- Bertambahnya usia maknanya berkurangan masa.
- Masa perlu dibahagi karier, keluarga, tetangga, rakan dan berbagai lagi bahagian yang perlu diberikan keadilannya.
- Baki masa yang tinggal sebenarnya semakin singkat. Sempat atau tidak sempat?
- Ada peistiwa yang perlu ditakrifkan kecemasan dan perlu disegerakan. Dan ada juga yang disaat akhir dibuat rombakan supaya keutamaan itu ada rasionalnya.
- Semakin kita mengapai kedewasaan atau dengan kata mudah semakin tua; serba sedikit talian dengan kawan-kawan juga berkurangan kerana komitmen kepada kerja dan keluarga.
- Walaubagaimanapun harus diingat rakan taulan pernah menjadi sebahagian kehidupan kita dan janganlah diarkibkan rakan tersebut hanya pernah menjadi sejarah.
- Dalam beberapa perkara adalah lebih mudah untuk bercerita dengan rakan taulan berbanding ahli keluarga. Luahan itu mudah untuk diperkatakan. Ayat dan tutur lancar tanpa sekatan. Hilang malu dan segan.
- Pemahaman ahli keluarga adalah agak kurang kreatif dan kritis kerana interpretasi keluarga agak sempit. Dilihat dari sudut yang agak berbeza dari buah fikir taulan yang agak lebih santai dan tidak formal. Kadang-kadang nampak kenakalan bunyinya tapi masih boleh dikaitkan dengan topik perbincangan.
- Dalam kes-kes tertentu akrab seorang rakan kepada taulannya melebihi apa yang diberi kepada ahli keluarga sendiri. Masa,tenaga, wang dan harta bukan untuk diukur sedikit atau banyaknya. Ia perlu dilihat dari mana dan bagaimana ianya diperolehi dan diperuntukan.
- Sedikit sama dijinjing lebih sama dipikul. Biarpun ianya agak mitos amalannya.
- Budi itu tidak nampak dimata tapi berisi dihati dan akhirnya buat rakan taulan sekelian aku tetap menyenangi kalian semua.
- Andainya kesempatan ini adalah noktahnya; salam kemaafan dihulurkan. Kurang dan lebih berikan restu dan halalnya.
Wednesday, July 21, 2010
Semakin Dewasa Semakin Lupa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment