- Yang sebenarnya matlamat itu jangan dinilai dengan cara. Ada cara betul; matlamat salah. Ada matlamat betul; cara salah. Ada matlamat betul; cara betul dan ada matlamat salah;cara salah.
- Keputusan dan rumusan harus dikira secara mutlak dan adil iaitu setiap sesuatu itu benar jika ia diletakkan pada tempatnya.Juga jangan menjatuhkan kesalahan keatas apa yang tidak dilihat secara kesuluruhnnya.
- Hukum itu perlu dibuat dengan melihat permulaan, pertengahan dan pengakhiran setiap sesuatu supaya sekali lagi keadilan perlu diletakkan.
- Makan belum tentu kenyang dan sebaliknya tidak makan belum tentu lapar.
- Hadir bekerja belum tentu buat kerja dan dan sebaliknya ketidakhadiran bukan bererti tidak bekerja.
- Berdiri belum tentu kuat; dan sebaliknya berbaring bukan bererti lemah.
- Bagi pembohong; bohong itu bohong dan berbohong benar itu bohong. Dan sebaliknya hilanglah sudah kebenaran selama-lamanya.
- Tidak bercakap benar itu bohong; tidak membenarkan percakapan juga akan boleh menjadi bohong.
- Bagi pembohong; yang mencari kebenaran adalah pembohongan; dan bercakap tidak menggunakan akal lumrahnya.
- Akhirnya cukuplah sekadar bebohong kepada sesama manusia; jangan bohong sama tuan punya manusia ini.
- Kata orang tua bercakap bohong lama-lama menjadi pencuri.
- Ubahlah; jangan jadi pembohong dan jangan pula jadi pencuri.
Saturday, July 3, 2010
Dan sebaliknya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment