- Alhamdulillah 2015 tiba dan masih lagi dipinjamkan usia untuk memasuki fasa baharu hidup.
- Fasa dimana anak akan mulai bersekolah menengah berasrama. Sejujurnya memang nurani ayah itu terlalu menyayangi anaknya dan tidak ingin memisahkan anak daripada keluarga.
- Tetapi untuk meremajakan anak dalam suasana kurang bergantung kepada orang lain, keputusan untuk menghantarnya ke sekolah asrama adalah satu pilihan yang betul.
- Untuk anakku; fahamilah bahawa ayah dan ibu menghantarmu ke asrama bukan kerana kami inging melepaskan tanggungjawab kami. Kami lebih seronok jika abang sentiasa bersama-sama kami sepnajang masa. Tetapi kerana sudah sampai masanya abang belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
- Kami mahu abang mengambil tanggungjawab yang lebih sedikit; hidup berdikari sendiri. Abang nampak susah kerana nanti abang agak khuatir kerana tidak lagi dapat menikmati apa sahaja makanan yang abang inginkan seperti sekarang. Abang nampak risau kerana masa-masa terluang untuk bermain dan menonton televisyen bukan lagi ikut sesuka hati dan masa.
- Wahai abang! Kehidupan baru abang nanti akan sedikit berbeza. Sebahagian masa akan bersama-sama dengan rakan-rakan tanpa ayah dan ibu disisi. Tidur bangun dan aktiviti-aktiviti hidup akan lebih tersusun dengan jadualnya.
- Makan mengikut masa dan tersukat tidak boleh tambah seperti sedapnya nafsu selera.
- Kami percaya abang akan mampu melaluinya...Insya Allah.
Friday, January 2, 2015
Selamat Datang 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment