- Hanya untuk mereka yang faham sahaja dan berada dalam rangka cerita.
- Tidak ramai sangat yang tahu hal sebenarnya penceritaan yang dibawa biarpun ianya adalah berkisar kepada cerita benar.
- Ada beberapa perkara yang kita jangan merasakan bahawa ianya terjadi kerana rancangan kita.
- Ada beberapa asbab terjadinya sesuatu itu bukan kerana doa kita yang dimakbulkan tetapi mungkin ianya adalah doa ibu dan ayah kita yang tidak putus-putus berdoa kepada kita.
- Kekurangan kita sebagai anak-anak adalah kita yang selalu terputus untuk mendoakan ayan dan ibu kita tak kiralah samada mereka masih hidup atau mati. Kita hanya terbiasa untuk berdoa seusai solat tetapi doa itu adalah sepanjang masa, itulah datangnya cakap itu juga suatu doa.
- Berapa banyak masa yang terluang yang kita ambil untuk imbas kembali bagaimana ibu dan ayah bersusah payah membesarkan kita?
- Nah sekarang tugasan mereka itu kita pula yang ambil untuk membesarkan anak-anak kita, sabarkah kita sebagaimana kesabaran mereka berdua dahulu?
- Dalam bersahabat, ada masanya kita begitu sukar menjumpai sahabat yang benar-benar rapat dengan kita. Persahabatan itu akan berubah apabila masing-masing bertanggungjawab untuk mengemudi keluarga sendiri. Dengan masa dan tenaga yang semakin kurang terluang, ia perlu dipilih dengan sebaik mungkin samada untuk dilangsai bersama keluarga atau sedikit akan terluang untuk sahabat yang dahulunya bersama.
- Jika kita lebih berjaya daripada orang lain, maka keutamaan untuk menolong adalah memberikan pertolongan dikalangan anak beranak, adik beradik, ahli keluarga dan turutan seterusnya sahabat taulan, rakan kenalan dan orang-orang lain yang difikirkan perlu dibantu.
- Nampaknya menjadi kewajipan untuk kita membantu sahabat setelah kita bantu semua ahli keluarga kita. Tetapi berapa ramai yang mengkotakan janjinya untuk membantu sahabat dikala disemai janji itu dahulu apabila dalam bersahabat itu masing-masing sama-sama bersusah? Mana pergi janji-janji itu duhai 'sahabat'?
- Mengapa mungkin sedikit salah sahabat dibawa menjadi besar sehingga sanggup melupai janji kita?
- Rasailah, dalam setiap janji itu akan ada sedikit harapan.
- Moralnya kita perlu berdoa dan berdoa. Dan saya berdoa agar Allah pelihara hati saya untuk terus istiqamah membantu sahabat-sahabat saya jika saya mampu untuk melakukannya.
- Saya sayang semua sahabat saya.
Tuesday, September 1, 2015
Bata Sapu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment