- Lama sungguh tidak bercerita dalam blog ini kerana leka kononnya sibuk yang sebenarnya tidaklah sibuk sangat pun.
- Dalam sibuk itu, dapat berjumpa dengan seorang sahabat yang berkongsi cerita akan ajaibnya usaha merawati kakaknya yang tersayang bertarung nyawa melawan penyakit kanser tahap 4.
- Selepas mencuba dengan berbagai cara kaedah perubatan hospital yang berteraskan sains ciptaan manusia, hasilnya kurang berjaya dan diminta kakak yang sedang sakit itu dibawa pulang ke rumah untuk seperti merelakan detik dan ketika dipanggil Sang Pencipta.
- Si adik memikirkan bahawa usaha perlu diteruskan kerana ajal maut ini hanya Allah yang menentukan. Ini rahsia Allah supaya kita sentiasa siap siaga tanpa kira usia dan ketika untuk dijemputnya.
- Kasih si adik sungguh murni. Seisi keluarga dikerahkan untuk bersengkang mata tanpa kira penat lelah untuk terus menjaga kakaknya yang tercinta.
- Si adik kembali kepada fitrah sebenarnya. Rawatan kepada kakak diberikan dengan menggunakan ayat-ayat penawar dari Al Quran. Makanan sunnah disuapkan kepada si kakak seperti meminum air zamzam dan memakan kurma.
- Doa, solat sunat dan zikir mengingati Allah adalah jamuan rohani yang menjadi satu kemestian.
- Saban hari usaha murni menggunakan agama sebagai solusinya dikerahkan. Seisi keluarga berusaha keras dengan penuh istiqamah untuk menjaga kakak tercinta sehingga pengajian tahfiz anak ditangguh sementara, agar sama-sama mengambil giliran menyengkang mata menemani kakaknya. Jangan dikira berapa banyak air mata yang bercucuran mengadu kepada Ya Rabbul Izzati agar kesembuhan dan kesejahteraan dikurnikan kepada kakak tercinta.
- Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Kesihatan kakak kembali seperti sediakala dan gembira sungguh si adik mensyukuri qudrat Ilahi. Syabas sahabatku Tuan Haji Roslan, semoga Allah merahmati anda sekeluarga. Juga terima kasih berkongsi cerita. Yang baik perlu dibuat teladan dan ilmu itu datang dalam berbagai cara
Saturday, June 6, 2015
Cerita Tentang Kasihnya Seorang Adik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment