Sunday, December 26, 2010

Buat Seorang Rakan & Adik; Biarpun Semangat itu Hilang



Petang khamis 23 Disember 2010 bukan seperti khamis yang biasa. Mendapat berita yang memang diduga dan hidup mesti diteruskan. Agaknya macam patah sayap juga tetapi masing-masing mempunyai komitmen keluarga dan peribadi.

Walau bagaimanapun pertalian itu akan terus abadi. Dan inilah kehidupan. Buat seorang rakan dan sepertinya seorang adik, maaf jika membuatmu terjerumus dalam satu episod hidup yang menyusahkan. 
Aku amat menyenangi anda selama kita bersama. 
Anda jujur! Anda hebat! Terima kasih banyak-banyak.

Biarpun buat ketika ini semangat ini hilang; dan sejak dari detik itu degupan jantung terus menerus kencang. 

Ya Allah, aku pohon kekuatan agar diberikan petunjuk dan hidayatMu menempuhi dugaan ini. Hanya padaMu aku berserah. Biarpun semangat itu hilang.

Saturday, December 25, 2010

Mengapa Ke Rumah Orang Tua; Anakku?

Aku telah kehilangan ayah dan ibu. Ayah pergi kerana kanser leher dan ibu pergi menderitai kanser payudara. Selepas kehilangan itu;  kami adik beradik semakin menyayangi sesama sendiri . Kehilangan ayah dan ibu adalah patah yang tidak akan tumbuh; hilang tidak berganti. Kasih kedua-duanya abadi. Kehilangan juga mendewasakan kami sekeluarga.

Buat yang masih mempunyai ayah dan ibu; sayangilah mereka, selalulah bertanya khabar dan menjenguk mereka.

Al-Fatihah buat ayah dan ibu tercinta. Semoga dengan rahmat dan redha Allah kita berjumpa di syurgaNya.

Tips Sihat Mengikut Sunnah 4 - Tidur Nabi

Rasulullah SAW adalah contoh bagi semua perlakuan hidup. Baginda memberikan panduan tidur yang baik bagi kesihatan. Teknik tidur yang baik adalah dengan mengiringkan badan ke kanan sambil tangan kanan menyokong kepala.

Tidak digalakkan mengiringkan badan ke kiri semasa tidur kerana ditakuti perut akan tertekan dan ianya boleh menganggu proses penghadaman dan pencernaan. Juga apabila tidur mengiring ke kiri akan memberikan tekanan pada jantung yang mana ianya boleh mempengaruhi kerja jantung yang boleh mengakibatkan gangguan kemampuan jantung, paras irama dan proses pengempaman jantung.

Ambillah contoh dan teladan yang diberikan oleh Rasulullah SAW.

Self Explanatory

Change and growth take place when a person has risked himself, and dares to become involved in experimenting with his own life.

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman - Hadis 11

Hadis 11 - Rasuah Berleluasa

Diriwayatkan oleh At Thabrani dan Abu Naim


Daripada Muazd Bin Jabal r.a. berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; " Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian, akan tetapi apabila ia menjadi rasuah dari segi agama janganlah pula diambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak dapat meninggalkan rasuah  kerana kamu khuatir akan fakir dan kamu juga amat berhajat untuk mengambilnya.

Lihatlah pada akhir zaman ini, rasuah menjadi satu isu besar yang sukar untuk dibendung. Pemberi dan penerima rasuah menjual agama demi untuk kepentingan peribadi, kekayaan dan kedudukan. Wang telah disembah melebihi agama kerana kerakusan dan ketamakan. 

Berbagai-bagai langkah diambil, kempen kesedaran, penguatkuasaan dan sebagainya, tetapi rasuah tetap menjadi-jadi. Samada diperingkat bawahan hingga atasan, kepimpinan kecil hingga ke kepimpinan negara, rasuah menjadi budaya.

Sebab utama rasuah kerana berlakunya kemelesitan iman yang teruk dalam setiap individu.

Hapuskan rasuah.

ONE SYAHADAH!....Dari Tanah Melayu: Illuminati di Malaysia

ONE SYAHADAH!....Dari Tanah Melayu: Illuminati di Malaysia

Friday, December 24, 2010

Tahukah Anda - Maksud Jam A.M. dan P.M.?

Kita biasa melihat waktu di jam memberitahu sekarang pukul 10.00 a.m. atau pukul 10.00 p.m. Kita tentukan alarm jam untuk berbunyi pukul 5.30 a.m untuk mengejutkan kita bangun pagi. Kita catat dalam rekod temujanji mesyuarat bulanan akan dijalankan pada pukul 3.00 p.m.

Tapi tahukah kita apakah maksud sebenar a.m. dan p.m?

Dasarnya kita tahu a.m. dan p.m. itu menunjukkan pagi dan petang. Atau dalam Englishnya "after midnight" atau "past midday". 

Tidak! Maksud sebenar a.m.atau p.m.  adalah :-
Berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud;
a.m. adalah “ante meridiem”, bermakna “Before Midday”; manakala p.m. adalah “Post Meridiem”, bermakna “After Midday”.

Tip Sihat Mengikut Sunnah 3 - Perubatan Nabi

As-Suyuthi menyatakan bahawa mengikut Nabi penyakit itu adalah disebabkan oleh gangguan udara, salah makan/minum, keliru, rehat yang sedikit, tindakan emosi berlebihan, tidur dan jaga yang tidak seimbang, cecair berlebihan dalam badan dan gangguan pengeluaran cecair badan.

Oleh itu jagalah semua faktor-faktor diatas supaya kesihatan dijaga dengan sebaik mungkin kerana nilai kesihatan terlalu tinggi.

Juga konsep gerakan ibadah terutamanya solat banyak mempengaruhi pola kesihatan yang disebutkan diatas seperti kajian yang dibuat dibawah ini.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas


Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim


Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Kenangan








Mutiara Kata (Part 5) - Kesalahaan Dan Kesilapan

 
  1. Adalah hakikat semulajadi bahawa manusia itu akan belajar  daripada kesilapan dan bukannya daripada tauladan.
  2. Orang yang betul adalah mereka yang selalunya mengesyaki dirinya salah.
  3. Kesilapan berjiran dengan kebenaran, dan itulah sebabnya ia sering mengelirukan kita.
  4. Orang yang bersalah akan menyangka semua orang bercakap tentang mereka.
  5. Ramai orang membuat silap tetapi kebanyakan orang dalam semua keadaan akan ghairah untuk sentiasa melakukan kesilapan tersebut.
  6. Jika anda menaiki keretapi yang salah, tak ada gunanya berlari di sepanjang gerabak ke arah yang bertentangan.
  7. Penyesalan yang mendalam sudah pasti akan membuka jalan pada hidup baru.
  8. Tidak ada seorang pun yang bersalah kerana nasib.


Thursday, December 23, 2010

More than a word

I am me. In all the world there is no else exactly like me. There are persons who have parts like me, but no one who adds up exactly like me. Therefore, everything that comes  out of me is authentically mine because I alone chose it.

Tip Sihat Mengikut Sunnah 2 - Elakkan Marah

Bagi mengelakkan risiko penyakit darah tinggi, stroke (angin ahmar), murung, saraf, jantung dan vertigo seseorang itu mestilah mengelak atau mengurangkan perasaan marah; lebih-lebih lagi panas baran. Marah adalah isyarat yang membawa tanda seseorang itu berada dalam keadaan kedukaan dan keangkuhan.

Apabila seseorang itu marah; dia akan bertindak-balas dengan memberikan perubahan kepada wajah, menggeletarkan tangan dan menaikkan tahap . Apabila ini berlaku ianya akan memberikan bebanan yang lebih kepada otak sehingga meninggikan kadar aliran dalam pembuluh darah seterusnya jantung akan berdenyup dengan lebih kencang.

Oleh itu apbila seseorang itu berada dalam keadaan marah sentiasalah mengingati Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda; "Apabila salah seorang kamu marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Jika telah hilang marah itu cukuplah dengan duduk sahaja dan apabila masih lagi marah hendaklah dia berbaring."

Jagalah emosi kita supaya marah dapat dielakkan kerana marah/panas baran adalah salah satu senjata syaitan yang berada dalam diri seseorang. Marah adalah warisan sifat iblis sejak ia menentang penciptaaan Adam a.s. Marah itu terus menerus menjadi cara hidup syaitan dan bala tenteranya.


Frekuensi Telefon Bimbit Selamat Bukan Penyebab Kanser Otak

KUALA LUMPUR - 23 Dis 10: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.

"Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion atau non ionized radiation iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab satu soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad. (AK)

Wednesday, December 22, 2010

Tip Sihat mengikut Sunnah 1 - Jangan Bakhil

Dalam surah Muhammad ayat 38, Allah berfirman. " Ingatlah , kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada diantara kamu yang bakhil. Sesiapa yang bakhil, sesungguhnya dia hanyalah sebenarnya bakhil kepada diri mereka sendiri. Ingatlah, Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, Dia menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak berkeadaan seperti kamu."

Sifat bakhil adalah disebabkan cinta dunia secara belebihan, takut miskin dan hati sentiasa runsing.Oleh kerana itu sesiapa yang bakhil akan memudahkan dirinya diserang gangguan nyanyuk dan sukar tidur. Apabila kerungsingan dan kesedihan itu berpanjangan ianya boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang sakit paru-paru.

Sedikit Ujian



Kita diuji dengan setakat ujian yang dalam kemampuan.

Setelahku kucup jasadmu (Tribute untuk Arwah..Arwah?)

Ini detik akhir kau berada diruang tamu
Terbujur kaku putih mewangi
Wadih tinggalkan kami selamanya

Sebelum dilitupi penuh baju putih
Selepas kau bersih dimandi
Kami berbaris menunggu
Membelek dan mengenang raut mukamu

Sampai ketika
Setelahku kucup jasadmu
Seperti rasanya terputus suap ditengah makan
Namun kasihmu tetap abadi
Biar dibalas kikir kasih kami

Seorang demi seorang bergilir
Berpeluang akhir memberi hati
Kini kau pergi ke dunia barumu
Fana ini akan tinggal sahaja

Sesudah siap dibaju
Pakaianmu tanpa jahitan
Menanti saat disolati safmu dihadapan imam
DariNya kau datang dan kepadaNya kau dikembali semula
Agar kau dirahmati
Bersama doa dan fatihah.

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman - Hadis 10

Hadis10 - Bahaya Kemewahan

Diriwayatkan oleh Tirmizi :- 

Diriwayatkan daripada ali bin Abi Thalid r.a.; "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW didalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada diatas badannya kecuali hanya sehelai selandang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan airmata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segla harta benda dan kekayaan di Mekah).

Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. 

Dan kau menutupi (menghias) rumah kau seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?"

Maka jawab sahabat, ' Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi SAW bersabda, "Tidak! Keadaan kamu dihari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hati itu".

Kesimpulan dari hadis ini bermaksud bahawa walaupun di masa ini umat manusia akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan akan tetapi Nabi SAW mengatakan keadaan serba kekurangan itu lebih baik untuk kita, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari beribadat. Manusia hari ini terlalu sibuk menghimpun harta dan mengejar kekayaan sehingga menemui kematian.

Mutiara Kata (Part 4) - Kegembiraan & Kedukaan

  1. Berikan kami kegembiraan dan anda telah menjadikan kami lebih baik.
  2. Orang muda yang tidak pernah menangis adalah buas dan orang tua yang tidak pernah ketawa adalah bodoh.
  3. Kita tidak merasa teringin menghadiahkan sesuatu kepada seseorang ketika dia bergembira. Kita ingin melakukannya ketika dia sedang berduka.
  4. Tanyalah diri anda samada anda gembira atau tidak nescaya anda akan kehilangannya buat seketika.
  5. Kegembiraan yang berpanjangan adalah sesuatu yang membosankan; ia harus mempunyai naik dan turun.
  6. Kebahagian bukanlah destinasi. ia hanya satu cara hidup.
  7. Dunia ini adalah komedi bagi mereka yang berfikir mengenainya dan adalah tragedi bagi mereka yang melaluinya.
  8. Keperluan utama bagi kegembiraan ialah sesuatu untu dibuat, sesuatu untuk disayangi dan sesuatu untuk diharap.
  9. Cara terbaik untuk mengembirakan diri anda ialah dengan cuba mengembirakan orang lain.
  10. Apabila sesuatu pintu kebahagiaan tertutup, ada pintu lain terbuka; tetapi kerana kita sering memandang terlalu lama pada pintu yang tertutup itu, kita tidak dapat melihat pintu yang terbuka untuk kita.
  11. Tidak ada kedukaan yang lebih hebat selain daripada mengenang kesengsaraan kita sewaktu kita sedang bahagia.
  12. Kegembiraan adalah hadiah kepada badan, tetapi kedukaan adalah anugerah kepada fikiran.

Monday, December 20, 2010

Permata Hati






Mutiara Kata - Part 3 (Kehebatan dan Kemasyhuran)

  1. Orang yang benar-benar hebat akan melangkah kehadapan tanpa memerlukan tukang sapu mengekorinya dari belakang.
  2. Kemasyhuran sama seperti air, ia mengapungkan benda-benda ringan tetapi menenggelamkan benda-benda berat.
  3. Kemasyhuran ada kalanya mencipta sesuatu daripada yang tiada apa-apa.
  4. Kehebatan dan keagungan seseorang boleh diketahui dengan tiga tanda; pertama murah hati dalam mencorakkan sesuatu, kedua berperikemanusiaan dalam menghukum dan ketiga bersederhana dalam kejayaan.
  5. Adalah lebih baik dikagumi daripada dikasihani.
  6. Tanda-tanda seseorang itu menjadi selebriti ialah apabila namanya lebih dikenali daripada sumbangannya.
  7. Kehebatan dan kemuliaan lazimnya ditempa dengan risiko yang besar.
  8. Jangan takut untuk menjadi hebat. Sebahagian dilahirkan hebat, sebahagian mencapai kehebatan dan sebahagian lagi disogokkan dengannya.
  9. Orang yang hebat tidak boleh diperintah.
  10. Untuk mencapai kehebatan dan kegemilangan, seseorang itu haruslah hidup seolah-olah dia tidak akan mati.
  11. Kemasyhuran adalah mimpi pada zaman kanak-kanak yang hanya disedari setelah hari tua.
  12. Yang terbaik adalah musuh yang baik.

Kehebatan Islam - Memeluk Islam Di Hadapan TV

(Petikan dari http://ijoks2009.blogspot.com/2010/12/peluk-islam-depan-tv.html ; terima kasih Ijok2009)

Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.

Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.


Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu

” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab

” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”

Sheikh itu berkata

” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”

Lelaki itu menjawab

” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi;

Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab

” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah

” Rapatkan Saf… “


Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.




Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata

“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH


I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger


Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini...

Sunday, December 19, 2010

Tagline

Biar Genting Jangan Putus

Mutiara Kata (Part 2) - Keadilan & Undang-undang

  1. Peguam merupakan orang yang mahir merosakkan undang-undang.
  2. Carilah keadilan untuk seekor kambing, anda akan kehilangan akan seekor lembu.
  3. Lebih baik sepuluh pesalah terlepas daripada seorang yang tidak bersalah terhukum.
  4. Keadilan bukan sahaja harus ditegakkan tetapi kelihatan telah ditegakkan.
  5. Yang diperlukan oleh dunia adalah keadilan dan bukannya kebajikan.
  6. Melaksanakan undang-undang itu lebih penting daripada membuatnya.
  7. Undang-undang dibuat untuk dilanggar.
  8. Undang-undang sentiasa berguna kepada mereka yang mempunyai harta, tetapi menyusahkan untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa.
  9. Undang-undang seumpama sarang labah-labah; ia memerangkap serangga kecil tetapi mudah dirosakkan oleh haiwan-haiwa besar.
  10. Undang-undang yang baik berasal dari perbuatan yang buruk.

Zaidi Basir


Dah besar dah budak dalam foto diatas. Ada tiga orang anak.

Gathering DQS ITM 1991-1993






Saturday, December 18, 2010

Mutiara Kata (Part 1)

  1. Terdapat dua jenis pelajaran; pertama mengajar bagaimana hendak membina kehidupan dan yang satu lagi mengajar bagaimana hendak hidup.
  2. Matlamat pendidikan bukanlah pengetahuan tentang fakta, tetapi pengetahuan mengenai nilai.
  3. Pendidikan seharusnya mengajar kita bagaimana hendak berfikir bukannya apa yang patut difikir.
  4. Pengetahuan tidak mungkin akan dapat mengatasi pengalaman.
  5. Pengalaman adalah nama yang diberikan oleh setiap orang ke atas kesilapan mereka.

Pemimpin Mati PRK lagi.

  1. Nampaknya ada PRK yang ke 14.
  2. Setelah meninggal dunia baru orang hendak beritahu; "oh dia seorang pemimpin yang bagus, dedikasi, berjuang untuk rakyat dan sebagainya".
  3. Lagi sekali akan terdengar macam-macam isu.
  4. Silap hari bulan ada lagi orang yang akan membuat pengakuan dirinya diliwat. Dan tidak mustahil juga kali ini ada seekor kambing di Tenang akan membut laporan polis yang ia pernah diliwat di dalam sebuah kandang atas tilam rumput.
  5. Satu hari bila bicara boleh diangkat tilam rumput itu turun naik mahkamah yang kurang lebih macam kandang juga.
  6. Juga mungkin kambing itu juga akan bersumpah. Dan mendapatkan laporan perubatan dari doktor haiwan yang merupakan seorang manusia.
  7. Jangan jadi doktor haiwan yang berperangai macam haiwan kerana doktor manusia yang juga seorang manusia ramai yang bersifat seperti haiwan.
  8. Kali ini cuba mintak diadakan monorel di pekan Labis. Atau apa kata mintak cawangan baru sekolah berasrama penuh 'sekolah harapan' supaya banyak lagi adegan asmara dapat dijalankan di asrama sekolah harapan itu nanti.
  9. Najitahnya sudah terbukti rekod pelajarnya memang pandai berasmara tidak kira diasrama, kantin, padang bola atau dalam pasar borong Selayang.
  10. Kita boleh lihat berbagai macam wira akan keluar berkempen.
  11. Perompak, pembohong, pelakon porno, bekas menteri, bekas menteri porno dan segala-galanya akan bertambah lucah.
  12. Orang Melayu sudah tentu suka lucah. Katanya lucah itu lucu.
  13. Jaga-jaga jangan kelucahan melampau itu akan membogelkan maruah Melayu.
  14. Melayu pasti hilang didunia; yang kekal dunia dan akhirat hanyalah Islam.
  15. Juga sebagai tambahan, kita lihat siapa yang didahulukan, siapa yang diutamakan dan siapa yang dapat senang?

22 vs 1

Petikan dari tulahan blogspot.com. Terima kasih Kisah ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net yang diangkat dari http://mutiaraqaseh03.blogspot.com sebagai selingan ke arah mengajak kita berfikir dan melaksanakan tanggung jawab agama kita.Bacalah..
.
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.

Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan 1 yang tiada 2nya, 2 yang tiada 3nya, 3 yang tiada 4nya, 4 yang tiada 5nya, 5 yang tiada 6nya, 6 yang tiada 7nya, 7 yang tiada 8nya, 8 yang tiada 9nya, 9 yang tiada 10 nya, sesuatu yang tidak lebih dari 10, 11 yang tiada 12nya, dua 12 yang tiada 13nya, 13 yang 14belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Basmalah dia berkata, "

-1 yang tiada 2nya ialah Allah s.w.t.. -2 yang tiada 3nya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12). 3 yang tiada 4nya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. -4 yang tiada 5nya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. - 5 yang tiada 6nya ialah Solat 5 waktu.

-6 yang tiada 7nya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.-7 yang tiada 8nya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). -8 yang tiada 9nya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-9 yang tiada 10nya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang. Sesuatu yang tidak lebih dari 10 ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya 10 kali lipat." (Al-An'am: 160).-11 yang tiada 12nya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . -12 yang tiada 13nya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya 12 mata air." (Al-Baqarah: 60).

-13 yang tiada 14nya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 1) 
 
Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 
Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "

Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:9) 
 
Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
 
Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
 
Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua). 
 
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2 ).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan 2 di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang 5 waktu, 3 dikerjakan di malam hari dan 2 di siang hari."

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya? "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: 'Asyhadu An lah Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah".

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.Ibnu Hasyim

Wednesday, December 15, 2010

Orang Sepet Singapura Pun Bukan Pandai Sangat

  1. Sedap mulut orang sepet singapura kata orang Melayu tidak cukup pandai. Depa harap yahudi mabuk aje dok advice kat mereka.
  2. Hati depa lebih busk dari hati bangkai khinzir.
  3. Depa tu bukan pandai sangat pun. Pandai menipu sahaja yang mereka tahu.
  4. Jual bini dan macam-macam lagi perangai buruk mereka.
  5. Senang sahaja. Kita tutup sahaja bekalan air bersih. Biar depa mimum air kitar semula najis mereka.
  6. Ingat bila tutup depa berani ke nak perang?
  7. Depa sebenarnya lagi bodoh dari orang bodoh.
  8. Suruh depa diam-diam dan jaga anak bini depa.
  9. Ingat-ingat depa sesama sepet ada pakatan jahat nak rampas Tanah Melayu ni.
  10. Kita mata besak ni kena pertahan perangai dan hati mereka yang buta itu.
  11. Ingat dahulu depa angkat tong taik aje.

Tuesday, December 14, 2010

Metallian - Erti Persahabatan



Buat semua sahabat-sahabat yang mengenali diriku. Aku sentiasa menyenangi kalian.

Sibuk Sungguh

  1. Mutakhir ini banyak yang telah berubah kerana disyaki masing-masing agak sibuk dengan urusan sendiri.
  2. Urusan kerja, keluarga, membesarkan anak-anak, kereta, hobi, futsal dan macam-macam lagi kesibukan yang sengaja atau tidak disengajakan.
  3. Kadang-kadang ada juga merasa agak tersisih kerana perubahan itu telah memberikan kesan keatas apa yang terjalin agak lama dahulu.
  4. Mungkin juga pengaruh orang rumah boleh menukar persepsi akan kejujuran seorang kawan; memberikan amaran agar suaminya  menjadi lebih berjaga-jaga untuk bersahabat kerana ditakuti pengaruh jahat fikir isterinya. Berkemungkinan suaminya curang dan berpotensi kahwin lagi satu.
  5. Jahat manalah seorang suami bersama rakan-rakan berbanding ketidakpercayaan seorang isteri jika suami bersama rakan wanita sekerja yang seksi. Cih..memang dasar lelaki. Macamana pula dasar seorang perempuan? 
  6. Kesibukan yang melampau ini telah mengubah hati lapang seorang kawan.
  7. Janganlah terlalu menyibukkan diri dengan benda-benda yang tidak memerlukan kesibukan tahap gaban.
  8. Kembali bersama rakan seperti masa-masa lampau.

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

(Petikan dari blog http://mushahidah.blogspot.com; terima kasih)

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Moral dari cerita diatas, mulut orang memang tidak boleh ditutup dari berkata-kata tentang sesuatu yang dibuat oleh orang lain. 

Sunday, December 12, 2010

search - cinta sepi

Beberapa Angka

  1. 2011 akan datang beberapa hari lagi.
  2. Sudah hampir 39 tahun aku diberikan peluang oleh pemilik bumi ini untuk melakukan kehidupan.
  3. 23 tahun sudah aku mengmbil SPM. Budak-budak yang baru ambil SPM 2010 gembira, periksa dah tamat.
  4. Diploma ITM aku hampir berusia 17 tahun dan rasanya seperti baru tahun lepas.
  5. Anak aku yang sulung akan berusia 9 tahun pada tahun 2011 dan aku sudah semakin berusia rupanya.
  6. Detik-detik kesejukan 13 tahun yang lepas menanti perlawanan bola semasa boxing day di muka bumi UK.
  7. Perkahwinan aku memasuki usia ke sepuluh. Wow. Hebatnya. Penuh dengan berbagai cerita suka dan duka.
  8. Ayah pergi 12 tahun yang sudah. Tidak dapat bersama-sama makan mee bandung kesukaannya menaiki kereta yang dipandu olehku.
  9. Dalam diam emak telah meninggalkan kami dengan kenangan-kenangan indah sejak enam tahun lalu. Emak memberikan kami motivasi bahawa hidup yang sukar itu ada jalannya.