Wednesday, June 30, 2010

Yang Benar (Yours faithfully, Yours truly)

  1. Yang benar; yours faithfully; yours truly; adalah frasa penutup untuk sebuah surat rasmi.
  2. Sebenarnya adakah betul yang benar itu adalah benar atau sekali lagi seperti biasanya yang benar adalah sekadar satu pembohongan kerana hakikatnya yang benar itu memang tidak benar; adakah ia  berbohong?
  3. Berapa ramaikah yang benar itu adalah benar? Tepuk dada?
  4. Berapa ramaikah yang benar itu tidak benar? Juga tanya hati?
  5. Apakah kebenarannya yang perlu dibuktikan untuk menunjukkan yang benar itu adalah benar-benar faham akan kandungan warkah tersebut atau hanya sekadar deskripsi kerja; sebagai penandatangan atau penama bagi yang benar itu.
  6. Bagaimana yang benar hendak memastikan bahawa benarlah isi kandung surat itu jika dia sendiri tidak benar-benar faham akan kandungan yang disebut dalam perenggan-perenggan sebelumnya?
  7. Benarkah sekali lagi yang benar itu tidak benar? Tepuk dahi memang ramai yang benar itu bohong.
  8. Bohongkah yang benar itu? Ya; memang  betul yang benar itu memang berbohong kerana yang benar hanya sekadar penandatangan; sama kurang lebih macam penanda buku.
  9. Akhirnya terbuktilah yang benar itu sememangnya adalah yang tidak benar.


No comments: