- Sejak kebelakangan ini dada rasa sungguh berat. Macam ada sesuatu yang terbakar.
- Minggu lepas ada rasa berdenyut-denyut. Pergi buat bekam di kampung.Ikhitiar untuk mengurangkan rasa sakit di dada.
- Masya Allah. Dalam 20 point bekam tu, ada beberapa tempat yang sungguh pekat darah yang dikeluarkan. Macam cincau.
- Tempat-tempat yang parah adalah di sekitar jantung. Banyak, pekat dan hitam bekuan-bekuan darah yang disedut keluar.
- Selepas bekam; keluar sahaja mata rasa macam lebih terang, psikologi atau memang kesan bekam tersebut...hanya Tuhan yang tahu.
- Balik dari kampung membuat keputusan untuk membeli pil Danshen Plus.
- Baca testimonial pil tersebut dapat mengubati orang yang ada masalah jantung tersumbat. Rami yang sudah pulih daripada serangan sakit jantung selepas mengambil ubat tersebut.
- Pasa suatu malam berjumpa dengan Pengurus Jualan Danshen; Mr. Sam dihadapan rumah. Rupanya tidak jauh rumahku dengan HQ Danshen ini.
- Beliau memberitahu dan mengajar cara-cara makan oil tersebut iaitu 2 biji pagi sebelum sarapan dan 1 biji sebelum pukul 7. Tetapi ianya bukan pil atau kapsul. Ianya seperti biji-biji pil check tak aun....kena kelaurkan daripada kapsul dan diletakkan dibawah bibir. Macam guna GTN. Selang beberapa saat herba-herba tersebut akan larut.Dikatakan kaedah ini lebih mujarab berbanding makan macam pil biasa.
- Awalnya payah juga nak ambil herba ini.Agak pahit jugak. Betullah untuk menjadi ubat perlu pahit. Yang pahit itulah ubatnya.
- Ada terasa kesan-kesan yang sebelum ini tidak pernah dirasai selepas memakan ubat ini.
- Teruskan makan dan minum air banyak-banyak. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Monday, January 5, 2015
Cuci Jantung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment