- Diminta untuk dibunyikan penyelarasan harga dan rasionalisasi harga; bukan harga naik. Salah dari segi politik ekonomi ke?
- Apa pula akan dikata nanti apabila harga direndahkan; kerajaan prihatin nasib rakyat; harga diturunkan; jangan dipanggil lagi penyelarasan harga atau apa sahaja terma yang dikatakan sesuai. Masa itu kan berubah runutnya.
- Apakah peranan pihak pembangkang dalam mengekang kenaikan harga ini? Tidur lena nampak? Baru penat tonton bola piala dunia.
- Mengapa boleh dibuat tiba-tiba; dan teruknya maklumat risikan pihak pembangkang hingga tidak berbau akan perkara ni boleh terjadi?
- Kerana dok asyik berpolitiking atas benda-benda yang remeh. Benda celah kelengkang dan bawah bantal.
- Kerana cuba membebaskan diri dan cuba menyalak seperti anjing menyalak dikaki bukit.
- Seperti penyangak yang berebut-rebut menangkap pencuri sedangkan dia merompak.
- Atau aku apa nak kira; orang Malaysia mudah lupa; aku punya belanja semua ditanggung pembayar cukai. Dalam dewan duduk dikerusi empuk; dalam tandas masing-masing kencing berdiri; masuk kembali ke dewan kencing rakyat.
- Dikatakan penyakit kencing manis akan berkurangan bila harga gula naik. Siapa nak jadi pembekal insulin?
- Sama-sama kita lihat senarai 40 orang terkaya pada tahun akan datang? Aku kaya; syarikat minyak negara akan kuncup pula; sedang berjuta rakyat miskin dan papa kedana.
- Tak kira pembangkang atau pemerintah; sama sahaja; anda semua gagal; samada rakyat didahulukan atau dikemudiankan; rakyat pasti akan menangis lagi.
- Perlukah kita mampu lagi memilih fesyen batik untuk hari merdeka sedang ekonomi kita terkongkong oleh binatang-binatang buas yang tamak dan haloba?
- Tunggu PR13; anda pasti dihukum; pembangkang sudah belot; pemerintah sudah bolot.
Friday, July 16, 2010
Perbuatan Pemerintah . Apa Pembangkang Akan Buat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment