- Salam penuh kasih sayang buat sahabat semua. Anda merokok. Saya jua pernah merokok.
- Suatu ketika dahulu memang rasa sungguh payah untuk berhenti merokok ini. Keliru atau dikelirukan.
- Pada masa itu rokok katanya menjadi sumber inspirasi dan teman yang paling sejati.
- Rokok juga menjadi penyaman udara ketika berpagian di dalam tandas.
- Anda seorang perokok. Mitos pertama, katanya anda akan mudah mendapatkan teman dan taulan.
- Mitos kedua, bagi sang pujangga; rokok sentiasa terketip dibibir menghiasi kuntum senyum yang cuba menyembunyikan sebuah duka. Hembusan asap-asap rokok itu seolah-olah enzim yang dapat membantu meredakan segala permasalahan yang ada.
- Mitos ketiga; ramai mula merokok bagi membuktikan bahawa jikalau hendak menjadi lelaki dewasa anda perlu merokok. Cercanya hanya budak 'nerd' sahaja yang tidak merokok.
- Mitos keempat; jika mahu menjadi golongan keras dan dipandang hebat anda perlu merokok.
- Saya pohon sahabat yang tercinta imbau kembali, sudah berapa lamakah anda mulai merokok? Jangan ditanya tentang duitnya kerana si perokok akan bertanya kembali berapa pulak banyak simpanan engkau wahai orang yang tidak merokok?
- Wahai sahabatku sekelian, kita bisa punyai wang yang cukup untuk membeli baju, makan, percutian, riadah, golf, kereta cantik dan rumah besar. Kita syukur Tuhan beri semua nikmat itu seolah Tuhan makbul dan perkenankan doa-doa yang kita panjatkan.
- Sebenanya kita agak lupa tentang nikmat kesihatan yang tiada nilai wang ringgitnya. Ingatlah rokok itu punya penyakit. Marilah ambil kesempatan ini untuk berhenti membeli dan menghisap rokok.
- Semoga kita semua akan menjadi ahli-ahli syurga. Insha Allah.
Wednesday, January 7, 2015
Berhentilah merokok sahabatku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment