Saturday, July 31, 2010

Sekolah Pelajar Penzina

  1. Ada cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar-pelajar hamil akibat berzina mahu ditubuhkan oleh negeri Hang Tuah.
  2. Ini akan menjadi satu motivasi untuk yang lain kerana sekolah berasrama penuh ini akan mengumpulkan bahan bukti bahawa hamil kerana zina adalah satu pencapaian kemajuan modal insan.
  3. Juga ini selaras dengan membudayakan pencapaian negeri Melaka Maju 2010.
  4. Patutkah sekolah itu dibuat disebelah zoo Melaka atau Taman Buaya kerana sifat budak-budak itu sama kurang lebih penghuni taman haiwan tersebut.
  5. Gagalkah sistem pendidikan atau gagalkah pemerintah atau pembangkang memang tidak akan berjaya menangani isu sosial pelajar-pelajar masa kini yang semakin menampakkan kesialannya.
  6. Apakah asas didikan yang hendak diberi kepada mereka-mereka tersebut tidak lain dan tidak bukan mesti dikembalikan kepada kaedah pentarbiyahan Islam.
  7. Kepada ahli-ahli politik; masalah pelajar hamil bukan sesuatu yang patut dijadikan bahan kempen politik anda. Anda semua pun sudah melacurkan amanah rakyat.
  8. Ramai daripada anda yang menghamilkan isi perut yang sumbernya memperkosakan hak rakyat.
  9. Malulah! Dan jangan hendak menambah malu lagi dan mengiktiraf pencapaian luar biasa anak-anak Melayu ini.
  10. Anak Cina berebut mendaftar jadi pengundi; anak Melayu mengelak untuk berbuat demikian kerana bagi mereka apa ertinya satu undi mereka.
  11. Cadangan motto sekolah tersebut Melayu Zina Tidak Hilang Di Dunia.
  12. Atau dulu ketua negeri ini pun pernah berzina
  13. Untuk kita; jauhilah zina.


Thursday, July 29, 2010

Tangan Yang Terabai

  1. Rupanya setelah tangan itu hampir capik; ianya sudah semakin terabai. Yang ada hanya cap ibu jari yang tetap akan menjadi tanda.
  2. Tidak lagi perlu bersuap dengan jari-jemari; jika bisa tangan kiri itu bisa memegang sudu; perut akan berisi juga kata mereka. Nyah kau...aku ada sebelah lagi tangan yang masih boleh dipakai.
  3. Ini membuatkan tangan kanan itu semakin dilupai dan terabai.
  4. Dulu tangan kanan itu memang rajin; menulis, mengira, dan hampir semua pergerakan dibuatnya; tetapi kerana satu bencana tangan itu capik; bencana yang menjadi ujian bahawa kesihatan itu tidak ternilai harganya.
  5. Sedang tangan kiri hanya pernah mencuci najis dan banyak bernoda tapi kerana kecapikan tangan kanan itu telah membuatkan yang tangan yang kiri itu nampak sangat macam hanya ia yang bekerja.
  6. Biar tidak mungkin tangan kanan itu sihat sepenuhnya tapi ibu jari masih diangkat katanya bagus memberi tanda sihat sedang kelingking berlipat tidur rapi.
  7. Tangan yang diatas lebih baik dari yang dibawah; tangan yang memberi lebih afdal dari yang menerima.
  8. Tapi bagi amalan rasuah pemberi dan penerima tetap keji.
  9. Kerapkan tangan-tangan itu mengolek biji tasbih untuk berzikir dan betahmid kepada Illahi.

Motivasi Kelas 3 HKL

  1. Sekali sekala cuba membawa kehidupan kepada sedikit ke bawah biarpun bisa mendapatkan hak yang lebih baik. Cuba selami dan rasai apa yang dirasai oleh orang-orang yang kurang berkemampuan. 
  2. Syukurlah kita ini sebenarnya telah mendapat nikmat yang begitu banyak dan kita masih lupa untuk mensyukuri nikmat tersebut kerana perasaan ketidakcukupan dan kita bisa lebih dari itu.
  3. Merasakan kenikmatan dan kemewahan dalam kita punya ketentuan sedangkan ianya bukan milik kita walaupun kita seperti merasai kita yang penat kita mencarinya. Dan kita selayaknya mengecapi itu semua. Persoalannya betulkan kelayakan itu milik kita?
  4. Berada dalam wad kelas 3 HKL memberikan banyak iktibar. Disini percik kasih sayangnya lebih nyata dan air mata menjadi ulaman sajian cerita-cerita tentang kepayahan dan keperitan hidup.
  5. Dalam wad kelas 3, dapat disaksikan bahawa ramai yang menderitai sakit kerana lambat membuat pengesanan awal kerana lebih memberikan tumpuan mencari rezeki untuk menyarai keluarga yang rata-ratanya besar ahlinya. Bukan dua, tiga mungkin melebihi enam, tujuh orang.
  6. Kasih sayang dan tumpuan setiap ahli keluarga bagi pesakit wad kelas 3 ini nampak lebih ikhlas. Melihat anak mencuci najis si ayah, begitu memberikan ingatan bahawa dari sifat bayi kepada sifat bayi akan kembali dari sebahagian seseorang itu.
  7. Dahulu ibu dan ayah yang memandikan anak; kini giliran anak pula memandikan ayah.
  8. Ada juga yang terjadi sebaliknya. Tetapi biasa bagi orang-orang kaya yang berharapkan amah untuk membuat semua itu.
  9. Sekali lagi; untuk mendapat rasa syukur itu pandanglah sesuatu yang dibawah; baru ternampal kita bukannya kekurangan; dan jangan dibanding dengan sesuatu yang berada diatas; sudah pasti kita rasai tidak mencukupi.
  10. Adakah sakit itu kifarah atas dosa-dosa lalu?

Hidayah Illahi - The Fikr

Wednesday, July 21, 2010

Damba Cinta Mu - Raihan

Halwa Telinga

Semakin Dewasa Semakin Lupa

  1. Bertambahnya usia maknanya berkurangan masa.
  2. Masa perlu dibahagi karier, keluarga, tetangga, rakan dan berbagai lagi bahagian yang perlu diberikan keadilannya.
  3. Baki masa yang tinggal sebenarnya semakin singkat. Sempat atau tidak sempat?
  4. Ada peistiwa yang perlu ditakrifkan kecemasan dan perlu disegerakan. Dan ada juga yang disaat akhir dibuat rombakan supaya keutamaan itu ada rasionalnya.
  5. Semakin kita mengapai kedewasaan atau dengan kata mudah semakin tua; serba sedikit talian dengan kawan-kawan juga berkurangan kerana komitmen kepada kerja dan keluarga.
  6. Walaubagaimanapun harus diingat rakan taulan pernah menjadi sebahagian kehidupan kita dan janganlah diarkibkan rakan tersebut hanya pernah menjadi sejarah.
  7. Dalam beberapa perkara adalah lebih mudah untuk bercerita dengan rakan taulan berbanding ahli keluarga. Luahan itu mudah untuk diperkatakan. Ayat dan tutur lancar tanpa sekatan. Hilang malu dan segan.
  8. Pemahaman ahli keluarga adalah agak kurang kreatif dan kritis kerana interpretasi keluarga agak sempit. Dilihat dari sudut yang agak berbeza dari buah fikir taulan yang agak lebih santai dan tidak formal. Kadang-kadang nampak kenakalan bunyinya tapi masih boleh dikaitkan dengan topik perbincangan.
  9. Dalam kes-kes tertentu akrab seorang rakan kepada taulannya  melebihi apa yang diberi kepada ahli keluarga sendiri. Masa,tenaga, wang dan harta bukan untuk diukur sedikit atau banyaknya. Ia perlu dilihat dari mana dan bagaimana ianya diperolehi dan diperuntukan.
  10. Sedikit sama dijinjing lebih sama dipikul. Biarpun ianya agak mitos amalannya.
  11. Budi itu tidak nampak dimata tapi berisi dihati dan akhirnya buat rakan taulan sekelian aku tetap menyenangi kalian semua.
  12. Andainya kesempatan ini adalah noktahnya; salam kemaafan dihulurkan. Kurang dan lebih berikan restu dan halalnya.


albanjari online: HOT - Jutawan M'sia dan Paris Hilton ditangkap di Paris

albanjari online: HOT - Jutawan M'sia dan Paris Hilton ditangkap di Paris

Friday, July 16, 2010

Perbuatan Pemerintah . Apa Pembangkang Akan Buat?

  1. Diminta untuk dibunyikan penyelarasan harga dan rasionalisasi harga; bukan harga naik. Salah dari segi politik ekonomi ke?
  2. Apa pula akan dikata nanti apabila harga direndahkan; kerajaan prihatin nasib rakyat; harga diturunkan; jangan dipanggil lagi penyelarasan harga atau apa sahaja terma yang dikatakan sesuai. Masa itu kan berubah runutnya.
  3. Apakah peranan pihak pembangkang dalam mengekang kenaikan harga ini? Tidur lena nampak? Baru penat tonton bola piala dunia.
  4. Mengapa boleh dibuat tiba-tiba; dan teruknya maklumat risikan pihak pembangkang hingga tidak berbau akan perkara ni boleh terjadi?
  5. Kerana dok asyik berpolitiking atas benda-benda yang remeh. Benda celah kelengkang dan bawah bantal.
  6. Kerana cuba membebaskan diri dan cuba menyalak seperti anjing menyalak dikaki bukit.
  7. Seperti penyangak yang berebut-rebut menangkap pencuri sedangkan dia merompak.
  8. Atau aku apa nak kira; orang Malaysia mudah lupa; aku punya belanja semua ditanggung pembayar cukai. Dalam dewan duduk dikerusi empuk; dalam tandas masing-masing kencing berdiri; masuk kembali ke dewan kencing rakyat.
  9. Dikatakan penyakit kencing manis akan berkurangan bila harga gula naik. Siapa nak jadi pembekal insulin?
  10. Sama-sama kita lihat senarai 40 orang terkaya pada tahun akan datang? Aku kaya; syarikat minyak negara akan kuncup pula; sedang berjuta rakyat miskin dan papa kedana.
  11. Tak kira pembangkang atau pemerintah; sama sahaja; anda semua gagal; samada rakyat didahulukan atau dikemudiankan; rakyat pasti akan menangis lagi.
  12. Perlukah kita mampu lagi memilih fesyen batik untuk hari merdeka sedang ekonomi kita terkongkong oleh binatang-binatang buas yang tamak dan haloba?
  13. Tunggu PR13; anda pasti dihukum; pembangkang sudah belot; pemerintah sudah bolot.


Bila tayar itu lebih berharga

  1. Menjadikan betapa pentingnya tayar kepada kereta seorang pemerintah kerana katanya "tayar itu yang membawa dia dalam pemerintahannya."
  2. Tayar itu dikerja dan bekerja untuknya.
  3. Tayar itu juga sebab musabab yang mengelakkan kemalangan yang mungkin mengelakkan kecederaan dan tahap gaban paling merbahaya tayar itu akan dapat menyelamatkan nyawa.
  4. Persoalannya adakah nyawa untuk yang berjasad atau nyawa untuk yang mempunyai roh perlu diselamatkan?
  5. Kadang-kadang bila lama sangat bercampur dengan babi atau apa sahaja yang bersifat kebabian boleh menyebabkan perangai menjadi lebih babi daripada babi.
  6. Hilang pertimbangan budi dan santun seorang Melayu kerana sifat pemakan babi; duit adalah segala-galanya.
  7. Kadang-kadang pertimbangan perlu mengambil kira situasi, emosi dan budi; bukan mengikut kira-kira sahaja kerana kita tidak memakan babi.
  8. Jangan membawa perangai orang yang memakan babi kedalam persekitaran orang Melayu.
  9. Biar orang cakap kita bodoh, biar orang cakap kita lemah tapi bodoh lagi orang-orang yang memakan babi itu.
  10. Kembali kepada kisah tayar; jika benarlah tayar itu rakan kongsi yang lebih baik; maka bekerjalah dengan tayar itu.
  11. Bagi orang yang tidak memakan babi; hendaklah sentiasa menyucikan diri dari unsur-unsur kebabian.


Saturday, July 3, 2010

Dan sebaliknya

  1. Yang sebenarnya matlamat itu jangan dinilai dengan cara. Ada cara betul; matlamat salah. Ada matlamat betul; cara salah. Ada matlamat betul; cara betul dan ada matlamat salah;cara salah.
  2. Keputusan dan rumusan harus dikira secara mutlak dan adil iaitu setiap sesuatu itu benar jika ia diletakkan pada tempatnya.Juga jangan menjatuhkan kesalahan keatas apa yang tidak dilihat secara kesuluruhnnya. 
  3. Hukum itu perlu dibuat dengan melihat permulaan, pertengahan dan pengakhiran setiap sesuatu supaya sekali lagi keadilan perlu diletakkan.
  4. Makan belum tentu kenyang dan sebaliknya tidak makan belum tentu lapar.
  5. Hadir bekerja belum tentu buat kerja dan dan sebaliknya ketidakhadiran bukan bererti tidak bekerja.
  6. Berdiri belum tentu kuat; dan sebaliknya berbaring bukan bererti lemah.
  7. Bagi pembohong; bohong itu bohong dan berbohong benar itu bohong. Dan sebaliknya hilanglah sudah kebenaran selama-lamanya.
  8. Tidak bercakap benar itu bohong; tidak membenarkan percakapan juga akan boleh menjadi bohong.
  9. Bagi pembohong; yang mencari kebenaran adalah pembohongan; dan bercakap tidak menggunakan akal lumrahnya.
  10. Akhirnya cukuplah sekadar bebohong kepada sesama manusia; jangan bohong sama tuan punya manusia ini.
  11. Kata orang tua bercakap bohong lama-lama menjadi pencuri.
  12. Ubahlah; jangan jadi pembohong dan jangan pula jadi pencuri.