitu
Budi tetap dikenangi
Dalam marah ada sayang
Antara cemburu masih kasih bertaut sembunyi

Adakah tewas satu juang
Kubu mulai runtuh
Musuh sudh jauh mara
Seterang langit  bertukar mendung menggelap
Sinar mentari mulai malu untuk benderang
Bayangan sudah hampir hilang









Wednesday, January 14, 2015

Tabahkan hati kuatkan semangat

Wahai anakku, saat ini hati ini kami sekeluarga penuh berduka. Kami rasa anakanda pun begitu juga. Hampir 12 tahun semua nampak di depan mata, bangun pagi sentiasa berada disisi. Teman minum dan makan, rakan untuk berborak-borak tentang apa sahaja. Kurang seorang penyokong tegar Arsenal. Anakanda rupanya memang agak sukar juga berpisah dengan perkara yang kita sayang. Ini bukan soal manjakan diri tapi ini adalah nukilan dari rohani.

Wahai anakku, ayah bermohon semoga keputusan ini adalah tepat untuk mendapatkan anakanda latihan dan persediaan untuk hidup berdikari. Untukmu merasakan bahawa dalam kehidupan memerlukan pengorbanan. Kita perlu melepaskan sedikit keselesaan untuk menghadapi hidup yang lebih cekal. Kami fahami bahawa umur 13 tahun adalah umur masih lagi untuk bermanja hati. 

Wahai anakku, jangan sekali tersemat dihatimu bahawa kami sudah tidak lagi menyayangimu. Bukan kami sengaja membuatkan kamu merasai seperti sudah tidak mahu kamu tingggal bersama-sama kami. Perkara ini membuatkan kami fahami bahawa dalam buah fikir dan hatimu itu ada talian kasih sayang yang amat tinggi kepada kami semua.

Wahai anakku, pasti suatu hari nanti kau akan mengerti. Kami akan tabahkan hati dan anakanda pula kuatlah semangat. Abang Ammar anak yang baik dan kuat.

Monday, January 12, 2015

Penilaian Manusia

Alhamdulillah. Masih dipinjamkan nyawa oleh tuan punya dunia dan akhirat ini. Banyak yang telah berlaku membuat sejenak berfikir bahawa jahatnya duniawi ini menipu supaya kita tidak bersedia untuk ke akhirat. Kosong, kosong dan banyak kosong. Iftitah dan masih lagi akujanji yang palsu. Masih seperti tahun- tahun lampau.

Tidak mungkin masa boleh diundur untuk mengubah beberapa kesilapan percaturan kerana salah satu ciri hidup adalah membuat kesilapan. Ambillah iktibar dari kesilapan itu supaya tidak ianya akan berulang.

Mata hati dan mata kepala biasa memandang dari sudut yang berbeza. Cantik di mata belum tentu cantik di hati. Baik dimata mungkin buruk dihati. Cukup dan puas tidak terbatas kerana nafsu akan berkata mana mungkin bersederhana itu sempurna.

Penilaian manusia nampak celanya kerana sudut dilihat tidak sekata. Redhalah kerana isebahagian dari qada dan qadar Ilahi.

Wednesday, January 7, 2015

Berhentilah merokok sahabatku

  1. Salam penuh kasih sayang buat sahabat semua. Anda merokok. Saya jua pernah merokok. 
  2. Suatu ketika dahulu memang rasa sungguh payah untuk berhenti merokok ini. Keliru atau dikelirukan.
  3. Pada masa itu rokok katanya menjadi sumber inspirasi dan teman yang paling sejati. 
  4. Rokok juga menjadi penyaman udara ketika berpagian di dalam tandas. 
  5. Anda seorang perokok. Mitos pertama, katanya anda akan mudah mendapatkan teman dan taulan. 
  6. Mitos kedua, bagi sang pujangga; rokok sentiasa terketip dibibir menghiasi kuntum senyum yang cuba menyembunyikan sebuah duka. Hembusan asap-asap rokok itu seolah-olah enzim yang dapat membantu meredakan segala permasalahan yang ada.
  7. Mitos ketiga; ramai mula merokok bagi membuktikan bahawa jikalau hendak menjadi lelaki dewasa anda perlu merokok. Cercanya hanya budak 'nerd' sahaja yang tidak merokok. 
  8. Mitos keempat; jika mahu menjadi golongan keras dan dipandang hebat anda perlu merokok.
  9. Saya pohon sahabat yang tercinta imbau kembali, sudah berapa lamakah anda mulai merokok? Jangan ditanya tentang duitnya kerana si perokok akan bertanya kembali berapa pulak banyak simpanan engkau wahai orang yang tidak merokok?
  10. Wahai sahabatku sekelian, kita bisa punyai wang yang cukup untuk membeli baju, makan, percutian, riadah, golf, kereta cantik dan rumah besar. Kita syukur Tuhan beri semua nikmat itu seolah Tuhan makbul dan perkenankan doa-doa yang kita panjatkan.
  11. Sebenanya kita agak lupa tentang nikmat kesihatan yang tiada nilai wang ringgitnya. Ingatlah rokok itu punya penyakit. Marilah ambil kesempatan ini untuk berhenti membeli dan menghisap rokok. 
  12. Semoga kita semua akan menjadi ahli-ahli syurga. Insha Allah.

Monday, January 5, 2015

Cuci Jantung

  1. Sejak kebelakangan ini dada rasa sungguh berat. Macam ada sesuatu yang terbakar.
  2. Minggu lepas ada rasa berdenyut-denyut. Pergi buat bekam di kampung.Ikhitiar untuk mengurangkan rasa sakit di dada.
  3. Masya Allah. Dalam 20 point bekam tu, ada beberapa tempat yang sungguh pekat darah yang dikeluarkan. Macam cincau.
  4. Tempat-tempat yang parah adalah di sekitar jantung. Banyak, pekat dan hitam bekuan-bekuan darah yang disedut keluar.
  5. Selepas bekam; keluar sahaja mata rasa macam lebih terang, psikologi atau memang kesan bekam tersebut...hanya Tuhan yang tahu.
  6. Balik dari kampung membuat keputusan untuk membeli pil Danshen Plus.
  7. Baca testimonial pil tersebut dapat mengubati orang yang ada masalah jantung tersumbat. Rami yang sudah pulih daripada serangan sakit jantung selepas mengambil ubat tersebut.
  8. Pasa suatu malam berjumpa dengan Pengurus Jualan Danshen; Mr. Sam dihadapan rumah. Rupanya tidak jauh rumahku dengan HQ Danshen ini.
  9. Beliau memberitahu dan mengajar cara-cara makan oil tersebut iaitu 2 biji pagi sebelum sarapan dan 1 biji sebelum pukul 7. Tetapi ianya bukan pil atau kapsul. Ianya seperti biji-biji pil check tak aun....kena kelaurkan daripada kapsul dan diletakkan dibawah bibir. Macam guna GTN. Selang beberapa saat herba-herba tersebut akan larut.Dikatakan kaedah ini lebih mujarab berbanding makan macam pil biasa.
  10. Awalnya payah juga nak ambil herba ini.Agak pahit jugak. Betullah untuk menjadi ubat perlu pahit. Yang pahit itulah ubatnya.
  11. Ada terasa kesan-kesan yang sebelum ini tidak pernah dirasai selepas memakan ubat ini. 
  12. Teruskan makan dan minum air banyak-banyak. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Friday, January 2, 2015

Selamat Datang 2015

  1. Alhamdulillah 2015 tiba dan masih lagi dipinjamkan usia untuk memasuki fasa baharu hidup.
  2. Fasa dimana anak akan mulai bersekolah menengah berasrama. Sejujurnya memang nurani ayah itu terlalu menyayangi anaknya dan tidak ingin memisahkan anak daripada keluarga.
  3. Tetapi untuk meremajakan anak dalam suasana kurang bergantung kepada orang lain, keputusan untuk menghantarnya ke sekolah asrama adalah satu pilihan yang betul.
  4. Untuk anakku; fahamilah bahawa ayah dan ibu menghantarmu ke asrama bukan kerana kami inging melepaskan tanggungjawab kami. Kami lebih seronok jika abang sentiasa bersama-sama kami sepnajang masa. Tetapi kerana sudah sampai masanya abang belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
  5. Kami mahu abang mengambil tanggungjawab yang lebih sedikit; hidup berdikari sendiri. Abang nampak susah kerana nanti abang agak khuatir kerana tidak lagi dapat menikmati apa sahaja makanan yang abang inginkan seperti sekarang. Abang nampak risau kerana masa-masa terluang untuk bermain dan menonton televisyen bukan lagi ikut sesuka hati dan masa.
  6. Wahai abang! Kehidupan baru abang nanti akan sedikit berbeza. Sebahagian masa akan bersama-sama dengan rakan-rakan tanpa ayah dan ibu disisi. Tidur bangun dan aktiviti-aktiviti hidup akan lebih tersusun dengan jadualnya.
  7. Makan mengikut masa dan tersukat tidak boleh tambah seperti sedapnya nafsu selera.
  8. Kami percaya abang akan mampu melaluinya...Insya Allah.