Thursday, July 29, 2010

Tangan Yang Terabai

  1. Rupanya setelah tangan itu hampir capik; ianya sudah semakin terabai. Yang ada hanya cap ibu jari yang tetap akan menjadi tanda.
  2. Tidak lagi perlu bersuap dengan jari-jemari; jika bisa tangan kiri itu bisa memegang sudu; perut akan berisi juga kata mereka. Nyah kau...aku ada sebelah lagi tangan yang masih boleh dipakai.
  3. Ini membuatkan tangan kanan itu semakin dilupai dan terabai.
  4. Dulu tangan kanan itu memang rajin; menulis, mengira, dan hampir semua pergerakan dibuatnya; tetapi kerana satu bencana tangan itu capik; bencana yang menjadi ujian bahawa kesihatan itu tidak ternilai harganya.
  5. Sedang tangan kiri hanya pernah mencuci najis dan banyak bernoda tapi kerana kecapikan tangan kanan itu telah membuatkan yang tangan yang kiri itu nampak sangat macam hanya ia yang bekerja.
  6. Biar tidak mungkin tangan kanan itu sihat sepenuhnya tapi ibu jari masih diangkat katanya bagus memberi tanda sihat sedang kelingking berlipat tidur rapi.
  7. Tangan yang diatas lebih baik dari yang dibawah; tangan yang memberi lebih afdal dari yang menerima.
  8. Tapi bagi amalan rasuah pemberi dan penerima tetap keji.
  9. Kerapkan tangan-tangan itu mengolek biji tasbih untuk berzikir dan betahmid kepada Illahi.

No comments: